Wednesday, July 13, 2022

Judi punya hal.. Mati ditembak lepas main mahjung.

 

Bekas Pemilik Restoran Mati Ditembak Selepas Bermain Mahjung – Polis

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemilik restoran mati ditembak di kawasan perumahan di Jalan Desa Kiara 1, dekat sini tengah malam semalam.

Mayat lelaki yang dikenali sebagai Goh Chok Chuan, 63, ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah berhampiran kenderaannya yang diletakkan di luar kawasan perumahan itu. Saksi kejadian mendengar tiga das tembakan dilepaskan sebelum menemukan mayat bekas ahli perniagaan itu, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Syukor dalam kenyataan hari ini.

“Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.09 tengah malam. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Beliau berkata sebelum itu, lelaki berkenaan dikatakan bermain mahjung di rumah rakannya di Amarin Kiara dan dilapor ditembak berdekatan kenderaannya yang diletakkan berhampiran pondok pengawal di luar kawasan perumahan itu.

“Selesai bermain mahjung, mangsa keluar dan bergerak menuju ke keretanya yang diletakkan di luar kawasan kediaman itu,” katanya.

Beliau berkata saksi di tempat kejadian juga mengatakan telah terlihat si mati melintas di hadapannya untuk ke tempat letak kereta sebelum mendengar tiga das tembakan. Difahamkan mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Amihizam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu untuk menghubungi talian Hotline Polis Brickfields iaitu 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau balai polis berhampiran. – Bernama

Komen Weblog Ibnu HasyimFirman Allah SWT: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya meminum arak (khamar), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan) itu agar kamu berjaya.” (Al-Ma’idah: 90)

Mutakhir ini, banyak kes kekejaman dan tidak berperikemanusiaan berlaku di negara ini yang berpunca akibat arak dan judi. Ada pihak merasakan apabila mengambil arak dan judi, ia tidak memberi kesan kepada orang lain secara mata kasarnya. Namun, akibatnya kelak akan membabitkan orang lain di sekeliling hingga pada satu tahap akan mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah.

Bagi kaki judi, duit dan harta akan habis dalam sekelip mata kerana sifat tamak. Malah lebih teruk, harta dan wang ringgit isteri serta anak turut digunakan secara paksa. Ada juga kes, seseorang sanggup membunuh ahli keluarganya semata-mata kerana judi. Inilah sering berlaku dan dilihat di dada akhbar tempatan bagaimana buruknya kesan seseorang terjebak dengan arak serta judi. Contohnya seperti kes di atas.

Mereka langsung tidak dapat berfikir dengan waras, apatah lagi memikirkan perbuatan itu betul atau tidak. Oleh itu, Islam sangat melarang kita untuk membabitkan diri dalam perkara merosakkan iman kita.

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengatakan kepada temannya: ‘Marilah kita bermain judi!’ Maka hendaklah dia bersedekah (sebagai kaffarah).” (HR Bukhari)

Begitulah penyelesaianya menurut Islam. Tapi bagi yang bukan Islam seperti parti DAP dan yang sekandang dengannya, memang mereka tolak. Kerana itu parti mereka hanya layak untuk negara-negara blok komunis, sosialis dan bukan negara umat Islam seperti Malaysia.

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails