1. Kontroversi komediri, Ogy anggap biadap
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Fauziah Datuk Ahmad Daud, 60, menyokong gesaan agar kelab komedi yang terpalit dengan kontroversi persembahan komediri yang didakwa mempersendakan agama Islam, ditutup.
Fauziah atau mesra disapa Ogy juga tidak mempedulikan tindakan sesetengah artis yang mempertahankan kelab berkenaan atas hakikat beliau menyatakan pendirian atas kapasiti individu beragama Islam.
Malah, Fauziah tidak kisah keputusan menyokong penutupan kelab berkenaan bakal dikecam kerana menyifatkan tindakan mereka yang mempersendakan agama sebagai melampau dan biadap.
"Charlie Chaplin tidak memerlukan lawak biadap, tetapi dia tetap popular.
"Saya perlu tampil bersuara bagi mempertahankan agama yang saya anuti kerana mereka mempersendakan agama Islam. Apa yang lebih mengecewakan, kebanyakan yang terbabit dalam persembahan di kelab itu juga beragama Islam.
"Lebih menyedihkan mereka yang beragama Islam datang menyaksikan Islam diperkotak-katik, boleh ketawa terbahak-bahak ketika wanita itu menghina agama," katanya
Ogy turut mempersoalkan bagaimana individu beragama Islam tergamak memperkotak-katikkan agama sendiri sedangkan tahu orang luar sering melabelkan umat Islam sebagai pengganas.
"Orang yang tinggi agama tidak akan bercerita dia menghafal al-Quran 15 juzuk. Lebih tinggi agama seseorang itu, lebih merendah diri individu berkenaan.
"Saya memang amat marah kepada kelab berkenaan. Saya menegur mereka menerusi sebuah portal. Saya juga sebenarnya kasihan kepada ibu bapa wanita terbabit," katanya pada sidang media teater muzikal Mak Cik Dara dan Bawang di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.(BH)
2. Sayap Bersekutu Bersatu selar jenaka cuba lagakan kaum
KUALA LUMPUR: Tindakan individu yang cuba melaga-lagakan kaum di Kelab Komedi Crackhouse seperti ditular di media sosial turut diselar Sayap Bersekutu Bersatu.
Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu, S Gobi Krishnan berkata tindakan itu dilihat sebagai keterlaluan kerana cuba melaga-lagakan kaum Melayu dan kaum India dengan lawak jenaka yang bersifat menghina.
Katanya, beliau mengutuk sekeras-kerasnya aksi tersebut kerana ia boleh mengeruhkan hubungan di antara kaum di negara ini.
“Saya memohon pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengambil tindakan tegas terhadap kelab terbabit yang berterusan terpalit dengan kontroversi melampau,” katanya pada kenyataan semalam.
Sebuah laman sosial berkongsi seorang lelaki beraksi membuat lawak jenaka di Crackhouse Comedy Club dalam bahasa Tamil dengan merujuk kepada kaum Melayu sebagai tidak faham bahasa Inggeris.
Selain itu dia didakwa membuat lawak yang bersifat menghina keistimewaan Bumiputera dalam bahasa Tamil.
Ekoran Tindakan tersebut Sayap Bersekutu Bersatu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul.
S Gobi juga berkata, tindakan individu terbabit berbahasa Tamil sehingga timbul berlaku salah dia sebagai orang India yang menghina kaum Melayu.
“Kami akan terus bersuara dalam apa jua isu yang mengganggu-gugat hubungan antara kaum di negara ini.
“Seharusnya, semua pihak berusaha ke arah membina hubungan baik di antara kaum dan agama demi kesejahteraan dan ketenteraman rakyat dan negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/7/2022
Hibur Hibur Sikit
Kalau buat standup komidi kutuk hina kaum karat dengan ugama karat agak agak geng karat marah tak...!?
ReplyDeleteCT Kasim Marina Gereja Isam Rais G25 Bang Non Atok Kerela Hannah Yeoh Telesa Kok Tokong marah marah tak... atau depa semua pertahankan geng karat ini...!?
KHALAS
Ingat tak dlm satu kempen politik, bang non kata kalau dia jadi pm, dia nak haramkan pas. Haram jadah betul bang non. Ini pun satu stand up komedi dari bang non. Antara punch line bang non ialah ada nombor. Next pm yg ada nombor.
ReplyDeleteBanyak lagi punch line bang non. Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun. Makin tua makin banyak modal nak reka punch line. Ni akibat bila kurang bersandarkan agama. Bila banyak bersandarkan fahaman liberal. Songsang jadi halal.
Susahlah macam ni. Bila yg kononnya sebangsa dan seagama, ada niat nak mengharamkan parti yg perjuangkan Islam. Gantinya tentulah lawan kpd Islam. Iaitu dapig yg paling relevan.
ReplyDeleteTak berketik pun puak liberal ni dalam isu Amy. Malah Afdlin Shauki beri sokongan kpd Amy. Sealiran lah Amy dgn Afdlin. Afdlin guna logik akal yg berlebihan dalam isu aqidah. Akal afdli mengatasi aqidah Afdlin. Sama macam aqal bang non mengatasi aqidah bang non. Sama sama stand up comedian.
Puak munafiqun berani menghina Islam dan umat Islam secara terbuka kerana musuh dalam selimut ini disokong oleh puak kafir harbi ro ket yang sangat memusuhi Islam dan umar Islam. Sesungguhnya puak munafiqun ini adalah lebih berbahaya dari puak kafir harbi sendiri sebab mereka menyerang dari dalam.
ReplyDeleteSapa kata dapig baik. Dlm logo halal pun bubuh minyak babi.
ReplyDelete