Tuesday, July 12, 2022

PRU 15: Ini kunci DAP P.Pinang akan tersungkur. -I/Hasyim.

 

Misi menumbangkan DAP di Pulau Pinang bukan mustahil -DR MOHD ZUHDI 

SUDAH tiga penggal DAP menerajui Pulau Pinang, iaitu bermula dari PRU ke-12 tahun 2008. Setelah beberapa kali Projek Tanjung yang dilancarkan oleh DAP untuk menawan Pulau Pinang gagal, pada PRU ke-12 DAP berjaya.

Kejayaan DAP pada ketika itu adalah disebabkan dua faktor utama. Yang pertamanya, pengundi Melayu di Pulau Pinang berjaya dipecahkan dan yang keduanya, pengundi Cina berjaya diyakinkan oleh DAP sebagai pembela kaum Cina.

Meskipun Pak Lah yang berasal dari Pulau Pinang ketika itu menjadi Perdana Menteri, penentangan Dr Mahathir terhadap Pak Lah menyebabkan Umno Pulau Pinang pun tidak solid di belakang Pak Lah.

PKR dan PAS yang ketika itu dalam Barisan Alternatif (BA) telah berjaya menarik sokongan sebahagian pengundi Melayu Pulau Pinang. Walaupun ketika itu DAP bukan anggota BA, sokongan pengundi Melayu BA berjaya dimanfaatkan oleh DAP.

Pengundi Cina pula pasca kemenangan besar BN dalam PRU ke-11 tahun 2004, sejak itu telah beralih arah. Usaha DAP untuk mendekati pengundi muda Cina sejak awal alaf baru ketika itu mula menampakkan hasil.

Muka-muka baru pimpinan DAP menjelang PRU ke-12 berjaya mengalihkan sokongan pengundi Cina daripada Gerakan dan MCA kepada DAP. Pada ketika itu, DAP menjadi sandaran harapan baru kepada pengundi Cina khususnya di Pulau Pinang.

Setelah tiga penggal DAP menerajui Pulau Pinang, pembangunan Pulau Pinang jelas sekali tidak seimbang. Pulau Pinang tidak dibangunkan mengikut acuan Malaysia, sebaliknya mengikut acuan penjajah yang melahirkan seumpama Hong Kong.

Kaum bumiputera yang merupakan penduduk asal Pulau Pinang semakin terpinggir, malah tanah-tanah milik mereka semakin tinggal sekangkang kera di sebelah pulau. Penempatan mereka akan bertukar menjadi rumah kedua kepada warga asing.

Projek PSR yang bakal meminggirkan kaum Bumiputera khususnya para nelayan di Selatan dan Barat Daya pulau itu tetap mahu terus diusahakan oleh DAP, walaupun EIA projek tersebut telah pun dibatalkan baru-baru ini. 

Kawasan-kawasan yang masih ramai penempatan Melayu seperti di Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Nibong Tebal semakin terganggu dengan pencemaran termasuk ternakan khinzir, seolah-olah mahu mengganggu keselesaan hidup mereka.

Sekiranya DAP terus menerajui Pulau Pinang selepas PRU ke-15, pembangunan yang tidak seimbang ini akan berterusan, dan akan muncul sebuah negeri di Malaysia yang membangun tidak mengikut acuan jati diri negara.

Oleh sebab itu, dominasi DAP di Pulau Pinang perlu ditamatkan. Tiada yang mustahil, sekiranya ummah bersatu hati dan kaum-kaum lain menolak sikap ekstrem DAP, parti tersebut berjaya ditumbangkan pada PRU akan datang.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 12/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRU 15, menurut blog ini, 'Inilah kunci DAP P.Pinang akan tersungkur.' seperti yang dibentangkan oleh Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Ahli Jawatankuasa Kerja, PAS Pusat. Inya Allah!

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Kata kata amaran Tun Daim pada Tun Mahathir dan boboi.

Tun Daim Zainuddin yang jarang sangat memberi kenyataan , namun apabila dia memberi kenyataan selalu nya berasaskan sesuatu atau berpandukan maklumat yang dia perolehi.

Jenama “MAHATHIR” dan 'BOBOI' lansung tidak ada impak kepada pengundi kerana Tun Mahathir tiada kebaikan kepada rakyat selama menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan.

Memang benar juga kata kata setengah pihak bahawa Mahathir sedang mencari platform baru untuk PRU15 untuk melindungi legasi dan kroninya.

Nampak sangat lah jenama parti parti yang terkait nama Mahathir pasti tidak akan diterima oleh rakyat dan melingkup. Tun Mahathir mahu UMNO dibubarkan , namun sebaliknya pula yang terjadi.

Mahathir ada istiyar bahawa antara perjuangan utama Parti PEJUANG adalah mahu membenteras rasuah.

Kini kita harus persoal Mahathir berkenaan isu skandal bekas Gabenor Bank Negara yang ada wang sogokan sebanyak RM700 juta dalam akaun suami di Singapura, kenapa Parti PEJUANG tidak mendesak kerajaan segera seret Zeti ke Mahkamah.?

Persoalan utama , dimana pendirian Tun Mahathir dan parti PEJUANG nya? Elok bubarkan PejWang buat malu sendiri. Persoalannya Tun Mahathir tahu kah apa erti malu , muka tembok dan kulit tebal.!?

Khabar terkini Parti PEJUANG bakal dibubarkan setelah tidak mendapat sambutan rakyat. Jenama Mahathir lebih terkenal dengan skandal yang dicipta terhadap seteru politiknya seperti Tengku Razaliegh Hamzah, Musa Hitam , Anwar Ibrahim , Abdullah Badawi dan kemudian Najib Razak.

Selain itu hanya kisah skandal dicipta dalam kareer politik nya sahaja yang lebih popular dari jasa kepada negara.

Ini memandangkan parti nya tiada sambutan dan telah kalah semua kerusi yang ditandingi oleh parti PEJUANG.

Jenama Mahathir sinonim dengan projek untuk kroni, bailout untuk kroni, maka rakyat tidak merasa perlu untuk menyokong parti baru Mahathir.

Lagipun , ia disyaki untuk kaburi mata rakyat sahaja sambil Mahathir mengharapkan Muhyiddin mencari banyak sokongan melalui PPBM utnuk kemudian menjemput Mahathir bersama.

PRU14 lalu, parti milik Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekadar menang 12 kerusi Parlimen sahaja, walaupun dikala Barisan Nasional dalam keadaan paling teruk akibat difitnah dengan kisah 1MDB.

Mukhriz masih tidak berada ditahap sepatut nya. Boboi seakan “blur” dengan banyak perkar dan isu. Tersebar kini Parti PEJUANG akan dibubar dan ahli nya akan diminta serap ke parti lain juga mungkin ada betul nya.

Kenyataan terbaru dari Tun Daim , bahawa parti PEJUANG dan BERSATU akan bungkus pada PRU15 , maka ia seharus nya dipandang ‘serious’ kerana pasti berdasarkan laporan tertentu yang dimiliki nya.

Lingkupkan Boboi di PRU 15 bukan saja Pejuang hancur lebur malah legasi kerala lenyap terus dari politik tanah air. Amin

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails