Wednesday, July 27, 2022

Kurang ajar, ayat Quran ditulis pada bikini! & Sensitiviti..

 

Foto: Dok. TikTok

1. Kurang ajar, ayat Quran ditulis pada bikini!

IH/KL: Memang kurang ajar bila sebuah kedai dalam talian mendapat kecaman kerana memuat naik pakaian bercorak tulisan Arab di laman webnya.

Laman Playmate yang menjual pelbagai produk fesyen dan dalaman didakwa menjual baju tidur dan pakaian renang dengan ayat al-Quran. Ini sudah tentu dikecam oleh penganut Islam yang minta diturunkan segera.

Pakaian renang dan baju tidur bertulisan ayat al-Quran menjadi viral selepas dimuat naik oleh TikToker @__abu.toz__, dalam video beliau suatu ketika dahulu. Beliau membantah pakaian tersebut menghina umat Islam seluruh dunia.

"Tolong kami perlu melakukan sesuatu mengenai perkara ini. Mereka menggunakan Al-Quran pada bikini sekarang dan tidak menghormati Islam," tulis Abu dalam video itu.

"Adakah anda bergurau dengan saya? Ini sangat tidak menghormati saya dan berbilion orang Islam yang lain," katanya.

Dalam gambar yang dimuat naik oleh Abu, model itu boleh dilihat menunjukkan beberapa baju tidur hitam pendek. 'Set Piyama Cami Islam' didatangkan dengan tulisan kaligrafi Islamik emas yang terkenal. Pakaian renang dengan warna dan motif yang serupa. Produk tersebut dijual sekitar $27.

Disebabkan Playmate merupakan syarikat e-dagang yang berasal dari Singapura, Abu berkata beliau kecewa dengan negara itu malah berkata semua rakyatnya bertanggungjawab dalam hal itu.

Baju renang bermotif tulisan Al-Quran Foto: Dok. TikTok

Setelah jadi viral, Playmate pun memberikan tanggapannya. Iaitu situs belanja itu akhirnya meminta maaf dan menghapus semua produk menghina Islam dari tokonya. Mereka mengaku melakukan kesalahan, kononya kerana tidak sengaja.

"Atas nama perusahaan, kami ingin meminta maaf dengan tulus untuk masalah ini. Kami telah menghapus semua produk menghina Muslim dari toko kami. Kami mengerti pihak kami membuat kesalahan dengan secara tidak sengaja menjual produk-produk ini di kategori baju tidur. Kami selalu menghormati semua agama, khususnya Islam. Ke depannya, kami akan mengambil langkah untuk memastikan situasi seperti ini tidak terjadi lagi," kata Playmate.

Penutup

Kepada Abu, blog ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada ketegasan beliau, membela serta memperjuangkan kemurnian Islam yang kita cintai. Al-hamdulillah!

(IH)


2. Sensitiviti agama terhakis boleh undang bala Allah 

ISU berkenaan dengan sensitiviti agama semakin tular sejak kebelakangan ini. Bermula dengan wanita yang mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran namun dengan berani membuka baju di khalayak ramai, bahkan beberapa hari kemudian muncul pula seorang lelaki yang menghina Nabi Muhammad dan hari ini seorang penganggur di penjara akibat menghina agama.

Perbuatan ini jelas sekali sensitiviti masyarakat hari ini terhadap penjagaan kesucian agama Islam semakin terhakis. Sedangkan umum mengetahui, agama Islam adalah agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1). 

Tindakan yang menggugat agama Islam ini boleh mengundang bala Allah yang bukan sahaja menimpa kepada pelaku bahkan turut boleh menimpa kepada keseluruhan masyarakat umum. Sebagai mana sejarah Islam banyak menukilkan kisah teladan dan pengajaran dari umat terdahulu yang dibinasakan. 

Antaranya peristiwa banjir terbesar dalam sejarah manusia yang berlaku kepada kaum Nabi Nuh seperti mana firman Allah dalam surah al-Qamar ayat 12;


وَّفَجَّرْنَا الْاَرْضَ عُيُوْنًا فَالْتَقَى الْمَاۤءُ عَلٰٓى اَمْرٍ قَدْ قُدِرَ

Dan Kami jadikan bumi menyemburkan mata-mata air maka bertemulah (air-air) itu sehingga (meluap menimbulkan) keadaan (bencana) yang telah ditetapkan”

Begitu juga dengan kisah Kaum Saba’ yang ingkar dengan arahan Allah sehingga mengakibatkan runtuhnya empangan Ma’arib yang digunakan sebagai sumber air dan pengairan tanah pertanian kaum terbabit. Kisah-kisah ini jelas membuktikan bahawa bala Allah yang datang menimpa kesemua masyarakat tanpa pengira pelaku ataupun tidak.

Sebagai mana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 25;

وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.”

Oleh itu, saya menyeru agar masyarakat di luar sana untuk bersama-sama menjaga sensitiviti agama dan lebih peka akan perkara yang berkait dengan agama agar kita tidak mengundang bala dari yang Maha Esa.

Selain itu, saya juga menggesa agar pihak kerajaan mengambil serius akan setiap perbuatan yang menyentuh sensitiviti agama khususnya demi menjaga keharmonian negara.

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 26/7/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails