Thursday, July 21, 2022

Isu Sulu, menang mudah. Pampasan RM62.59 bilion X sah.

 

Mahkamah Madrid.

1. Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mendapat kemenangan 'mudah' dalam menolak tuntutan kumpulan Sulu sekiranya memberi maklum balas pantas menerusi hujahan ketika prosiding timbang tara di Mahkamah Madrid.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Mohd Hisham Mohd Kamal, berkata ketika proses timbang tara oleh penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu, negara sepatutnya menghantar wakil peguam bagi memberi hujahan.

"Masa mereka (Mahkamah Madrid) memulakan proses timbang tara itu, kita hanya mengatakan tidak mengiktiraf tuntutan itu. Sepatutnya kita menghantar peguam untuk menghujahkan bahawa penimbang tara (Dr Stampa) yang dilantik tidak mempunyai bidang kuasa sebab kita tidak beri sebarang persetujuan untuk menyerahkan pertikaian itu kepada penimbang tara.

"Kita tidak terbabit dalam mana-mana proses, hanya kata tidak iktiraf. Tapi masalahnya Dr Stampa itu mentakrifkan Perjanjian 1878 itu sebagai mempunyai klausa untuk timbang tara.

"Kalau kita sertai proses timbang tara itu, kita boleh berikan tafsiran terhadap apa perjanjian itu, jadi kita boleh hujahkan bahawa perjanjian itu tidak mempunyai klausa timbang tara.

"Sepatutnya itu kita buat, sebab senang untuk kita menang sebenarnya, tapi sebaliknya ia jadi masalah kepada kita, macam bagi kemenangan percuma bila mereka hujah tanpa ada hujah balas," katanya kepada BH hari ini.

Prof Madya Dr Mohd Hisham Mohd Kama

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan Malaysia tidak akan berganjak walau seinci pun dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak serta kedaulatan negara.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak akan berkompromi dan tidak sesekali tunduk dengan sebarang tindakan yang boleh merugikan negara.

Mengulas lanjut, Mohd Hisham berkata, peguam juga boleh mengemukakan hujah alternatif, sekiranya wujud klausa dalam perjanjian itu pastinya ia merujuk kepada entiti lain dan bukan penimbang tara.

"Perjanjian tidak sebut secara khusus timbang tara cuma kalau ada pertikaian hendaklah merujuk kepada General Council of Borneo atau waris mereka.

"Kalaulah itu ditakrifkan sebagai klausa timbang tara, maknanya ia dah tetapkan siapa penimbang tara itu. Kalau itu prosesnya, yang mana orang inilah yang mempunyai bidang kuasa atau waris jawatan itu yang punyai bidang kuasa.

"Masa itu perjanjian babitkan dua entiti yang bekerja dengan syarikat British dan Their Majesty merujuk raja atau permaisuri England pada masa itu, jadi pandangan saya masa itu merujuk kepada diplomat yang sepatutnya menjadi penimbang tara," katanya.

Sementara itu beliau berkata, dalam isu tuntutan ini, pasukan peguam negara perlu mengkaji secara mendalam undang-undang timbang tara di Perancis dan juga Sepanyol yang agak rumit.

"Kalau keputusan penimbang tara itu sangat-sangat pelik, jadi mungkin kita boleh batalkan keputusan terbabit, tapi kena lihat dan kaji undang-undang timbang tara dekat sana yang agak rumit.

"Selain itu jumlah pampasan diminta mencecah bilion, iaitu AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) juga tidak munasabah kerana berdasarkan perjanjian pemberian wang ihsan pun sekitar 5,000 peso setahun.

"Kalau kita dapat tunjukkan 'ketakmunasabahan' ini mungkin keputusan Dr Stampa dibatalkan, malah dalam award diberikan Dr Stampa memaklumkan sekiranya Malaysia tidak berpuashati boleh merayu, jadi kenyataan ini seolah-olah memberitahu ada proses untuk rayuan pula," katanya.

Tuntutan dikemukakan kumpulan Sulu adalah susulan tindakan Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan berikutan kes pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, pada 12 Februari 2013.

Firma guaman mewakili warga Filipina mengaku waris Sultan Sulu, memohon rundingan semula bayaran wang ihsan bawah Perjanjian 1878 dan memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018, dan memutuskan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

Pada 30 Julai 2019, satu Notis Timbang Tara diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion.

Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya, dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.


2. Arahan bayar pampasan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu tidak sah Mac 10, 2022 @ 11:15am.

(Gambar fail) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu, adalah tidak sah kerana ia tidak berlandaskan undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan ditetapkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

"Malaysia juga tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara itu kerana tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara.

Beliau menjawab soalan Ahmad Hassan (WARISAN-Papar) mengenai arahan pembayaran pampasan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan Mahkamah Arbitrasi Paris, dan sama ada Kerajaan Malaysia melalui Pejabat Peguam Negara sudah menghantar wakil atau melantik peguam di Perancis bagi tujuan bantahan.

Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan Dr Stampa yang juga penimbang tara Sepanyol, mengarahkan Malaysia membayar pampasan berjumlah AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Malah, Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 dan dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo

Mengulas lanjut, Wan Junaidi menjelaskan, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar, sudah melantik peguam di Sepanyol serta Perancis untuk menangani segala tuntutan berkenaan.

Malah, beliau mengulangi penegasan bahawa kerajaan tidak berdiam diri, sebaliknya telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli melalui tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol, dan Paris itu.

"Kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan 'Final Award' yang tidak sah itu mengikut Konvensyen New York jika penuntut pada bila-bila masa dan di mana jua membuat tuntutan, bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara," katanya.

Wan Junaidi menjelaskan, tuntutan dikemukakan itu adalah susulan tindakan Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan berikutan kes pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, pada 12 Februari 2013.

Susulan itu, beliau berkata, firma guaman yang mewakili warga Filipina mengaku waris Sultan Sulu, memohon rundingan semula bayaran wang ihsan bawah Perjanjian 1878.

"Mereka memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018, dan Mahkamah Madrid memutuskan untuk melantik penimbang tara dengan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

"Pada 30 Julai 2019, satu Notis Timbang Tara diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion," katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak berdiam diri walaupun tidak mengiktiraf tuntutan itu, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Sabah.

"Waris Sultan Sulu tidak hadir prosiding itu, dan Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya, dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.

"Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah itu dibawa ke Mahkamah Madrid untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol," katanya.

Susulan itu, Wan Junaidi berkata, arahan bayaran pampasan yang dikeluarkan penimbang tara pada 25 Mei 2020 telah diketepikan.

Dengan permohonan Malaysia, beliau memaklumkan pada 29 Jun 2021, Mahkamah Madrid membatalkan pelantikan Dr Stampa sebagai penimbang tara dan semua tindakan serta keputusan yang dibuat olehnya terbatal.

"Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan bahawa 'Partial Award on Jurisdiction' yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal.

"Namun, penuntut (waris Sultan Sulu) membawa keputusan berkenaan ke Perancis sebelum 13 Oktober 2021 bagi memintas keputusan Mahkamah Madrid itu.

"Pada 29 September 2021, Mahkamah Perancis, tanpa mengetahui keputusan Mahkamah Madrid yang telah membatalkan pelantikan dan keputusan Dr Stampa, sudah mengeluarkan 'Exequatur Order' yang mengiktiraf 'Partial Award on Jurisdiction' bertarikh 25 Mei 2020 itu.

"Berdasarkan Exequatur Order itu, Dr Stampa telah memindahkan tempat timbang tara dari Madrid ke Paris bagi meneruskan prosiding timbang tara berkenaan," katanya.

Beliau menjelaskan pada 5 November 2021, penuntut memfailkan permohonan Rayuan Perlembagaan ke Mahkamah Perlembagaan di Sepanyol untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia memfailkan aduan jenayah terhadap Dr Stampa, kepada Peguam Negara Sepanyol pada 14 Disember 2021 sebagai bantahan kepada tindakan penimbang tara terhadap ketidakpatuhan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, ketidakaturan proses, ketidakadilan serta penghinaan kepada kedaulatan undang-undang.

"Kerajaan Malaysia juga telah memfailkan rayuan untuk membatalkan 'Exequatur Order' bertarikh 29 September 2021 dan permohonan menggantung pelaksanaan arahan itu.

"Pada 16 Disember 2021, Mahkamah Rayuan Perancis membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia bagi penggantungan 'Exequatur Order' yang dikeluarkan pada 29 September 2021.

"Namun, rayuan yang difailkan Malaysia belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Paris," katanya.

Sementara itu, sesi MQT berkenaan turut tegang apabila Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN-Kota Belud) ketika mengemukakan soalan tambahan, mendakwa kerajaan tidak tegas dalam menangani isu berkenaan yang jelas mencabuli kedaulatan negara.

Menjawab soalan itu, Wan Junaidi berkata, kerajaan tidak mengiktiraf keputusan timbang tara di Sepanyol dan Perancis berhubung tuntutan berkenaan.

"Kita tidak mengiktiraf keputusan itu dan tidak mengambil bahagian dalam timbang tara berkenaan, namun beberapa tindakan undang-undang sudah diambil," katanya.

Beberapa Ahli Parlimen bangun untuk mengemukakan soalan tambahan tetapi tidak dibenarkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Azhar turut menjelaskan Dewan Rakyat menolak usul dibawa Isnaraissah kerana perkara itu sudah dijawab kerajaan dan ia membabitkan isu undang-undang yang kompleks yang sukar difahami orang ramai.

(BH)


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas..

Nasheed (song) about Palestine



Nasheed Hamas - lagu perjuangan al-quds Palestina



JUNDULLAH NASHEED LAGU JIHAD FISABILILLAH PEJUANG ALLAH MUJAHID AKHIR ZAMAN


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment