Thursday, July 14, 2022

Misi Kemanusiaan Yayasan Amal di celah gunung Nepal..

 


7 jam lalui jalan berliku di celah gunung ganang

KATHMANDU (Nepal): Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Kelantan mengorbankan 33 ekor kerbau di beberapa kampung di sini hasil dana sumbangan rakyat Malaysia.

Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KekWa) Ilvira Mohd Dasuki berkata, pagi Ahad lepas rombongan Yayasan Amal meninggalkan Hotel Holiday Taj di Kathmandu untuk ke Gaur, Terai Valley di sempadan India-Nepal.

Katanya, aktiviti korban pertama diadakan di Kampung Hajiminiya, Gaur.

Terai Valley mengalami hari siang yang panjang. Subuh seawal jam 3.45 pagi dan Maghrib jam 7.20 petang. Jam 6 pagi matahari memancar seperti jam 9 pagi di Malaysia.

Kata beliau sepanjang jalan tidak ditemui lampu isyarat di mana di Kawasan simpang dikawal polis trafik yang berada di pos-pos kecil di tengah jalan.

“Kami menempuh 7 jam perjalanan ke sana melalui jalan berliku gunung ganang. Gaur merupakan perkampungan miskin ramai penduduk Muslim dari kaum Nepali, Tibet, Cina dan India.

“Cuaca di Terai Valley lebih kurang Malaysia, cuma sedikit panas lembab. Kami melalui kawasan tanah tinggi yang dihiasi petak teres padi dan batas jagung serta pokok pine,” katanya di sini.

Di sepanjang laluan itu juga terdapat kawasan tanaman yang diairi oleh sungai yang melintasi Kawasan pergunungan.

Kata beliau perkampungan itu dipenuhi rumah tradisional yang dibina daripada tanah, berbumbung bata, buluh dan jerami serta berlantai tanah. Ada juga rumah berlantai simen.

“Penempatan tersebut tiada bekalan air kecuali bagi penduduk yang ada kemampuan. Begitu juga dengan bekalan elektrik, mereka hidup berjimat cermat.

“Di dalam setiap bilik rumah mereka ada ‘baloh’ untuk menyimpan beras.

“Pelaksanaan ibadah korban di Kampung Hajiminiya, Gaur untuk warga Phatuha Maheshpur. Mereka sangat gembira dan menanti-nanti daging korban,” katanya.

Menurutnya program korban juga dilakukan di Kampung Karkach, Wilayah Rautahat yang terletak kira-kira 30 km dari sempadan India Utara. – HARAKAHDAILY 13/7/2022. Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak.

Al-hamdulillah!

 Hibur Hibur Sikit 

Singapura Melayu punya.. siri 1.

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails