Friday, July 08, 2022

DAP X betul sokong juga, macam tonton si bogel ini.

 

Tangkap layar rakaman video memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel.

Tular video lelaki bogel tunggang motosikal.       -Telanjang begini ditonton lebih 97,000 kali..

PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tular di media sosial petang ini. Bagaimanapun waktu serta di mana lokasi kejadian itu berlaku tidak dapat dipastikan.

Kejadian berkenaan tular di media sosial selepas satu video berdurasi 16 saat yang dirakam seorang pemandu dikongsi di laman sosial Facebook.

Melalui video itu juga, dapat dilihat lelaki tersebut menunggang motosikal di lorong tengah lebuh raya tanpa memakai topi keledar.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan tindakan lelaki itu yang turut dianggap berbahaya.

“Telanjang satu hal, bawa motosikal tengah-tengah jalan dengan tak pakai helmet. Jadi apa-apa nanti pasti susahkan orang lain,” kata Izzat.

“Risau kalau pemandu lain terkejut kemudian panik bila nampak abang ini. Harap polis dapat tangkap,” kata Roslaili.

“Macam-macam perangai orang sekarang ini. Harap polis tangkap, kalau budak-budak nampak satu hal pula ibu bapa nak kena jelaskan,” kata Siti.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 97,000 kali dan dikongsi lebih 1,500 kali di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Komen Weblog IbnuHasyim: Parti DAP tak betul pun sokong juga, macam tonton video telanjang ini. Tular video lelaki bogel tunggang motosikal.  Telanjang begini pun ditonton lebih 97,000 kali..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Unknown said...

Udah2lah.. Kini aman damai kan.. Bawah pemerintahan melayu isle.. Harga barang pun makin murah😁😁😁

Anonymous said...

Dengan GST, Perniagaan Tidak Boleh Lagi Lari dari Mengisytiharkan Pendapatan Mereka

Ini yang Kartel Mafia Kerala tidak suka pasal GST. 22 tahun 22 bulan in heaven tsk perlu isytihar keuntungan boleh elak cukai dan yang penting boleh rompak dan tipu.

Beberapa pemilik perniagaan terutama kartel mafia, kartel ayam daging tulur dll akan dam telah menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) habis habisan pada masa lalu kerana ia mengekang amalan mereka tidak mendokumentasikan transaksi dan mendedahkan keuntungan, kata seorang pakar cukai.

GST adalah ketakutan untuk anak cucu daan kroni kartel mafia.

Veerinderjeet Singh, pengerusi Tricor Malaysia, menyatakan bahawa perniagaan perlu mengisytiharkan cukai pendapatan dan keuntungan mereka, yang boleh dielakkan tanpa GST.

“Perniagaan yang tidak membayar cukai pendapatan, terutamanya perniagaan kecil, perlu tampil mengisytiharkan cukai pendapatan mereka jika ingin berdaftar di bawah GST. Mereka tidak mempunyai banyak pilihan,” katanya.

Masa terbaik laksana GST..

Anonymous said...

Saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan pengubahan wang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas ketua Pemuda Bersatu itu mengarahkannya mengeluarkan RM1 juta daripada dana sayap parti berkenaan.

Ahmad Redzuan Mohamed Shafi yang ketika itu penolong setiausaha Pemuda Bersatu, berkata dia dan penolong bendahari ketika itu, Rafiq Hakim Razali, diarahkan berbuat demikian oleh Syed Saddiq, pada awal Mac 2020.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails