Monday, July 25, 2022

Tuan Ibrahim IGEM2022, jana RM3 bilion, Insya-Allah!

 

KIGEM2022 dijangka jana prospek perniagaan RM3 bilion

KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Greentech dan Produk Eko Malaysia Ke-13 (IGEM) 2022 yang akan berlangsung secara fizikal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 hingga 14 Okt ini, dijangka menarik seramai 30,000 pengunjung dari 30 negara dengan penjanaan prospek perniagaan berjumlah RM3 bilion.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata IGEM2022 yang akan dilaksanakan oleh Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) itu melibatkan pakar dari pelbagai industri, termasuk wakil kerajaan, pemimpin teknologi, pelopor, ahli akademik dan usahawan yang akan berkongsi pengalaman tersendiri.

Beliau berkata acara bertemakan ‘Ke Arah Karbon Sifar Bersih: Memenuhi Komitmen Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Itu adalah selaras dengan sasaran Malaysia untuk menjadi negara pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) sifar bersih seawal-awalnya menjelang 2050.

“Kerajaan perlu menilai tahap keupayaan dan ketersediaan negara untuk mencapai aspirasi tersebut.

“Oleh itu, KASA telah melantik perunding untuk membantu mengenal pasti strategi-strategi dan sumber-sumber yang diperlukan untuk negara mencapai aspirasi karbon sifar bersih seawal-awalnya pada 2050,” katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran IGEM2022 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tema tahun ini turut memberi tumpuan kepada aspek pencapaian komitmen ESG oleh pihak swasta untuk sama-sama membendung peningkatan suhu bumi agar perubahan iklim dapat dikurangkan.

Beliau berkata di samping itu konsep perniagaan konvensional perlu diinovasikan agar lebih mesra alam serta menyokong agenda perubahan iklim negara dan global.

Katanya IGEM2022 juga akan menampilkan pembentang persidangan terdiri daripada pemenang Hadiah Nobel Keamanan, pakar-pakar ekonomi serta pemain industri yang akan berkongsi mengenai inisiatif pembangunan mampan berlandaskan SDG dan ESG.

Acara tahun ini bakal memberi tumpuan kepada empat topik utama iaitu pemerkasaan bandar, mobiliti elektrik, penyahkarbonan tenaga, dan menggiatkan pelaksanaan ekonomi kitaran selaras dengan isu semasa alam sekitar yang melanda negara seperti bencana banjir di kawasan bandar, pengurusan sistem saliran dan sebagainya.

Beliau berkata selain itu, kementerian turut mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama semua pihak, termasuk syarikat yang ingin menjalin kerjasama perniagaan serta berminat untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung sektor teknologi hijau dalam menjayakan IGEM2022 pada kali ini.

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga akan menyediakan sesi perundingan kepada syarikat yang berminat untuk melabur di Malaysia manakala Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan memberi kemudahan kepada syarikat tempatan yang berminat untuk mengeksport produk mereka ke luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkongsi edisi terdahulu, IGEM2021, yang diadakan secara maya selama dua tahun sejak 2020 susulan pandemik Covid-19, berjaya menjana prospek perniagaan bernilai hampir RM4.6 bilion meskipun negara dilanda pelbagai cabaran ekonomi, sekali gus optimis bahawa acara pada tahun ini akan melebihi nilai sasaran sedia ada.

Dalam perkembangan lain, menyentuh mengenai Persidangan ke-27 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP27-UNFCCC) di Sharm El Sheikh, Mesir, beliau memaklumkan acara itu akan berlangsung pada 8 sehingga 16 Nov dengan memberi fokus terhadap aspek adaptasi perubahan iklim.

“Malaysia telah beri komitmen, Insya-Allah menteri-menteri juga telah memberi komen untuk menghadiri COP27 nanti. Pada COP27, pelaporan akan dibentang untuk melihat pencapaian serta pelan-pelan sejauh mana komitmen terhadap adaptasi yang dibuat di setiap negara,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tuan Ibrahim IGEM2022, jana RM3 bilion, Insya-Allah! 

Al-hamdulillah masih bisa berkreatif menjana wang di musim ekonomi meleset. 

Bukan macam PH yang merudum  22 bulan dengan semangat 'ekonomi terencat', menyerah sebelum bertarung.. Contohnya, nak buang sawit tanam buluh, muflis ide!

Hibur Hibur Sikit

Traveling Kashmir a Paradise Neelum Valley Road Trip Pakistan



JAZIRAH ISLAM | MENGENAL MUSLIM KASHMIR (12/06/18






urdu tarana urdu tarana mp3 free download urdu tarana lyrics urdu tarana ringtone urdu tarana download urdu tarana dj song ...



Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Insya Allah tiada bocor, tiada tiris. Jom pakat pakat sokong pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails