Fitnah itu cuba dikaitkan dengan pembelian Mercedes dan pelbagai tuduhan membuta tuli, pukul borong dan penuh kekaburan fakta supaya enak dijadikan bahan lelucon politik demi menyemai kebencian.
Bagi menambah sensasi lagi dan kekarutan, berita fitnah tersebut ini cuba dikaitkan dengan kisah-kisah ‘pelawok’ (tipu) konon Dato’ Nik Amar gunakan RM400 juta untuk belanja melancong ke luar negara. Walhal, telah jelas dinyatakan bahawa perbelanjaan percutian ke luar negara itu tak ada kaitan langsung dengan peruntukan RM400 juta ni.
Bagaimanapun penjelasan demi penjelasan telah diberikan secara terang ke mana RM400 juta itu dibelanjakan. Namun, bagi yang bermata lalat yang sukakan fitnah busuk, pelbagai cerita karut atau separa benar sengaja diada-adakan. Sehingga medium TikTok menjadi medan dosa kering untuk mereka terus menabur fitnah.
Jadi, di sini disenaraikan secara sepintas lalu, ke mana wang peruntukan RM400 juta selalu diwiridkan oleh penyebar fitnah yang hatinya gelap kerana kebenaran adalah musuh nafsu politik mereka.
Tahun 2019 (RM400 juta pemberian khas Perdana Menteri)
Kategori Program Pelaksanaan Khas
1. Pembinaan Taman Industri IBS Sungai Bagan, Machang.
2. Pembinaan Pondok Moden Antarabangsa di Pulai Chondong.
3. Pelaksanaan pembangunan bekalan air melalui pinjaman mudah kepada AKSB.
4. Pembangunan bandar baru berkonsepkan Islamic City.
5. Pembangunan Kluster Industri Mukim Senak.
6. Taman Konservasi di Mukim Sigar.
7. Menaiktaraf prasarana pelancongan Pantai Irama Bachok dan Pantai Cahaya Bulan.
8. Bantuan kepada petani yang menghadapi kesulitan bekalan air.
9. Pembangunan jalan raya dan jambatan di Panchor dan jalan masuk Bandar Sukan.
10. Membiayai tambahan Pasar Siti Hajar.
11. Sumbangan peralatan kepada usahawan kecil wanita.
12. Membina menyiapkan satu bangunan tambahan baru Pejabat Tanah Kota Bharu.
13. Program bersepadu dalam menangani masalah gejala sosial.
Kategori Pengurusan
1. Menampung kekurangan aliran tunai bagi perbelanjaan pengurusan terutama semasa PKP COVID-19 berjumlah RM17 juta.
2. Menampung lebihan perbelanjaan YIK.
3. Bantuan Rumah Dhuafa’ setiap DUN.
4. Pinjaman mudah rumah mampu milik di Badang.
5. Pinjaman mudah kepada PBT.
Tahun 2020 dan 2021 (RM400 juta pemberian Khas Wang Ihsan)
1. Pembinaan Rumah Dhuafa’ (bina baru) 395 rumah.
2. Baik pulih Rumah Dhuafa’ 1,542 rumah.
3. Skim Al-it’am 25,010 penerima.
4. Skim Khairat Kifalah (termasuk tunggakan).
5. Penghantaran air bersih percuma (AKSB).
6. Program kebersihan termasuk pembelian lori PBT.
7. Pinjaman projek bekalan air bersih (AKSB).
8. Projek Perumahan Badang (PKINK).
9. Perbelanjaan COVID-19.
10. Bantuan Am Am-Musa’adah.
11. Projek khas bekalan air (Jabatan Sumber Air).
12. Gerbang Az-Ziwaj 6,000 penerima.
Begitulah senarai lengkap, bagaimana RM400 juta diurus oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Sememangnya kaki fitnah amat sakit hati jika maklumat yang disenaraikan di atas ini berjaya kita sebarkan sebanyak mungkin.
Diharapkan bagi rakyat Kelantan telah menerima nikmat daripada pengagihan RM400 juta ini, bersolidariti menyebarkan maklumat ini sehingga segala kebencian membuta tuli dapat dipadamkan dan TikTok fitnah yang direka cipta mereka akan dijauhi oleh orang yang tahu erti dosa pahala.
Pada hemat saya segala serangan tak berasas ini, secara umumnya ditujukan kepada Kelantan mahu dikhususkan kepada batang tubuh Dato’ Nik Amar dengan agenda untuk pembunuhan karakter.
Tingkah laku propagandis mata lalat ini menyerlahkan kebodohan dan kedangkalan sehingga perlu mengadakan tuduhan palsu dan merekacipta dakwaan tak bertanggungjawab, hanya semata-mata untuk cari sensasi.
Apakah yang membuatkan Dato’ Nik Amar menjadi sasaran propaganda ini, adalah satu tanda tanya besar?
Adakah kerana kekuatan kepimpinan Dato’ Nik Amar menyebabkan ada pihak terdesak melakukan pembohongan dan fitnah ini? Ini seolah-olah memberi maksud bahawa ada suatu akar kekuatan pada Dato’ Nik Amar dalam menjamin kestabilan kepimpinan negeri Kelantan.
Boleh jadi Dato’ Nik Amar memang terlalu banyak rahsia peribadi kepada perancang utama yang mengarahkan bidak-bidak catur dalam kalangan propagandis mata lalat ini melakukan operasi serangan yang terdesak dan penuh fitnah jijik.
Propagandis TikTok bermata lalat yang membenci Kelantan dan Dato’ Nik Amar ini sebenarnya mempunyai pilihan yang lebih baik untuk mengkritik secara matang dengan asas fakta jelas.
Namun, apakan daya kalau hati dah hitam gelap serta fitnah memang menjadi makanan dan darah daging mereka, apa lagi kita nak harapkan mereka untuk melihat kebenaran.
Begitulah realitinya permainan propagandis TikTok bermata lalat yang sebenarnya adalah kelompok toksik untuk merosakkan imej Dato’ Nik Amar khususnya dan Kerajaan Negeri Kelantan amnya.
Akhirnya kini saya faham kenapa mereka terdesak sehingga perlu mencipta kebencian dengan fitnah karut;
“When toxic person can longer control you, they will control others see you.”
Ini bermaksud, apabila propagandis TikTokers toksik ini tidak lagi boleh mengawal kemaraan saingan politik mereka, maka mengawal pandangan luar terhadap pesaing politik secara ‘pelawok’ ini diada-adakan.
ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 27/7/2022
BUKIT GANTANG: Jentera Pilihan Raya PAS perlu berada dalam keadaan siap siaga dan menganggap Parlimen akan dibubarkan pada bila-bila masa sahaja walaupun penggal ini masih berbaki setahun lagi.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Dato’ Ustaz Ahmad Yahya berkata, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan-kawasan yang diadakan seluruh Malaysia waktu ini wajar dijadikan medan mengukuhkan ukhuwah.
“Juga mencetuskan semangat juang para amilin PAS dan mengatur strategi menghadapi PRU15. Pengalaman 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) wajar menjadi ingatan di mana umat Islam berasa resah gelisah dengan corak pentadbiran mereka.
“Kita mesti memastikan mereka tidak sama sekali kembali ke Putrajaya sebagai kerajaan,” ujar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.
Beliau berkata demikian ketika menyampaian ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit Gantang Ke-55 di Pusat Tarbiah PAS Kawasan, Kampung Bukit Chempedak, dekat sini kelmarin.
Turut hadir, Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria dan Yang Dipertua (YDP) PAS Bukit Gantang, Rahim Ismail serta Timbalan YDP PAS Bukit Gantang, Zulkefly Ahmed dan Naib YDP PAS Bukit Gantang, Muhammad Faisal Abdul Rahman.
Tambahnya, tiga sasaran utama yang perlu menjadi fokus iaitu memenangi dua pertiga kerusi di Parlimen, menguasai kembali negeri-negeri yang diperintah oleh PAS dan memastikan PH tidak kembali berkuasa.
“Tahniah kepada PAS Bukit Gantang yang telah bekerja keras sepanjang masa terutama aktif menjayakan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
“Walaupun tidak memenangi Parlimen Bukit Gantang pada penggal ini, namun gerakerja kebajikan tetap dilaksanakan dengan perbelanjaan yang besar.
“Di saat kita bersungguh-sungguh mendekati masyarakat dengan pelbagai program, jangan dilupa sumbangan aktivis-aktivis parti yang bekerja keras tanpa mengharapkan balasan, malah mereka menyembunyikan kesusahan hidup mereka.
“Kepimpinan PAS wajar bertanya khabar dan menyelami kehidupan para aktivis kita agar tiada yang tercicir dan menanggung kesusahan hidup bersendirian,” ujarnya.
Pada majlis tersebut, Ahmad telah melancarkan Jentera PRU15 PAS Bukit Gantang serta penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang kepada aktivis-aktivis PAS yang telah kembali ke rahmatullah.
Turut menerima penghargaan adalah Pengurus SkimPAS Kawasan, Zamri Mohamad Yusof yang berjaya mencapai keahlian kedua tertinggi di Malaysia.
PAS Cawangan Sungai Petai Seberang pula dinobatkan sebagai Cawangan Tertinggi Keahlian Baru manakala Jabatan Amal Bukit Gantang menerima anugerah khas di atas usaha gigih menjayakan program derma darah dwibulanan dan aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. – HARAKAHDAILY 27/7/2022
Dikir Marilah Undi Bule
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
No comments:
Post a Comment