Friday, August 19, 2022

Acara sukan dalam negeri, masih X patuh syariah..

 

Nur Aishah (dua dari kanan) memenangi acara 100 meter wanita SUKIPT 2022

SUKAN

Fakhrul, Nur Aishah raja, ratu pecut SUKIPT

TANJUNG MALIM: Pelari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muhammad Fakhrul Abdul Aziz merangkul gelaran raja pecut bagi temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 selepas memenangi acara pecut 100 (m) lelaki, sebentar tadi.

Perlumbaan yang berlangsung di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menyaksikan Muhammad Fakhrul menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10.73 saat (s) sekali gus mengesahkan namanya selaku pemenang pingat emas.

Pingat perak dimenangi atlet Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mohamad Raimi Mustaffa dengan catatan masa 10.87s, manakala Muhammad Yusridzwan Danial Yusof dari UPSI melengkapkan podium di tempat ketiga (10.88s).

Muhammad Fakhrul berkata, kemenangannya kali ini adalah rezeki dan permulaan yang baik buatnya selepas hampir dua tahun tidak beraksi di trek balapan akibat beberapa masalah dialaminya.

"Alhamdulillah ini rezeki Allah bagi. Walaupun saya tak bertanding lebih dua tahun atas sebab-sebab tertentu, tapi saya berjaya melakukannya di sini.

"Pada perlumbaan tadi, saya langsung tidak memikirkan berkenaan perkara itu dan apa yang saya mahu buat adalah untuk berlari.

."Selepas ini saya mahu fokus kepada Sukan Malaysia (SUKMA) dan mahu buat lebih daripada ini untuk mencerahkan peluang saya meraih tempat dalam skuad kebangsaan," katanya ketika ditemui sejurus tamat perlumbaan.

Sementara itu, gelaran ratu pecut SUKIPT 2022, menjadi milik atlet dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nur Aishah Rofina Aling yang menamatkan perlumbaan 100m wanita dengan catatan mata 12.25s.

Perak dan gangsa masing-masing diraih atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), Eng May Xin Winnie (12.59s) dan Darshini K Murugan (13.04s).Nur Aishah mengakui, catatan masa yang dibuat kali ini adalah catatan peribadi terbaiknya dalam tahun ini.

"Alhamdulillah saya gembira dengan perlumbaan saya hari ini. Untuk pengetahuan catatan masa yang dilakukan saya ini adalah catatan terbaik saya tahun ini.

"Selepas ini saya akan tumpukan perhatian pula di SUKMA yang akan berlangsung pada bulan depan," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun acara sukan dalam negeri, tidak mesti tunduk kepada peraturan antarabangsa, namun masih tidak berani wujudkan disiplin 'patuh syariah' seperti yang diwajibkan oleh agama Islam, agama bagi Persekutuan negara ini.


 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Previous

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails