Sunday, July 10, 2022

X ramai bukan Islam dapat maklumat ini..

 


Penduduk Tionghua terima sumbangan khairat kematian

KUALA KEDAH: Rakyat Kedah yang bukan beragama Islam turut menerima sumbangan khairat kematian tajaan kerajaan negeri.

Bagaimanapun tidak ramai masyarakat bukan Islam yang mendapat maklumat mengenai program berkenaan.

Yang Dipertua PAS Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundur sehingga sekarang seramai 10 penduduk kaum Tionghua menerima Khairat Kematian.

“Insya-Allah ada lagi yang sedang menunggu dan kita akan serah dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam diadakan majlis penyampaian sumbangan Khairat Kematian di Dewan Al-Amin Telok Bagan melibatkan beberapa penerima termasuk dalam kalangan kaum Tionghua.

Dr Fakhruddin yang juga Penyelaras DUN Pengkalan Kundur berkata, maklumat mengenai program berkenaan perlu disebarluas supaya rakyat mendapat info yang lebih tepat.

Menurutnya juga sumbangan Khairat Kematian dinaikkan kepada RM500 setiap keluarga berbanding RM250 ketika Kedah diterajui kerajaan lama.

“Mereka (kaum Tionghua) meluahkan perasaan teruja dan ada antara mereka yang menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Ini kerana sebelum ini sumbangan seperti itu jarang diterima mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, agenda kebajikan antara program utama kerajaan negeri selaras moto ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak ramai bukan Islam dapat maklumat ini.. Yakni, Islam menaungi rakyat bukan Islam.  Contohnya, penduduk Tionghua ini terima sumbangan khairat kematian anjuran Islam. Al-hamulillah!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 201

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails