Sunday, July 17, 2022

Siapa Terbaik Antara 3 Watak Wanita Ini? -Filem Mat Kilau

 

HALAMAN HIBURAN

Dalam filem Mat Kilau ada 3 sosok wanita yang ditonjolkan tentang bagaimana peribadi dan kehidupan mereka di zaman perjuangan.

  1. Watak seorang wanita yang dibunuh British di awal-awal cerita kerana lantang berlawan mulut dan menyerahkan dirinya untuk sedia dibunuh daripada tunduk kepada arahan British.
  2. Watak isteri Mat Kilau yang tenang dan sentiasa menyokong, faham perjuangan suami dan bijak berkongsi dan memberi pendapat kepada suaminya.
  3. Watak yang telah menitiskan air mata kebanyakan penonton wanita ini iaitu watak Rokiah, isteri Wahid.

Isteri yang baik dan patuh namun keadaan diri yang sarat mengandung tidak boleh mengawal Rokiah untuk tidak beremosi dengan suaminya lebih-lebih lagi Wahid sering keluar demi tugasnya.

Siapa yang lebih baik antara ketiga-tiga watak ini? Kita akui semua baik. Semua berperanan sebagai wanita yang hidup di zaman perjuangan.

Walaupun Rokiah dilihat suka mengeluh, tetapi Rokiah tak membantah. Walaupun merajuk, tak pernah lari rumah.

Setia menanti suami walaupun suami sering tidak ada di rumah sehingga akhirnya Rokiah sendiri yang terkorban dahulu kerana tidak buka mulut akan keberadaan suaminya.

Di akhir hayat Rokiah, beliau sempat memberitahu suaminya bahawa dia redha dengan apa yang diperjuangkan oleh suaminya.

Dalam sirah Nabi, wanita wanita seperti itu semuanya wujud. Masing-masing berperanan dan memberi hikmah pedoman untuk wanita sampai ke zaman sekarang.

Nusaibah, yang banyak menyertai peperangan merawat tentera Islam. Dalam perang Uhud Nusaibah bertugas menyediakan air kepada tentera namun akhirnya ikut bertempur langsung dengan musuh sehingga luka parah seluruh badan kerana menjadi perisai kepada Nabi.

Sumaiyah dan keluarganya yang diseksa dengan sangat kejam kerana teguh mempertahankan aqidah. Diheret di tengah padang pasir dan dijemur bawah terik matahari yang sangat panas sehingga Sumaiyah terkorban ditikam dengan tombak oleh Abu Jahal laknatullah.

Khadijah isteri setia yang menenangkan kegundahan Nabi saat turun wahyu pertama yang berat untuk Nabi. Menyerah jiwa dan harta kekayaan segalanya untuk perjuangan hatta pernah meminta Nabi mengambil tulang belulangnya untuk perjuangan jika sampai perlu.

Begitulah besarnya peranan wanita dalam perjuangan di samping tugas hakiki sebagai suri dalam rumah tangga. 

Diangkat dari


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

  1. Dalam parti liberal wanita juga lebih karismatik banding presidennya. Nurul ijah lebih menonjol. Wan jijah juga merasa jadi tpm. Nurul lebih popular dari presiden. Nurul cuma naib presiden.

    Tapi semua tu bakal dicantas oleh timbalan presiden. Mat jambu sedang merangka strategi supaya presiden turun.

    Dlm parti kris sama situasi. Presiden dah bercalar muka. Takkan nak jadi pm. Buat malu rakyat malaysia. Yg menonjol dan kelihatan bersih ialah naib presiden. Yg ni layak jadi pm. Yg presiden parti kris sudah membakul sampahkan diri sendiri. Kaut fulus selagi boleh ketika ada jawatan.

    Presiden parti pejuwang ialah parti anak beranak juga. Boboy dan papanya pengasas parti. Yg ni lagi pelingkop. Lidah boleh belit 361 darjah. Sangat memuliakan kroni banding rakyat melayu. Melayu mudah lupa katanya. Bangsat betul.

    ReplyDelete