TANAH MERAH: Ribuan rakyat Kelantan yang memenuhi segenap ruang padang Majlis Daerah Tanah Merah melaung tak nak kepada Umno ketika ditanya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada awalnya laungan agak kurang kuat, namun apabila diminta lagi Pengerusi Bersatu, mereka melaungkan dengan nyaring sekali.
Isyarat yang dipamerkan sempena majlis pelancaran Perikatan Nasional mempamerkan semangat baru rakyat Kelantan untuk bersama mendukung wadah baharu yang mentadbir negara sejak Mac 2020.
Muhyiddin berkata, apabila disebut PAS ia bermakna menyokong PN, dan begitu juga Bersatu sebahagian PN.
“Jadi semangat baharu ini menterjemahkan kekuatan PN sebagai wadah politik baharu di negara ini. Sedangkan sebelum ini kita tidak bersama dengan PAS.
“Kemampuan PN dapat dilihat di mana selepas tiga bulan diwujudkan menyertai pilihan raya negeri sehingga mampu membentuk kerajaan baharu di Sabah,” katanya pada perasmian PN Kelantan di padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakub, Setiausaha Agung Bersatu Dato Seri Hamzah Zaunuddin, Ketua Srikandi Malaysia Dato Seri Rina Harun.
Selain itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Mustafa Mohamad, Timbalan Menteri Pertahanan Dato Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz, Timbalan Speaker Dun Dato Abdul Fattah Mamood dan Pengerusi Bersatu Kelantan Dato Kamaruddin Mohd Nor.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara berkata, gabungan PAS dan Bersatu akan membentuk kekuatan baharu sehingga mampu untuk mencatat kemenangan 100 peratus di Kelantan.
Menurutnya dengan kekuatan itu diharap dapat mengembalikan ke arah negara yang lebih berjaya selepas PRU akan datang.
Kata beliau juga Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengusulkan namanya sehingga dilantik sebagai perdana menteri ke-8.
“Biarpun tempoh jawatan tidak lama namun kerajaan membuat sesuatu yang terbaik kepada rakyat,” ujarnya.
Sempena program berkenaan diumumkan nama pengerusi PN peringkat parlimen di Kelantan, iaitu Pengkalan Chepa Dato Mohd Amar Abdullah, Dato Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Dato Hanifa Ahmad (Pasir Mas), Abdul Rahman Yunus (Pasir Tumboh).
Dato’ Md Radzi Jidin (Ketereh), Dato’ Hassan Mohamood (Bachok), Ikmal Hisyam (Tanah Merah), Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Pasir Puteh), Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan (Machang), Mustapa (Jeli), Abdul Latif Ab Rahman (Kuala Krai) dan Dato’ Azizi Abdul Naim (Gua Musang).
Tidak kira bila PRU, PEJUANG akan tetap lawan’ – Mahathir
ReplyDeletePeerghh Acah acah power goreng mamak tak laku. Seperti biasa Tun akan kasi gempak dolu bagi walau terkinja kinja. Bila dah gempal baik punya baru tarik hand brek, mintak sokongan bukan sokong kosong tapi banyak syarat2 mamak nak joint. Konon perasan power giler..!!
Kali ni mamak nak join kau join saja No More syarat syarat okeyyy..!!
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa sekiranya diadakan tahun ini atau tahun hadapan.
Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu tetap akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.
Menurut Dr Mahathir lagi, pihaknya tidak pasti sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan serta terpulang kepada kerajaan untuk menetapkan tarikh berkenaan.
Kali ni klu mamak nak join kau join saja 'No More' syarat syarat lagi... kau nak terima tanpa syarat kira okeyy kalau nak syarat itu ini... mamak boleh blah beramboss..!!
Nak syarat itu ini konon..Goreng jaa lebihhh... puiii..!!