Wednesday, July 27, 2022

Koko M'sia RM3.2 bilion, bangunkan 242 usahawan coklat.

 

.
Timbalan Menteri Perusahaan dan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (tengah) melihat produk coklat selepas hadir pada perasmian Pusat Keusahawanan Coklat Tanjung Piai di Pontian - Foto BERNAMA

Eksport biji, produk koko Malaysia cecah RM3.2 bilion

PEKAN NANAS: Nilai eksport biji koko dan produk hiliran berasaskan koko dijangka terus meningkat tahun ini selepas mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun lalu, berikutan trend positif permintaan terhadap produk tempatan di luar negara.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata bagi tempoh Januari hingga Mei 2022, nilai eksport itu mencecah RM3.2 bilion yang turut membuktikan potensi sektor berkenaan.

"Nilai eksport biji koko dan produk koko pada tahun lalu meningkat 9.6 peratus kepada RM6.87 bilion berbanding RM6.27 bilion pada tahun 2020.

"Antara produk hiliran berasaskan koko yang mendapat permintaan tinggi adalah serbuk koko, pes koko dan produk coklat yang mendapat permintaan besar dari Timur Tengah dan negara-negara ASEAN," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pusat keusahawanan coklat Tanjung Piai, di sini, hari ini.

Turut hadir pada perasmian itu ialah Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM), Rahimah Majid.

Mengulas selanjutnya, Jeck Seng berkata bagi melahirkan lebih banyak usahawan serta produk tempatan berasaskan koko yang bernilai tinggi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha menerusi Program Pembangunan Usahawan Coklat di bawah Projek Pembangunan Usahawan Coklat serta Program Promosi Koko dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Sehingga kini program itu telah berjaya membangunkan seramai 242 orang usahawan coklat buatan tangan di seluruh negara, katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pusat keusahawanan yang dibuka pada hari ini, dapat membantu dalam menjana pendapatan setempat khususnya golongan B40 dan juga belia.

"Pusat keusahawanan ini adalah yang pertama dibangunkan dengan kerjasama LKM dan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC).

"Sesiapa yang berminat akan diberi latihan. Kita mahu melahirkan usahawan berkualiti yang menggunakan model perniagaan yang tepat dan membuat produk menerusi latihan berperingkat yang dapat memberi pulangan lumayan," katanya.

Jeck Seng berkata, peserta kursus itu akan diberikan pendedahan kemahiran pembuatan coklat buatan tangan, asas-asas keusahawanan serta bantuan pemasaran dan penjualan hasil produk di premis sama sebagai khidmat sokongan awal sebagai usahawan coklat.

"Pada peringkat awal pelaksanaannya, pusat ini dijadual membimbing seramai 300 bakal usahawan. Pusat ini juga berupaya mewujudkan peluang menjana pendapatan untuk golongan B40 di kawasan yang berminat menceburi industri pembuatan coklat buatan tangan," katanya.

-BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Koko Malaysia RM3.2 bilion, bangunkan 242 usahawan coklat. Al-hamdulillah.


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment