Siti Nuramira Abdullah tidak didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bagi mengelak dituduh di dua mahkamah berbeza.
1. Harap Siti Nuramira kembali amal Islam sebenar
KUALA LUMPUR: Ketua Pendakwa Syarie membuat keputusan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam bagi mengelak wanita itu dituduh di dua mahkamah berbeza.
Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan berkata, ia bersesuaian dengan maqasid (matlamat) syariah yang menekankan pendekatan ta'dib dalam pentadbiran jenayah syariah yang diharap dapat membawa kembali wanita itu ke arah amalan Islam sebenar.
Melalui kenyataan hari ini, keputusan dibuat untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Siti Nuramira berdasarkan seksyen 58 (2) Akta 505 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)dan Seksyen 181 Akta 560 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutan) 1997.
Katanya, pertuduhan jenayah sudah dimulakan di mahkamah sivil pada 13 Julai lalu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan
"Maslahah (memelihara tujuan syara' dan meraih manfaat serta menghindar kemudaratan) dari sudut pentadbiran keadilan bagi mengelakkan tertuduh dituduh di dua mahkamah berbeza bagi mencapai matlamat sama iaitu untuk dihukum atas kesalahan yang dilakukan.
"Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman yang lebih berat. Sesuai dengan maqasid (matlamat) syariah yang menekankan pendekatan ta'dib (mendidik) dalam pentadbiran jenayah syariah diharap dapat membawa kembali tertuduh ke arah amalan Islam sebenar," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kes berkenaan sudah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah pada 13 Julai lalu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan terhadap Siti Nuramira dan sebutan pertama ditetapkan pada 14 Julai tetapi ditangguhkan kepada 21 Julai ini.
Katanya, wanita itu ditahan Pegawai Penguatkuasa Agama semalam untuk siasatan lanjut.
Siti Nuramira ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sejurus dibebaskan dengan jaminan berkaitan pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. (BH)
2. Siasat di sebalik ‘penaja dan pembela’ kes hina agama
KERAJAAN perlu memberi perhatian yang lebih berfokus, serius dan kritikal terhadap perbuatan menghina Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam di mana semakin galak dilakukan.Ini kerana ia dilihat seperti ‘ditaja dan dibela’ oleh pihak berkepentingan dan beragenda, serta anasir luar yang mungkin berperancangan secara strategik untuk menimbulkan ketidakharmonian kepada negara ini.
Sentimen dan api-api kebencian ini seakan ditiup untuk memarakkan jurang antara rakyat majmuk pelbagai kaum, bahasa, budaya dan agama di negara ini supaya berpecah, saling curiga dan bermusuhan.
Provokasi melampau kini tidak lagi bersuara sinikal, mempersenda atau mengejek secara halus dan tersirat, tetapi dengan berani celupar, menghina bahkan juga mencabar!
Malah secara mudah dan sewenang-wenangnya dilakukan dengan bebas menggunakan pelbagai platform atau medium, selain disebar tular serta dibangga-banggakan.
Oleh itu skop siasatan pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mesti diluaskan untuk melihat segala kemungkinan.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga wajar meneliti unsur ancaman dan gugatan pihak tertentu terutama dari luar yang boleh wujud sebagai dalang di sebalik tindakan-tindakan tersebut.
Pelbagai kepakaran berkaitan yang ada dalam negara mesti digembleng untuk memberi takrifan kepada dukungan dan sokongan pihak-pihak tertentu kepada suspek, kerana ia melibatkan ke atas perbuatan menjejaskan tonggak-tonggak negara.
Sekiranya hal ini dipandang enteng dan berkala, tidak mustahil ia akan menjadi barah yang memamah secara senyap asas-asas penting termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di mana mesti dijamin terpelihara dari sebarang pencabulan.
Kedaulatan ini sama sekali tidak patut dipolemikkan apatah lagi dicabar dan dihina sebagaimana yang terjadi, bahkan ‘tajaan dan pembelaan’ tersembunyi berpotensi merosakkan ketenteraman awam negara ini.
Mereka ini dilihat hanya berselindung di sebalik topeng yang memperalatkan hak asasi, kemanusiaan dan kebebasan kononnya, tetapi mungkin penggerak sebenar atau perancang utama.
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Penasihat
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – HARAKAHDAILY 20/7/2022
Dikir Marilah Undi Bule
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
2 comments:
Aaikk 34 laporan ajerrr.... ingat dah cecah 34 jota di hari ke dua ini...
ato puak otai dah terbau bacin kena main budak Tun bernama Rafizi tu..
Otai Gayboy kena test Rafizi tu.... mintak Rafizi buat RCI pasal Forex zaman Tun dolu ke, desak Rafizi buat RCI pasal Pulau Batu Putih yg Tun serah pada anok Lee Kwan Yew tu kerr...
apasal la bebal sangat otai otai gay boy ni... test kaw kaw Rafizi hantam Tun dolu klu Rafizi senyap wat bodo sah Rafizi tu klon Tun dlm PKR....
Bodoh bodoh blako otai otai reformasi ni rupa nya...
kikikikiki
Biasanya lembu-lembu liberal berani menghina Islam dan umat Islam kerana mereka diternak, disokong, ditaja dan di 'brainwash' oleh puak kafir harbi untuk membenci Islam, kaum Melayu Islam dan umat Islam.
Sesungguhnya lembu-lembu liberal ini adalah puak munafiqun yang berpura-pura beragama Islam tetapi hati mereka sangat membenci Islam dan umat Islam.
Mereka adalah lebih berbahaya dari puak kafir harbi kerana mereka cuba memusnahkan Islam dan umat Islam dari dalam.
Mereka mendakwa mereka adalah orang Islam sambil menghina, menfitnah dan memburukkan agama Islam dan umat Islam secara terbuka maka mereka adalah puak munafiqun.
Jika mereka mati, jenazah mereka tidak boleh diuruskan secara Islam dan tidak boleh disolatkan oleh umat Islam. Jenazah mereka tidak boleh ditanam di tanah perkuburan Islam. Dan mereka akan menjadi penghuni neraka yang paling bawah dan mereka kekal di dalamnya.
Post a Comment