Saturday, July 16, 2022

Blackpink akan datang KL lagi. Wajarkah?

 

Blackpink berkongsi kejayaan single Kill This Love yang meraih tontonan lebih 1.6 bilion di YouTube melalui entri di Instagram (IG) kumpulan itu. Foto IG Blackpink Official

HALAMAN HIBURAN

1. Blackpink datang KL Mac tahun depan

KUALA LUMPUR: Empat gadis yang mencetuskan fenomena dalam dunia K-pop, Blackpink mengesahkan Kuala Lumpur menjadi antara lokasi siri jelajah konsert mega mereka, Mac tahun depan.

Blackpink yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa akan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada 4 Mac tahun depan dalam konsert sempena kemunculan album terbaharu mereka, bulan depan.

Memetik laporan portal hiburan TwentyTwo13, Blackpink akan singgah di Kuala Lumpur dalam siri jelajah yang dikatakan terbesar pernah dianjurkan sebuah kumpulan K-pop wanita.

Kali terakhir Blackpink beraksi di Malaysia adalah pada konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Februari 2019.

Album baharu Blackpink cukup dinantikan peminat selepas empat sekawan itu melancarkan bingkisan diberi judul The Album pada Oktober 2020.

Selain Blackpink, Kuala Lumpur juga menjadi destinasi pilihan Billie Eilish yang akan mementaskan konsert di premis sama pada 18 Ogos depan, disusuli Calum Scott, Oktober depan dan Jay Chou pada 15 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, konsert Justin Bieber yang dijadualkan dianjurkan di sini, pada 25 Oktober depan, belum dapat dipastikan.

Ini berikutan penyanyi itu mengalami sindrom Ramsay Hunt atau kelumpuhan wajah yang memaksa beliau menangguhkan siri jelajah dunia. - AGENSI

2. Billie Eilish bikin konsert di KL 

Mei tahun lalu, tiket konsert bagi siri jelajah penyanyi Bad Guy ini di Amerika Utara, United Kingdom (UK) dan Eropah habis dibeli peminat. Foto IG Billie Eilish

KUALA LUMPUR: Bintang elektropop sensasi yang meraih tujuh trofi Anugerah Grammy, Billie Eilish akan mengadakan konsert sulungnya di sini, sempena siri jelajah dunia, Happier Than Ever, Ogos depan.

Penyanyi berusia 20 tahun itu akan menghangatkan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada konsert yang cukup dinanti-nantikan peminat di seluruh dunia.

Selain Kuala Lumpur, siri jelajah itu akan singgah di beberapa ibu kota di Asia seperti Manila, Seoul, Singapura, Bangkok dan Tokyo.

Konsert itu sempena album studio terbaharu, Happier Than Ever edaran Universal Music.Mei tahun lalu, tiket konsert bagi siri jelajah penyanyi Bad Guy ini di Amerika Utara, United Kingdom (UK) dan Eropah habis dibeli peminat. 

Eilish pilih Kuala Lumpur antara enam destinasi Asia dalam siri jelajah dunia, Happier Than Ever, Ogos depan. Foto Agensi

Sejak melancarkan single Ocean Eyes pada 2015, populariti penyanyi kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) ini melonjak dengan karya unik dan muzik berbeza.

Album When We All Fall Asleep, Where Do We Go? yang diterbitkan pada 2019, melonjak ke tangga pertama carta Billboard 200 di AS dan 17 negara lain.

Album itu termasuk bingkisan terbaharu, Happier Than Ever ditulis, diterbit dan dirakam sepenuhnya Eilish bersama abangnya, Finneas.

Dalam tempoh empat tahun, Eilish mencipta fenomena dan dilaporkan karyanya distrim lebih 73 bilion.

Dibawa Live Nation Malaysia, pra-jualan untuk kelab peminat Eilish dibuka jam 10 pagi esok, disusuli ahli Live Nation, Sabtu ini pada jam 10 pagi.

Tiket berharga RM308, RM408, RM508 dan RM598.

Layari www.livenation.my untuk mendaftar sebagai ahli dan mendapat akses pra-jualan tiket.

Tiket untuk orang ramai mula dijual Isnin ini, jam 10 pagi melalui www.golive-asia.com dan GoLive Ticketing App. - NST Online

Komen Weblog Ibnu HasyimBlackpink akan datang KL lagi. Wajarkah? 

Malaysia yang sedang menyemai budaya hidup Islam adakah wajar dibiarkan dilanda ribut budaya barat bercanggah dengan cara hidup Islam di negara sendiri? Sedangkan pihak Islam sedang menyemarakkan disiplin 'patuh syariah' sesuai dengan tuntutan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah suatu amalan terpuji..

Ya, marilah kita sama-sama fikirkan!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 1

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails