Berpengalaman membuat persembahan di Crackhouse, Douglas menepis tanggapan mendakwa kelab itu bersekongkol dengan perbuatan melampau wanita berkenaan. - Foto IG Douglas Lim
HALAMAN HIBURAN
1. 'Senda agama beri imej buruk industri lawak'
KUALA LUMPUR: Kontroversi membabitkan seorang wanita didakwa menghina agama Islam dengan membuat persembahan komedi berdiri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pelawak tempatan, terutama mereka yang cukup sinonim dengan jenaka berkonsepkan 'stand up comedy'.
Sebagai pelawak berpengalaman, pelawak, pelakon dan penyampai radio Fly FM, Douglas Lim mendakwa, tindakan wanita itu sebagai cubaan memberikan imej buruk terhadap industri lawak jenaka tanah air.
Berang perbuatan melampau wanita berkenaan, Douglas mendakwa, insiden itu mempunyai unsur sabotaj.
"Tindakan wanita ini menjejaskan, mencetuskan kemarahan, penghinaan dan kejutan. Apa yang dilakukannya bukan persembahan komedi berdiri.
"Saya beranggapan, perbuatannya mempunyai unsur sabotaj dilakukan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya juga ada mendengar, wanita ini pernah membuat jenaka sama di tempat lain," dakwa Douglas.
Douglas, 45, meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kelab komedi, Crackhouse Comedy Club yang menjadi lokasi insiden kerana terpaksa berdepan ujian seperti itu.
"Kepada pemilik kelab, saya sangat bersimpati apabila kejadian ini berlaku selepas melalui pelbagai kepayahan, terutama ketika pandemik COVID-19.
"Keadaan sangat sukar yang mana kalian terpaksa menjual pizza untuk meneruskan kehidupan dan akhirnya, ini pula yang terjadi. Saya pasti kebenaran akan terbukti," ungkap pelakon filem Rumah Maduku Berhantu itu.
Berpengalaman membuat persembahan di kelab komedi itu, Douglas menepis tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kelab itu bersekongkol dengan perbuatan melampau wanita berkenaan.
"Apa yang nak dikatakan, belum pernah saya melihat komedi sedemikian sepanjang beberapa kali menyaksikan persembahan dan membuat lawak jenaka sepanjang lapan tahun kelab ini ditubuhkan.
"Jika ada sesiapa terfikir kelab ini bersekongkol dan menyokong persembahan lawak seperti itu, ia tidak benar sama sekali.
"Di situ, tempat sama untuk golongan amatur dan profesional membuat persembahan serta cuba memberikan hiburan terbaik buat pengunjung untuk bergelak ketawa," tegasnya.
Afdlin menentang sekeras-kerasnya penutupan Crackhouse yang menjadi pentas kecil bagi pelawak solo baharu beraksi. - Foto IG Afdlin ShaukiDalam video berdurasi 53 saat, seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri dengan mendakwa sebagai wanita Muslim dan menghafaz 15 juzuk al-Quran.
Sebaik selesai memperkenalkan diri, wanita itu membuka tudung dan baju kurung dengan pakaian mencolok mata.
Tindakan wanita didakwa mengundang rasa tidak senang, apatah lagi, ketika umat Islam sedang meraikan Aidiladha. Video itu tular dan menerima reaksi pelbagai pihak.
Malah, wanita itu juga sudah ditahan reman selama tiga hari oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya, malam kelmarin.
Datuk Afdlin Shauki pula menentang sekeras-kerasnya penutupan Crackhouse yang menjadi pentas kecil bagi pelawak solo baharu beraksi.
Baginya, permasalahan berlaku membabitkan individu yang didakwa melakukan kontroversi dan ia juga tiada kena-mengena dengan tempat itu sebagai platform mengetengahkan bakat.
"Saya membangkang penutupan Crackhouse disebabkan perbuatan seorang wanita itu atas pentas.
"Crackhouse adalah tempat ramai pelawak baharu mempelajari seni.
"Ia dibuka kepada golongan amatur yang ingin mengasah bakat. Untuk menilai persembahan baik atau sebaliknya, kita kena mempersembahkannya di hadapan orang ramai, baharu tahu mana yang boleh pakai dan tidak.
"Sama macam atlet yang kena berlatih sampai bagus. Takkan kita tutup kolam renang disebabkan seorang peserta ambil steroid. Itu salah perenang, bukan salah kolam renang," katanya. (BH)
2. Wanita hina Islam ditahan, direman 3 hari
Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Dato' Noorsiah Mohd SaaduddinKUALA LUMPUR: Seorang wanita yang disyaki menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, ditahan malam tadi.
Suspek wanita berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata suspek wanita terbabit direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa.
“Suspek ketika ini, ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.
Siasatan USJT dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
Polis juga menyiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Dalam video selama 54 saat dengan tajuk “acara menghina Islam?” yang tular di media sosial, seorang wanita menanggalkan pakaian dan tudungnya di hadapan penonton. Sebelum itu, dia mengaku sebagai orang Melayu beragama Islam, malah hafaz ayat al-Quran.
Perbuatan wanita itu kemudiannya mendapat sorakan daripada penonton dalam kelab tersebut.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pula menyiasat mengikut Seksyen 7 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina dan lain-lain, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – HARAKAHDAILY 10/7/22
3. ‘Datang pejabat, saya mahu dengar bacaan 15 juzuk’, mufti P Pinang pelawa wanita didakwa hina Islam
Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor mempelawa wanita yang didakwa menghina Islam ketika berkomedi, datang ke pejabatnya bagi mendengar sendiri bacaan 15 juzuk al-Quran.
Menurut Wan Salim, semakin jahil seseorang itu semakin berani dia mempersenda agama dengan merujuk tindakan wanita berkenaan.
“Bagi orang macam ini tak ada sesuatu pun yang sakral di dalam kehidupan ini. Untuk publisiti murahan segala-galanya boleh dilakukan.
“Kalau sudi dia boleh datang ke pejabat saya di Komtar kerana saya ingin mendengar sendiri dia membaca Quran yang kononnya dia menghafal 15 juzuk,” katanya kepada FMT.
Wan Salim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan wanita berkenaan yang mempersendakan Islam dalam sesi “open mic” di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.
Dalam video berdurasi 54 saat yang tular di media sosial, wanita berusia pertengahan 20-an itu pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa telah menghafal 15 juzuk al-Quran, menanggalkan pakaian sehingga mencolok mata.
Polis sudah melakukan tangkapan dan wanita berkenaan direman selama tiga hari.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, kajian lanjut perlu dibuat bagi mengetahui punca sebenar mengapa ia dilakukan oleh segelintir orang Islam.
“Mungkin ini disebabkan sikap sebahagian agamawan, yang terlalu rijid dalam memberi pandangan. Mungkin juga kerana pihak berkuasa agama termasuk Mahkamah Syariah dilihat bertindak kurang bijaksana dalam menangani kes membabitkan wanita.
“Saya juga mengharapkan pihak berwajib menyelidik adakah kejadian ini dirancang oleh pihak tertentu yang dengan sengaja ingin memburukkan imej agama Islam,” katanya.
Bagaimanapun, Wan Salim berkata jika perkara itu dirancang, tindakan tegas perlu diambil terhadap “mastermind” sebagai pengajaran kepada semua pihak.
“Akhirnya saya menyeru kepada semua kaum di negara ini supaya menghormati semua agama dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membawa kepada ketegangan dalam hubungan antara kaum.
“Janganlah kerana tindakan bodoh yang dilakukan oleh mana-mana individu mengeruhkan suasana aman yang kita sama-sama nikmati selama ini,” katanya.-FMT
4 comments:
Tubuhkan RCI dan tangkap Mukhriz Tun Mahathir.
Musang King tokey Cina kaya raya, orang kampung Melayu mati tenggelam.
Konsep ladang rakyat yang diperkenalkan oleh Azizan itu digagalkan oleh Menteri Besar selepas itu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana khuatir projek itu akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.
Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat pertama kali dalam sejarah, dapat harga RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.
"Sempat tanam getah TLC seluas 162 hektar saja (fasa pertama) berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin dan pada 2013, kerajaan bertukar.
Zaman pemerintahan Allahyarham Ustaz Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai Ladang Rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.
"Apa terjadi lepas itu, ladang rakyat dibatalkan, ada di tangan Mukhriz (dua kali) dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (2016). Sama seperti dia (Mukhriz) batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, alasannya supaya PAS tidak berkembang di Langkawi.
RCI platform terbaik cari punca bencana, pihak bertanggungjawab. Sama seperti Tun maka Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menafikan kerajaan negeri ketika pimpinannya mempunyai kaitan dengan ladang durian di Gunung Inas.
Mukhriz berkata 'Bukan salah saya'
Najib kata, sy x curi duit rakyat. Sy guna je.
Rakyat kedah patut serik dengan legasi kerala. Jenis pandai putar lidah. Kemudian lingkupkan orang melayu. Rompak untuk jadikan diri dan anak beranak keluarga billionaire. Legasi kerala ni juga yg tarik bantuan sekolah agama. Supaya sekolah agama lemas dalam ekonomi. Tarah hutan selagi boleh. Rasuah sana sini untuk tutup kegiatan tidak bermoral.
Kes memali yg melibatkan golongan agama terbunuh adalah atas arahan cheif kerala. Sejak cheif kerala jadi pm, politik guna duit makin berleluasa. Nak jawatan mesti punya banyak wang. Trend jawatan untuk kaut khazanah adalah fenomena baru dalam zaman kegemilangan cheif kerala. Lebih jahat dari perompak tulin.
Post a Comment