Monday, July 04, 2022

Tanding p'raya X menang, cap apa? ..& usahawan tani

 


1. Tewas pilihan raya lebih teruk berbanding ‘cap ayam’

KOTA BHARU: Biarpun kali pertama tiga pemimpin PAS diberi sebagai anggota Kabinet, namun prestasi mereka menunjukkan kejayaan biar pun tanggungjawab yang dipikul merupakan bidang baharu.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, PAS hanya mempunyai tiga menteri dalam kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya menteri terbabit iaitu Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Alam Sekitar dan Air, Senator Datuk Idris Ahmad (Menteri Hal Ehwal Agama) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Menteri Sumber Asli dan Tenaga).

“Mengikut pengamatan kita Indeks Prestasi Utama (KPI) mereka alhamdulillah menunjukkan prestasi yang baik,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Dapur Hijau Peringkat di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Kelantan, semalam.

Hadir sama anggota Exco Kerajaan Negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Baru-baru ini bekas ahli parlimen Pulai Dato’ Nur Jazlan Mohamed dilapor mendakwa kualiti dan kredibiliti menteri dari PAS sebagai cap ayam sehingga menjadi beban kepada Perdana Menteri.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, dakwaan cap ayam seperti disebut pemimpin Umno Johor terbabit atas ukuran apa.

“Kalau kita nak kata dia tanding pilihan raya pun tidak menang, itu cap apa. Pemimpin terbabit mungkin mempunyai masalah psikologi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

2. 10,000 usahawan tani dilahir di Kelantan sejak 2015 

KOTA BHARU: Seramai 17 orang daripada 1,800 peserta program Dapur Hijau dinaik taraf sebagai usahawan tani dengan mendapat peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri.

Setiap tahun seramai 1,800 peserta menyertai program Dapur Hijau dari 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, mereka bmenerima bantuan tambahan antara RM2,500 hingga RM5,000 seorang bagi mengembangkan lagi program Dapur Hijau.

Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 bagi peserta Dapur Hijau yang berpotensi mengembangkan pertanian secara kecil-kecilan di halaman rumah kepada projek berskala besar.

“Daripada bajet tambahan tersebut kerajaan negeri berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan tani di Kelantan,” katanya selepas perasmian Sambutan Hari Dapur Hijau bagi peringkat negeri di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Kelantan dekat sini semalam.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah. Turut hadir Timbalan Exco Abdul Azziz Kadir; Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Wan Mohd Husni Wan Osman.

Program Dapur Hijau diperkenalkan kerajaan negeri pada 2015 sehingga sekarang berjaya melahirkan hampir 10,000 usahawan tani yang melaksanakan aktiviti pertanian di halaman rumah mereka.

Tuan Mohd Saripudin juga berkata, pertandingan dapur hijau yang diadakan di peringkat Parlimen mampu mengenal pasti peserta yang berpotensi mengembangkan aktiviti pertanian dengan sokongan kerajaan.

Menurutnya juga tahun ini kerajaan ngeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan program tersebut berbanding tahun lepas RM150,000. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 2




PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

  1. Seluruh agensi kerajaan harus dirombak dan dbersihkan. Selagi Malaysia di kuasai kartel daging ayam tulur minyak masak selagi itu barang mahal.

    Hapuskan kartel PRU 15. Kartel sabotaj ekonomi negara.

    Nampaknya , Badan Kehakiman, LHDN Gabenor Negara PDRM SPRM semua sudah rosak dibawah kartel mafia ini. Kali ini Registrar of Society juga sudah jadi seperti alat politik .

    BERSATU , PAS , dan PEJUWANG mahukan UMNO dalam acuan hari ini dimana UMNO tidak ada kekuatan dan mereka tidak mahu UMNO yang kuat yang tidak dapat dikawal.

    Apakah ROS alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana Menterinya dari PPBM. ROS pernah keluar surat mendakwa MKT UMNO berstatus “caretaker” sahaja.

    Kalau permohonan UMNO untuk tangguh pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas PRU tidak ikut perlembagaan, kenapa permohonan MCA dan Gerakan boleh lulus.

    Sangat jelas seolah olah ROS menunggu arahan dari pihak tertentu, andaian ini bertambah kuat kerana ROS dibawah Menteri dari parti BERSATU , Hamzah Zainuddn.

    Ketika Pakatan Harapan memerintah dimana pemimpin BERSATU ada didalam nya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjadi alat politik PH untuk memufliskan Najib Razak.

    Kini , bidang kehakiman dan Pejabat Peguam Negara juga terlihat sebegitu , kerana kes bekas Gabenor Zeti Akhtar dan Nazlan Ghazali masih belum dibuka buka lagi.

    Umum tahu jika memberi kelulusan kepada UMNO untuk Tangguh pemilihan parti dan mengadakan pilihanraya terlebih dahulu adalah umpama memberi nyawa kepada UMNO dan membunuh parti parti seperti BERSATU dan PEJUWANG.

    Pengganti YB Zuraida pun Perdana Menteri dari UMNO perlu rujuk kepada parti Bersatu

    Ketua ketua yang menjadi kepala kepada agensi agensi ini semua perlu dipanggil untuk disoal siasat. Kian bertambah parah akibat kerosakan teruk institusi kerajaan dimusnahkan oleh PH dan sisa sisanya.

    Seluruh agensi kerajaan harus dirombak dan dbersihkan.

    ReplyDelete
  2. Nor jazlan kena pastikan menang bertanding dan jadi menteri. Kemudian boleh buat nilai menteri cop Ayam atau tidak. Atas platform apa nor jazlan buat nilai, sedang dia sendiri pun tewas bertanding. Jangan jadI orang jahat. Tebar pasir kat orang. Biar berakhlaq, jangan geram melempias pysco sebagai lahiriah.

    ReplyDelete