Tuesday, July 05, 2022

PH perlu 5 tahun/2 pusingan PRU lagi -N/Izzah. Anwar timbul kepala.

 

1. Pendedahan Nurul Izzah bongkar realiti kerapuhan PH

Ramai terkejut apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, membuat kenyataan bahawa Pakatan Harapan (PH) mungkin memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun atau dua pusingan Pilihan Raya Umum (PRU) untuk kembali menguasai Putrajaya.

Walaupun tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden, suara Nurul Izzah dilihat berpengaruh atas kapasiti sebagai anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah yang disifatkan pemerhati politik sebagai mewakili ahli politik generasi baharu dengan pandangan objektif, juga berpandangan bahawa PH bakal berdepan laluan sukar dan kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU Ke-15 (PRU-15).

“Saya rasa tidak mudah untuk PH menang dalam PRU akan datang dan kita kena bersedia untuk kalah dua pusingan untuk impak lebih positif serta kembali diterima oleh rakyat.

“Kenapa saya mempunyai pandangan negatif mengenai keputusan PRU-15? Saya amat realistik kerana pada saya, kita akan mengambil masa untuk menawarkan dengan jayanya perbezaan produk kerana rakyat dan saya sendiri masih trauma dengan keadaan yang berlaku semasa PH menjadi kerajaan selama 22 bulan sebelum ini,” katanya.

Namun, pandangan berterus-terang Nurul Izzah, disanggah pemimpin PH lain, termasuk Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menyatakan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP juga tidak bersetuju dengan tindakan mempertikaikan kebolehan parti sendiri, kemudian dimaklumkan kepada umum.

“Adakah patut, kita beritahu pada tentera kita, kita akan kalah dalam perang ini ketika kita telah susun tentera kita nak pergi berperang.

“Nak jadi pemimpin parti politik atau panglima tentera, kalau kita sedar ada masalah untuk menang, kita sepatutnya bina strategi. Pastikan strategi itu boleh memenangkan kita,” katanya.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berpandangan sesiapa sahaja ahli dalam PH boleh mengeluarkan pandangan, namun PH tidak boleh mengizinkan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah.

Pengarah Komunikasi Amanah yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata PH perlu mengeluarkan mesej positif kepada pengundi untuk memenangi PRU-15.

Katanya, perpaduan parti dalam PH untuk menentang BN adalah satu mesej positif yang boleh menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi sekali gus memastikan kemenangan PH.

“Kalau kita nak gerakkan pengundi untuk keluar mengundi, kita mesti menzahirkan satu mesej kita menang. Inilah cara paling berkesan untuk menjamin lebih ramai keluar mengundi.

Nurul Izzah kemudian memohon maaf kerana membuat ramalan itu sambil menyatakan bukan berniat untuk mengguris hati mana-mana pihak, sebaliknya hanya cuba memberi bayangan senario yang terburuk mungkin berlaku pada dua PRU itu kelak.

Bagaimanapun, kerosakan sudah berlaku. Kenyataan Nurul Izzah, secara tersurat mengesahkan kegagalan PH menunaikan manifesto PRU-14 apabila diberi peluang membentuk kerajaan selama 22 bulan.

Walaupun ada yang berpandangan bahawa tempoh itu sangat singkat berbanding BN yang berkuasa selama lebih enam dekad, rakyat sukar melupakan kekalutan politik dan pentadbiran negara dengan kebanyakan manifesto tidak ditunaikan dengan 1,001 alasan.

Prestasi buruk PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor, menambah kebimbangan pimpinan gabungan parti pembangkang dan dalam situasi begini, kenyataan bekas Naib Presiden PKR itu bukan sesuatu yang dialu-alukan.

Namun, pemimpin PH yang kelihatan paranoid dari segi politik, jelas terlepas pandang dengan kenyataan Nurul Izzah yang pada masa sama turut meramalkan bahawa parti lain, terutama Umno juga berdepan kemungkinan hilang banyak kerusi pada PRU-15.

Walaupun ada desakan dari Umno terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, supaya PRU-15 dipercepatkan kerana keyakinan parti itu dan BN untuk menang, senario di PRN berbeza dengan peratusan rakyat keluar mengundi sangat rendah.

Menurut Nurul Izzah: “PRN Melaka dan Johor berlangsung sebelum kita memasuki fasa peralihan endemik lagi seperti sekarang. Apabila semua sektor ekonomi sudah dibuka sepenuhnya, sudah pasti pengundi akan keluar beramai-ramai.”

Namun, pertelingkahan dalaman akan menyukarkan penonjolan imej positif seperti yang diharapkan Ahli Parlimen Shah Alam untuk menarik pengundi atas pagar.

Perebutan jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR antara Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli, mewujudkan dua kem dengan risiko perpecahan sama seperti ketika pertembungan sebelum ini antara Rafizi dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Bukan juga bukan rahsia bahwa keputusan pemilihan DAP baru-baru ini, menyaksikan beberapa pemimpin yang rapat dengan bekas Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, seperti Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, gagal mempertahankan kedudukan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC)

Walaupun pergolakan politik dalam DAP tidak serius seperti PKR, tetapi tetap memberi kesan terhadap prestasi hambar parti itu dalam PRN Melaka dan Johor. – HARAKAHDAILY 11/5/22

2. Perlahan-lahan Anwar timbulkan kepalanya 


APABILA timbul isu kenaikan harga barang di negara kita, maka riuh rendahlah semua pihak sama ada marahkan kerajaan asbab cuba menjadi wira rakyat. Seperti biasa antara tindakan mereka ialah mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan kebersamaan mereka terhadap kesulitan yang rakyat hadapi. Tidak dinafikan tunjuk perasaan ini adalah satu cara yang berkesan bagi mendesak kerajaan, jika kena dengan gelombangnya.

Namun itu dahulu, sewaktu PAS ada bersama dalam mana-mana program himpunan rakyat. Bak kata Sarimah dalam filem Tiga Abdul, sekali di sini petik, 10 yang datang tau. Begitulah kekuatan PAS mengajak ahli dan pihak yang bersimpati dengannya untuk bersolidariti. Buktinya dalam Himpunan BERSIH, ia tidak lagi dihadiri ramai orang setelah PAS tidak lagi bersama Pakatan Rakyat. Tiada juga Jabatan Amal membantu polis.

DS Anwar yang sudah agak lama duduk diam di dalam sarangnya, tiba-tiba muncul kembali apabila isu kenaikan harga barang berlaku sekarang. Mungkin sebelum ini, strategi beliau adalah untuk hanya membiarkan Zahid, anak muridnya berperang mewakili beliau, menentang kumpulan Umno yang satu lagi, yang mahukan negara lebih stabil. Biasalah Anwar, diakan selalu suka negara menjadi tidak stabil dengan goncangannya. 

Tetapi apa yang PH lakukan ketika memerintah dahulu? Bukankah harga barangan juga naik? Tetapi sebaliknya Anwar sibuk menghambat Tun untuk diserahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya. Tiada pula dia menekan PH atas kezaliman menaikkan harga barang. Dan sekarang Anwar muncul kembali bagi menuntut kononnya keadilan bagi rakyat di atas kenaikan harga barang, tetapi sebenarnya dia hanya menyambung impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Bersama Rafizi, dia bergandingan bagi menerajui PKR sekarang. Dan indikator yang lebih tepat bahawa kenaikan harga barang ini bukan kerana kegagalan kerajaan tetapi ia disebabkan kesan perubahan ekonomi dunia ialah apabila Rafizi tidak lagi mengeluarkan apa-apa formula penurunan harga barang. Dia hanya diam, sedangkan dia adalah pakar formula. Sehinggakan dia sendiri tidak sangka formulanya diterima penyokong PH yang kurang akal waktu itu.

Dengan sebelum pemilihan PKR, kedua Rafizi dan Saifuddin saling berkelahi, ia bagi saya, hanyalah untuk menaikkan ranking Rafizi. Publisiti murahan dan mudah sebab Rafizi perlu dinaikkan. Manakala kenyataan Shamsul Iskandar berkenaan pendedahan Tajuddin tempoh hari, jelas membuktikan yang Anwar benar-benar mempunyai sokongan dan bukan beromong kosong, dakwanya.

Tetapi pandangan saya pula ialah, dengan pendedahan itu, bermaksud, Anwar hanya menipu rakyat dengan penafiannya untuk bergabung dengan Umno yang korup, jahat dan berbagai lagi tuduhan jijiknya kepada Umno sebelum ini. Rupanya, dia menjilat Umno bagi mendapatkan sokongan bagi menggapai impian untuk menjadi Perdana Menteri. Lihat, sebelum menjadi Perdana Menteri, dia sudah menipu rakyat dan dibuktikan menipu dengan pendedahan sokongan SD itu. Apa agaknya jika dia benar-benar berkuasa? Janji mahu menjaga Islam? Lupakanlah.

Oleh itu, dalam kita sama-sama berusaha mengurangkan bebanan rakyat kerana kesan ekonomi global ini, kita juga mesti berwaspada dengan penglipura yang bernama Anwar Ibrahim ini dan pasukannya. Nanti yang naik bersamanya semula, kumpulan Umno perasuah yang lama. Yalah kan, nak dibuang, nanti sokongan jadi Perdana Menteri hilang. Jadi nanti yang kita boleh bayangkan, hiduplah Anwar bersama korupter-korupter yang kononnya mahu dia hapuskan dulu. Lojikkan?

Jadi siapa yang akan bela rakyat? Tentulah PAS dengan rekod tiada rasuah dalam pemerintahannya dan sanggup hilang kuasa kerana prinsip asas perjuangan. Lihat judi dihapuskan di Kedah, tanpa rasa takut sokongan ditarik, ia dilaksanakan.

MOHD NASIR ABDULLAH
4 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 4/7/2022

Justeru, undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

  1. BN tak kuat. Jenama Tun Mahathir di PRU 15 yang meujudkan gabungan pembangkang bertanding untuk kalah.

    PRU-15 bakal menyaksikan samada Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH) bertanding hanya untuk kalah selagi nama Tun Mahathir dijaja. Kalah bermaksud gagal menududuki Putrajaya.

    Putrajaya adalah tempat bagi parti yang menang. Mengapa dikatakan dua parti itu bertanding untuk kalah? kerana hanya satu jawapan, gagal berkerja berpasukkan untuk melawan musuh yang sama.

    Gagal berpasukan sebab jenama Tun Mahathir yang bukan saja lusui lapuk malah bertambah bodoh dengan new branding 'kertel mafia'

    Terbukti dengan jelas melalui PRN Melaka dan Johor, dua parti itu bertanding untuk kalah dan melingkup.

    Para pemimpin dua parti itu, bukanpun tidak tahu, bahawa Umno/BN boleh dikalahkan dengan syarat Tun Mahathir dengan brand baru 'kartel mafia' wajib dibuang terus dalam longkang.

    BN tak kuat sangat tapi BN akan menang mudah bila jenama Tun Mahathir@si bacul Mat Pulau cabut lari mencipan inquiry Pulau Batu Putih dibawa sekali lagi PRU 15.

    ReplyDelete
  2. Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan seorang wanita yang didakwa dicabul pegawai kepada seorang exco di Negeri Sembilan.

    Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, berkata laporan diterima daripada wanita itu awal bulan ini dengan kejadian didakwa berlaku di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu.

    ReplyDelete
  3. Jom sokong pas. Kalau ramai menteri dari pas, ranking rasuah akan menurun. Sebab kebijaksanaan pas ialah tiada rasuah.

    ReplyDelete