Monday, July 18, 2022

Sah, balak haram K'tan. Bekalan makanan beras 208%

 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

1. 2 kes pembalakan haram di Kelantan babitkan 32.69 hektar

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengesahkan dua kes pembalakan secara haram direkodkan di Kelantan yang membabitkan keluasan 32.69 hektar pada 2020 dan tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata ia membabitkan aktiviti pembalakan dengan keluasan 10.84 hektar pada 2020, diikuti baki 21.85 hektar lagi pada 2021.

"Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) memandang serius isu pembalakan haram dan beberapa pendekatan diambil bagi menangani masalah itu.

"Pemantauan kawasan perhutanan dilakukan secara berkala melalui penderiaan jauh dan pemeriksaan, penggunaan dron, pemantauan berskala secara rondaan, operasi bersepadu dengan pelbagai agensi penguatkuasaan dan sebagainya.

"Kerajaan negeri melalui JPNK mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah melalui Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Rozi Muahamd (PAS-Tendong) berhubung jumlah kawasan pembalakan yang dilakukan secara haram dikesan pada 2020 dan 2021 ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini. (BH)


2. Pengeluaran beras di Kelantan 208 peratus lebih sara diri 

KOTA BHARU: Kelantan tidak akan menghadapi situasi kekurangan bekalan makanan sekiranya berlaku krisis memandangkan pengeluaran beras, buahan dan kambing melebihi tahap sara diri penduduk di negeri ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sebagai langkah proaktif kerajaan negeri menubuh Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan.

Katanya, langkah proaktif itu diambil kerajaan negeri pada 11 Mei lalu dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan dipengerusikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Jawatankuasa Kerja Sekuriti Makanan Negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan negeri Dato’ Nazran Muhammad.

Menurutnya, jawatankuasa berkenaan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan wakil dari Institusi Pendidikan Tinggi bagi memperhalusi isu-isu berkaitan dan langkah penyelesaian yang sesuai bagi menangani isu berbangkit.

“Berdasarkan data Status Kadar Sara Diri (SSL) 2020 menunjukkan Kelantan berada dalam landasan yang tepat dalam menjayakan misi sebagai Jelapang Makanan Negara.

“Status SSL 2020 bagi sumber makanan bagi beras adalah 208 peratus, kelapa (196 peratus), daging kambing, bebiri (190 peratus), buahan (117 peratus), sayur (98 poeratus) dan ikan (93 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri juga mengambil beberapa langkah bagi menjamin sekuriti bekalan makanan di negeri itu sentiasa mencukupi.

Katanya, antara langkah yang dilakukan kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas sebanyak RM10 juta melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan bagi pelaksanaan projek ternakan ayam pedaging tertutup semi automatik dan penternakan lembu secara integrasi di ladang sawit.

“Kita juga turut mempergiat kempen penglibatan masyarakat dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan seperti Program Dapur Hijau, Kempen Seed Community-Kempen Penghasilan dan Penyimpanan benih tanaman.

“Selain itu juga, kita membangunkan program Pembangunan Makanan Ternakan Alternatif Al Falah di Dun sasaran sebagai pusat penghasilan makanan alternatif komuniti,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/7/2022

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kelantan. Ini akibat tiada rasuah. Negeri maju rakyat dapat manfaat.

Anonymous said...

Negeri miskin. Jalan Kotor. Air kotor. Banjir besar tiap2 tahun.. habis duit rakyat negeri lain kene guna tampung kerugian banjir berbillion di situ jer.

Rakyat susah kene keja luar negeri

Manfaat mende?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails