Sunday, July 03, 2022

Ibnu Hasyim alu-alukan & menyokong Majlis Gereja Sedunia...

 

Anggota pasukan keselamatan Israel melakukan rondaan berhampiran Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. - Foto AGENSI

Hamas alukan kecaman terhadap Israel

GAZA: Kutukan Majlis Gereja Sedunia terhadap tindakan Israel ke atas penduduk Palestin adalah bukti baharu jenayah dilakukan oleh rejim Zionis itu.

Kumpulan Hamas, berkata pendirian yang dibuat oleh majlis gereja berkenaan jelas menunjukkan pencabulan yang dilakukan oleh penduduk Israel terhadap tanah, rakyat dan tempat suci mereka.

"Kami sangat mengalu-alukan kutukan pencabulan Israel itu," kata Hamas dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Pusat Majlis Gereja-Gereja Sedunia mengeluarkan kenyataan di Geneva yang menuduh Israel mendiskriminasi rakyat Palestin secara terang-terangan dan sistematik.

Kenyataan itu menyatakan, kebimbangan mendalam terhadap keadaan yang semakin merosot berhubung gangguan agama Kristian baru-baru ini oleh Israel berikutan keputusan Mahkamah Israel membenarkan peneroka mengambil alih harta gereja berhampiran Pintu Jaffa di Kota Lama Baitulmaqdis Timur.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa Israel mengenai kenyataan dikeluarkan majlis gereja terbabit.

Majlis Gereja Sedunia ialah persekutuan 352 gereja dari lebih 120 negara yang mewakili lebih 580 juta orang Kristian di seluruh dunia. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimJumaat lalu, Jawatankuasa Pusat Majlis Gereja-Gereja Sedunia mengeluarkan kenyataan di Geneva (bukan 'yang menuduh'), bahawa Israel mendiskriminasi rakyat Palestin secara terang-terangan dan sistematik.

Jelas, Israel bukan sahaja mengganggu umat Islam, tetapi juga terhadap agama Kristian, berikutan keputusan Mahkamah Israel membenarkan peneroka mengambil alih harta gereja berhampiran Pintu Jaffa di Kota Lama Baitulmaqdis Timur.

Maka blog ini juga mengalu-alukan dan menyokong kutukan Majlis Gereja Sedunia terhadap tindakan Israel pengganas dunia tu.

Sekian.


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

"Ada 4 golongan pemimpin dalam BN" kata Bossku.

Berucap pada Konvensyen BN Sabah semalam, Najib berkata, terdapat empat jenis orang dalam BN.

Jenis yang pertama ialah “katak” atau mereka yang membelot. Jenis kedua ialah mereka yang “bersembunyi dalam gua” (baca : bersembunyi dalam Gua Mamak) atau tidak hadir, ketiga terdiri daripada individu yang menyokong Bersatu tetapi tidak ada dalam Gua Mamak (Golongan duduk dalam dan luar Gua Mamak ini harus tinggalkan semua hidangan goreng mamak yang dimasak oleh Chef Mamak tsb).

Tinggalkan Gua Mamak ini terus sebab Gua Mamak ini banyak tinggalah khazanah lama dan berkarat dan kembali ke pangkuan UMNO. Ke empat adalah mereka yang setia kepada parti.

“Kita mesti nilai kebergunaan mereka (kepada parti) apabila tiba masanya,” kata Bissau mengenai tiga jenis pertama itu.

Najib nampaknya menggesa tiga jenis yang pertama itu untuk kembali ke pangkuan BN kecuali yang walaun setia buta buta pada Mamak Kerala.

Bossku seolah-olah berkata demikian kepada menteri Umno yang membuat kenyataan ditafsirkan sebagai tidak setia bagi puak arus perdana Umno.

“Kenyataan Bossku satu amaran. Mungkin belum terlambat untuk ‘anak-anak jati’ (BN) ini untuk kembali kepada puak arus perdana yang diterajui negara Bissau berkata kepada wartawan

Pengkategorian itu mencerminkan pendapat berbeza dalam Umno.

Ahli Umno “agak dinamik” dan pragmatik dan jenis pemimpin yang disebut itu mungkin menukar pakatan dan menyokong seorang pemimpin berbanding pemimpin yang lain apabila keadaan sesuai untuk mereka, katanya.

Puak yang menyokong Bossku mempunyai lebih banyak kuasa melobi untuk mengadakan pilihan raya, apabila dilihat pada kemenangan Umno pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails