Thursday, July 07, 2022

Buat poster fitnah terhadap Tuan Ibrahim. Biarlah matang politiK!

 


Saya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Satu lagi portal yang meletakkan tajuk misleading sehingga mengundang kecaman dan fitnah awam, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut,” katanya dalam catatan di Facebook beliau, malam ini.

Menurutnya, program berbasikal ke pejabat adalah inisiatif KASA untuk mempromosi gaya hidup lestari, mobiliti aktif dan mengurangkan pencemaran.

Katanya, galakan berbasikal itu adalah untuk warga KASA atau mereka yang tinggal sekitar radius 5 km dari rumah ke pejabat.

Dalam catatan pada 30 Jun lalu, beliau berkata warga KASA yang tinggal dalam radius 5 km dari Kompleks F, Putrajaya akan berbasikal ke pejabat mulai 1 Julai.

Beliau berkata, KASA menggalakkan budaya berbasikal ke pejabat untuk mempromosi mobiliti aktif rendah karbon dan membentuk gaya hidup sihat.

Dalam satu lagi hantaran petang tadi, beliau menyarankan supaya mengamalkan politik sihat.

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang membuat poster fitnah terhadap beliau.

“Tidak ada masalah untuk mengkritik kerja buat yang saya lakukan selagimana ia benar.

“Saya terbuka. Cuma, saya sarankan berpolitik biarlah dengan cara yang matang.

“Pihak kami akan jejak poster fitnah ini dan mengambil tindakan undang-undang. Insya-Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 6/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buat poster fitnah terhadap Tuan Ibrahim pula. Biarlah matang politiK sikit, nampak tak cerdik sangat!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Kalau nak jejak, pertama dalam senarai ialah geng pee hancing yg terkenal dengan budaya e fitnah. Menang pru dulu pun sebab fitnah yg dirangka sebegitu rupa. Seolah olah perkara itu benar.

90juta adalah fitnah yg sangat rapi perancangannya oleh legasi komunis, berpusat di london.

Tapi fitnah kali ini taklah besar sangat impaknya. Sebab dah tahu ia adalah satu lagi rekaan oleh group yg ada masalah kesihatan. Kesihatan mental dan jiwa.

Macam sorang datuk dari johor yg kata menteri pas cop ayam. Sedangkan datok itu tewas praya. Ini pun ada masalah kesihatan. Sihat fizikal tapi punya penyakit dalaman.

Anonymous said...

Bergedudup fitnah dalam politik. Terutamanya politik pee hancing. Bimbang juga kalau kalau akhir kalam ialah ayat ayat fitnah. Bukannya kalimah la ilaha illallahu.

Anonymous said...

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 34 saat yang memaparkan beberapa pelanggan tanpa segan silu memeluk seorang pekerja wanita di sebuah kedai makan.

Tindakan itu mengundang pelbagai kecaman dan kritikan pengguna media sosial. – Sinar

Mujur masih ramai lagi yg prihatin dengan syariah islamiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails