1.Isu Nuramira membongkar ‘bangkai’ tersorok
APABILA kegemparan berkenaan lawak bodoh yang dilakukan oleh seorang wanita, Siti Nuramira Abdullah yang mendakwa dia adalah seorang yang menghafal 15 juzuk al-Quran, membuka tudung dan berpakaian seksi, tersebar serata Malaysia, ramai yang marah, geram dan mahukan tindakan yang tegas dikenakan ke atas pelaku itu. Teman lelakinya yang bernama V Alexander Navin yang memuatnaik keratan video itu. Bagi yang waras, tiada apa nilai kelakar yang cuba ditonjolkan dalam perbuatannya itu.
Namun, di sebalik semua itu, sekonyong-konyongnya, timbul pula bangkai-bangkai lain yang tersorok selama ini. Di sebalik kenyataan kesal tuan punya kelab dan kritikan mereka, keanehan dapat dikesan, rupanya video itu sudah tiga minggu yang lalu. Kenapa baru sekarang kesal, terkilan atau terkejut?
Bagaikan melempar satu batu besar dalam kolam, kocakan itu kemudiannya mengeluarkan semua biawak, ular dan berbagai lagi binatang yang ganas dan berbisa. Rupanya pemiliknya Kelab Komedi Crackhouse yang bernama Rizal Van Geyzel semenjak dahulu, antara hobinya ialah mengutuk Islam, Melayu dan bumiputera dalam leluconnya. Sehinggakan satu tangkap layar menunjukkan Rizal pernah meminta seorang wanita Islam yang bertudung, membantunya membuka tin bir di tangannya, sewaktu persembahan.
Ketika dia ditahan bagi membantu siasatan, peguamnya Ramkarpal Singh berkata Rizal mungkin akan bermalam di lokap Balai Polis Dang Wangi. Saya tidak pasti Ramkarpal yang mana, tetapi anak mendiang Karpal Singh, ada yang bernama Ramkarpal dari DAP. Walaupun ada gambar Rizal memakai baju BN, tetapi saya percaya, itu adalah hanya aksi ‘menganjing’, kerana yang membelanya dengan sepenuh hati ialah Afdlin Shauki, yang kalah pemilihan Ketua Cabang PKR, baru-baru ini.
Maka, jelas, Nuramira dan Alex sebenarnya telah menunjukkan lokasi kejadian yang lebih kurang sama dengan perlakuannya itu. Sememangnya tempat itu, tempat celaka yang mempersendakan Islam. Mereka bersatu atas nama ikatan tali syaitan, bukan sebagaimana orang beriman yang berpegang dengan tali Allah. Akhirnya kaki mereka tersadung, muka tersembam kerana terbelit dengan tali syaitan itu. Allah yang mahu mereka malukan, mereka pula menerima aib serta hukuman.
Tiada kedengaran suara pimpinan Melayu Islam dalam PH menghentam penghinaan ini. Sekurang-kurangnya, menasihatkan Afdlin agar menjauhkan diri dari isu sensitif ini. Malah wakil DAP, Ramasamy Palanisamy pula cuba mengalihkan isu ini dengan kenyataannya berkenaan Mat Kilau bukanlah seorang nasionalis, tetapi hanyalah seorang pemimpin petani.
Jelas, Ramasamy bukanlah seorang peminat filem Tamil. Dalam filem Tamil, adalah menjadi satu ‘stereotype’ kepada jalan ceritanya iaitu berkenaan penindasan terhadap golongan miskin dan cinta yang terhalang. Hampir semua hero mereka adalah dari golongan miskin dan susah yang memperjuangkan nasib dan menentang kezaliman penindas iaitu orang kaya yang jahat. Hinggakan MGR menang pilihan raya dan menjadi Ketua Menteri kerana banyak lakonan membela si miskin.
Ramasamy menuduh pahlawan Melayu itu sebagai konservatif dan berfikiran sempit. Alasannya ialah Mat Kilau bangkit bersama kumpulannya kerana mahu menghentikan banyak tindakan zalim British seperti cukai terhadap rakyat Pahang yang mana iaitu mereka mahu mengembalikan hak mereka. Jika begitu, benarlah perjuangan Mat Kilau, kerana dalam Islam, yang zalim, wajib ditentang dengan tiga keadaan jika mampu, kuasa, lisan atau hati. Mat Kilau mengikut jalan perjuangan Islam, bukan LTTE. Mat Kilau anak jati Pahang, menentang British yang datang dari luar.
Jadi dakwaan palsu Ramasamy terhadap Mat Kilau itu, kembali kepadanya dengan kenyataannya juga dengan pertanyaan saya, mengapa setelah dia menjadi rakyat Malaysia, dia menyokong LTTE sebuah pertubuhan yang diisytiharkan dunia sebagai pengganas? Gambarnya memberi hormat kepada senapang AK47, masih ada berlegar di internet. LTTE menurut Ramasamy, hanyalah sebuah pertubuhan pembebasan, bukan keganasan. Sedangkan Tamil pula bukan bangsa utama di Sri Lanka.
Dan tindak balas ganas kaum Tamil adalah kerana tekanan dari Kerajaan Sri Lanka dan bangsa terbesar di sana, Sinhalese yang beragama Buddha itu ke atas mereka. Malah ada orang Tamil sendiri yang disyaki sebagai tali barut, akan dibunuh LTTE, bahkan Rajiv Ghandi, Perdana Menteri India dibom mereka. Oh, kalau Tamil yang buat, tak apa, kalau Melayu kaum terbesar di Tanah Melayu yang menentang penindasan kuasa asing, bukan pejuang? Baik punya belit. Dey! Ramasamy.
Apapun, kita mesti berterima kasih kepada mereka. Merekalah yang telah membuka kunci bilik rahsia rasis dan kebencian mereka terhadap Islam. Kerajaan membuka ruang seluas ini yang akhirnya mereka melampaui batas. Dan, sewajarnya golongan yang jahat dan tidak tahu bertolak ansur untuk agama dan bangsa sebegini, ditolak kehadiran mereka dalam kehidupan kita. Jelas, PH masih lagi dengan otak liberalnya, tiada jaminan untuk agama dan bangsa.
Takut sungguh mereka dengan kebangkitan Melayu, walaupun hanya sebuah filem. Sebab contoh dan mesej yang diberikan Mat Kilau itu jelas, Melayu mesti bersatu dan ikut Islam, pastinya sesiapa sahaja mereka boleh lawan, tiada takut tiada gentar. Isu lawak juga menyaksikan kesatuan Melayu Islam yang menolak bersama-sama semua hinaan ini, semakin kukuh.
MOHD NASIR ABDULLAH
15 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 15/7/2022
2. P. Ramasamy harus sedar diri – UMMAH
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) kekal dengan pendirian yang mencabar pemimpin kanan Parti Tindakan Demokratik (DAP), P. Ramasamy untuk bersemuka dalam debat terbuka, dan bersedia menawarkan pentas pertemuan bagi membuktikan fakta dakwaannya bahawa Mat Kilau bukan pahlawan Melayu.
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, setelah meneliti kenyataan P. Ramasamy bertarikh 12 Julai 2022 di Malaysia Gazette yang bertajuk, Mat Kilau pemimpin petani bukan nasionalis menggambarkan bahawa ulasan ahli DAP itu sebagai hanya bersifat sangkaan semata-mata dan bias tanpa merujuk kepada mana-mana fakta sejarah secara ilmiah.
Menurut beliau, pandangan pemimpin kanan DAP itu berkemungkinan kerana didorong dan dipengaruhi oleh ideologi politiknya (DAP), dan adalah akibat berkemungkinan beliau belajar melalui sistem pendidikan vernakular yang tidak mempelajari sejarah Tanah Melayu dan gagal memahami sejarah sebenar mengenai perjuangan pahlawan melayu mempertahankan tanahair.
“P. Ramasamy seharusnya sedar diri kerana (mengikut sejarah) beliau juga adalah daripada keturunan yang berasal daripada kaum pendatang (India) yang dibawa oleh Inggeris ke Tanah Melayu sebagai pekerja penoreh getah di ladang-ladang yang dikuasai penjajah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media kepada HarakahDaily.
Mengulas lanjut, Mohd Zai berkata, menurut artikel yang ditulis oleh Kernial Singh Sandhu, pada 1958 dalam jurnal yang berjudul, Indian migration and population change in Malaya menyatakan bahawa orang India yang datang ke Tanah Melayu adalah daripada golongan yang tertindas kerana kasta iaitu Pariah, berdasarkan sikap mereka yang senang mengikut arahan.
“Mereka diperlakukan seperti binatang tanpa maruah di India. Oleh sebab itu, mereka senang untuk migrasi (termasuk bagi mencari pekerjaan. (Sila rujuk https://iluminasi.com/bm/sejarah-kedatangan-orang-india-ke-malaya-semasa-zaman-british.html.),” jelasnya.
Tambahnya, sedangkan sejarah Mat Kilau sebagai pejuang dan pahlawan melayu yang mempertahankan agama, bangsa dan tanahair telah ditulis dalam pelbagai bentuk jurnal dan buku ilmiah. Diantaranya boleh dirujuk jurnal dan buku yang ditulis oleh seorang pensyarah kanan UPSI iaitu Prof Madya Dr Talib Samat. (rujuk https://kheru2006.livejournal.com/1591378.html.)
“Persoalannya siapakah ketua petani ? Mat Kilau atau keturunan P. Ramasamy? Hanya fakta sejarah sahaja yang telah menentukan.Telah tertulis dengan tinta emas bahawa sejarah telah membuktikan bahawa Mat Kilau adalah pejuang bangsanya, agamanya dan tanah airnya,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 18/7/2022
Dikir Marilah Undi Bule
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
4 comments:
Puak kafir harbi sangat jelas memusuhi Islam dan umat Islam secara terbuka. Malangnya lembu-lembu liberal @ puak munafiqun sanggup menjadi barua ternakan kafir harbi untuk menghina , menfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam.
Sesungguhnya mereka lebih bodoh dari lembu.
Gambar Nurul Izzah Dan Sutan Setan Kiram Bukti Anwar Dalang?
Esok jemputan seluruh doonia kepada aktivis akar umbi AMANAH dan DAP di seluruh negara untuk bersama-sama dengan KEADILAN menyertai siri laporan polis... jemput jangan tak jemput..
Bukan kah anak gay boy tua Malaysia penah bergambar dengan Setan Sulu dolu..!?
http://malayohmalay.blogspot.com/2017/10/khalid-anggap-pertemuan-nurul-izzah.html?m=1
Media Filipina dan antarabangsa telah ‘memainkan’ secara besar-besaran bagaimana beberapa pemimpin pembangkang Malaysia mengadakan pertemuan dengan pemberontak Mindanao.
Menjelang PRU 14 dulu pembangkang goreng Malaysia akan bankrap. Menjelang PRU 15 Malaysia akan jadi spt Sri Langka pula dah...!!
Kitar semula apa ya patut asal boleh kasi goreng... tapi kena ingat goreng mamak dah tak laku. Tekak rakyat dah naik kembang goreng mamak.
Begitu lah bunyi bonyi nya iaitu Malaysia telah kehilangan wang sebanyak RM8.9 bilion akibat tindakan waris Setan Sulu dan bakal mengikut jejak langkah Sri Lanka. Ada pula yang menyalahkan bekas perdana menteri kerana menghentikan bayaran pada tahun 2013.
Bila Street Times Singapork, WSJ, Reuters, DoJ, CNN media lidah batu api antarabangsa lapor maka lidah bawak ,lidah bercabang lidah batu api pembangamg dan negara pun mola terkinja kinja.
Kerajaan telah bayar semenjak tahun 1963?
Itu termasuk juga 3 tahun selepas Bossku menjadi PM Malaysia. Adakah Bossku mengiktiraf waris Sultan Sulu tersebut. Tidak..!!! Ada ubi ada batas, ada khianat janji kita libas...
Stop bayaran sebab Peristiwa Lahat Datu. Kerja khianat siapa lagi kalau bukan Anwar Aljuburi. Nurul boleh bergambar dalam rumah Sutan Kiram di Sulu lagi..!!
https://www.mynewshub.tv/2015/11/kiram-penceroboh-sabah-pun-sokong-anwar/
Nak peringat kali lagi haahh... goreng mamak dah tak laku, tekak rakyat dah kembang meloya nak muntah. Goreng China Doll orang dah tahu. Rakyat dah meluat.
AnonymousJuly 17, 2022 at 10:32 PM
Abam kata dia x jilat perasuah. Tapi bila perasuah bagi sd, dia terus jumpa Agong kata dah ada nombor. Lagi satu eng guan pun ada kes besar. Boleh pulak menjilat. Ini jenis ekstreme apa?
..........
Jangan x cerdik. Dah ada nombor kenalah jumpa Agong. Takkan ler buat bodoh jer. Tapi bila perasuah tegas syarat karut tentu Dsai tolak.
Klau x cerdik ni, terlajak pikir pun masih x sampai.
Isu utamanya... siapa yg memerintah dgn perasuah penyamun skrng???? Sampai Islam berani dihina berdepan.
https://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/10/02/article-1217794-06ADC5D7000005DC-565_964x679.jpg
Post a Comment