Friday, July 22, 2022

Makanan sukar 2023:. & Gelombang haba di Portugal.

 

Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley. (FOTO Xinhua)

1. Makanan sukar diperoleh pada 2023: Semua bakal derita

TOKYO: Ketua Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasley  memberi amaran bahawa  semua orang di dunia akan menderita, bukan hanya orang miskin disebabkan  masalah ketersediaan makanan yang menjadi lebih parah  seterusnya menyebabkan makanan boleh menjadi lebih sukar untuk diperoleh tahun depan.

Menurut laporan Badan Penyiaran Jepun (NHK) Jepun, Beasley berkata, 26 buah negara telah pun mengharamkan eksport makanan dan jika rantaian bekalan terganggu kerana panik di pasaran, maka orang ramai tidak akan mendapat makanan. 

Bercakap kepada NHK di Tokyo pada Selasa,  Beasley menjelaskan dunia  kini mempunyai ‘ribut lengkap’ akibat konflik perang Russia dan Ukraine, kejutan iklim dan dua tahun kemusnahan ekonomi kesan Covid-19.

Katanya, Ukraine, yang digelar ‘bakul roti dunia’, telah berhenti membekalkan makanan ditambah masalah tertentu, bersama-sama dengan lonjakan kos bahan api dan baja, menyebabkan kemunculan ‘ribut kemelesetan ekonomi yang lengkap’.

“Tahun depan, disebabkan kemarau dan krisis baja pula, kita mungkin menghadapi masalah ketersediaan makanan.

“Kami menghadapi masalah penetapan harga makanan utama yang menimbulkan kemusnahan bagi golongan termiskin daripada golongan miskin.

“WFP telah memberi amaran bahawa sehingga 345 juta orang dianggarkan sangat tidak selamat makanan atau berisiko tinggi di 82 negara,” tegasnya.

Tambahnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turki, Ukraine dan Rusia sedang menjalankan rundingan beersama dalam usaha membolehkan makanan dieksport semula.

Sementara itu, Fortune.com melaporkan  Beasley sebagai berkata, pada 2023, dunia  mengalami masalah kekurangan makanan yang serius.

Menurutnya lagi, kira-kira 25 juta tan pelbagai bijirin ruji kini berada dalam unit simpanan di bandar pelabuhan besar seperti Odesa,Ukraine menunggu untuk dihantar ke pasaran antarabangsa, tetapi mereka tidak dapat meninggalkan Ukraine kerana sekatan berterusan Rusia di Laut Hitam.

“Eksport makanan yang hilang dari Ukraine menambah kepada ketidakamanan makanan sedia ada yang menjejaskan kawasan yang lebih terdedah di dunia tahun ini, termasuk wabak, kejadian cuaca buruk dan kemarau yang menjejaskan hasil tuaian.

“Sekiranya isu kekurangan makanan yang menjulang gagal ditangani, Beasley memberi amaran bahawa ia boleh membawa kepada krisis di atas krisis, tsunami dalam tsunami dan itu, kami tidak mampu hadapi sekarang,” katanya.

Beberapa negara termasuk Tanzania, Uganda, Sudan, dan Cameroon bergantung kepada Ukraine dan Rusia untuk sekurang-kurangnya separuh daripada import gandum mereka sebelum perang, menurut Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)  antarabangsa Human Rights Watch. 

Sekiranya produk makanan kekal terperangkap di Ukraine, negara-negara ini akan dilanda kekurangan makanan pertama dan mengalami kesusahan. – HARAKAHDAILY 18/7/2022

2. Gelombang haba di Portugal ragut 1,063 nyawa 

MADRID: Gelombang haba yang melanda Portugal dianggarkan telah meragut 1,063 nyawa antara 7 hingga 18 Julai, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Kadar kematian meningkat di tengah-tengah gelombang haba terburuk pernah melanda Portugal dengan suhu tertinggi mencecah 47 darjah Celsius (116.6 Fahrenheit) pada Julai.

Menurut data dikeluarkan Institut Alam Sekitar ICNF pada Rabu, gelombang haba itu turut mencetuskan kebakaran hutan hingga memusnahkan 45,467 hektar tanah, hanya dalam tempoh 13 hari sahaja.

Dua anggota bomba dan seorang penduduk tempatan turut terkorban dalam kebakaran manakala lebih 135 lagi cedera.

Menteri Alam Sekitar Duarte Cordeiro memberitahu Parlimen bahawa negara itu juga berdepan “kemarau yang melampau” dan meminta rakyat supaya menjimatkan penggunaan air. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails