Monday, August 01, 2022

Pasukan judo negara & taekwondo K'tan di Belanda.

 

Md Nashriq (tengah) bersama Amir (kanan) dan Kamini ketika menjalani latihan di Birmingham.

SUKAN

1. Skuad judo sasar suku akhir

BIRMINGHAM: Pasukan judo negara yang diwakili dua atlet meletakkan sasaran untuk melangkah sehingga ke peringkat suku akhir pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini.

Jurulatih pasukan negara, Md Nashriq Md Nasser berkata sasaran itu adalah realistik berikutan Amir Denial Abdul Majeed dan Kamini Segaran yang menjadi sandaran kali pertama bertanding pada temasya sukan kedua terbesar di dunia itu.

Katanya, Sukan Komanwel adalah kejohanan kedua disertai skuadnya selepas Sukan SEA di Hanoi pada Mei lalu sebaik berakhirnya pandemik COVID-19 kira-kira dua tahun lalu.

"Misi kita di sini adalah untuk melihat dua atlet negara mara sehingga ke peringkat suku akhir. Mungkin sukar kalau melihat senarai lawan yang bakal dihadapi Amir Denial dan Kamini, tapi kita tetap optimis," katanya di sini, hari ini. 

Md Nashriq berkata Amir Denial, 18, dan Kamini, 25, hadir di sini dengan kejayaan memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan SEA di Hanoi.

Katanya, itu adalah kejohanan itu adalah pendedahan terakhir mereka sebelum ke sini, selain menjalani latihan berterusan di Nilai dan Pulau Pinang.

"Kejayaan mara sehingga ke peringkat suku akhir adalah penting bagi sukan judo negara. Kita mahu menjadikan temasya di sini sebagai batu loncatan bagi menaikkan imej sukan ini sekali gus berpeluang disenaraikan dalam Program Podium selepas ini.

"Bagi Amir Denial, ia sudah pasti satu pengalaman berharga dalam meneruskan perjuangannya dalam sukan ini. Kalau dia mampu capai sasaran ke suku akhir, ia sudah pasti satu pencapaian membanggakan.

"Begitu juga bagi Kamini yang pada 2019 pertama kali menyertai Sukan SEA. Mereka sudah melakukan persiapan terbaik sebelum ke sini dan kita berharap penyertaan pertama mereka ini akan berhasil," katanya.

Kontinjen negara kali pertama menghantar atlet menyertai sukan judo pada temasya Sukan Komanwel adalah pada 2014 di Glasgow. Pada ketika itu, negara diwakili tiga atlet dan hanya mampu bersaing pada peringkat awal sebelum tersingkir.

Sukan ini tidak diadakan ketika Gold Coast menjadi tuan rumah pada 2018. Pertandingan dijadual bermula pada Isnin ini dengan Coventry Arena, Coventry sebagai gelanggang pertarungan. (BH)

2. 4 belia Kelantan ke kejohanan taekwondo di Belanda 

TUMPAT: Malaysia menghantar lapan atlet mewakili Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) menyertai Kejohanan ITF Dunia 2021 di Amere, Belanda, bermula 26 Julai hingga 1 Ogos.

Empat daripadanya adalah belia Kelantan iaitu Abdul Hadi Ibharim, 32, dari Kampung Perangkap Bunut Susu. Hadi disenaraikan atas kelayakan menjuarai pingat emas dalam acara MGTF National Selection ITF Taekwondo-Do World Championship 2021 kategori Individual Pattern dan Individual Sparring.

Manakala warga Kampung Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa, Noor Syazlin Mat Salleh, 24, pula terpilih setelah mengungguli pingat emas dalam Kejohanan UTM Open 2019 bagi kategori Individual Sparring.

Turut terbang ke Belanda ialah Tengku Arifah Syathirah Tengku Mohammad Ariff, 22, dari Taman Guru, Kota Bharu dan Nor Amalia Ismin, 23, setelah merangkul emas dalam kategori Individual Pattern dan Sparringdalam ITF HQ Korea Asia Taekwondo Championship 2018.

Mereka diiringi Jurulatih Norsharifuddin Mohd Rashidi dan Pengadil Sufi Yusuf dan Zamrie Rismawadi Mahmet juga dari Kelantan.

Exco Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi menzahirkan kebanggaannya dan berharap kontinjen Malaysia meraih kejayaan cemerlang di arena antarabangsa.

“Inilah sebahagian daripada model Genius Abqariah kebanggaan Kelantan. Hebat anak muda kita, cemerlang dalam arena sukan dunia dan terus istiqamah mengamalkan syariah dan memelihara adab,” katanya ketika berkunjung ziarah ke kediaman Nor Amalia di Kampung Periok, Chabang Empat, Tumpat, Ahad lepas.

Beliau diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu YB Mohd Rosli Abdullah yang turut mendoakan semua atlet Malaysia berjaya meraih pingat emas. – UPKN 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pasukan judo negara  & belia taekwondo Kelantan di Belanda. Al-hamdulillah tetap dalam disiplin 'patuh syariah'.

Hibu Hibur Sikit

H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.


Waris - Lagu Bola (Official Music Video)

WARIS - This Is Pilah (Official Lyric Video)
IWAN FALS - SEPAKBOLA

Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)

Ilmu Silat juga termasuk kegiatan sukan yang baik)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment