Friday, August 19, 2022

Artis era 90-an ini, makin tua makin ...

Jeslina meraih perhatian pengguna media sosial selepas memuat naik gambar seksi ketika bercuti di Bali, baru-baru ini. - Foto IG Jeslina Hashim

HALAMAN HIBURAN

1. 'Seksinya Jeslina'

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 90-an, Jeslina Hashim sekali lagi meraih perhatian pengguna media sosial selepas memuat naik sekeping gambar di Instagram (IG) ketika percutiannya di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Jeslina yang mesra disapa Jes dikenali menerusi lakonannya dalam filem Seri Dewi Malam menggayakan gaun berwarna putih dan sedang duduk atas kapal sambil melihat pemandangan laut.

Gambar berkenaan bukan sahaja menampakkan bahagian bahu dan kaki Jes, malah, hampir mendedahkan seluruh bahagian peha dan pinggul pelakon berusia 44 tahun itu.

Beberapa netizen dilihat menegur penampilannya terlalu seksi, malah, ada seorang individu sempat menasihatinya untuk berubah memandangkan sudah berusia.  

"Sepatutnya makin tua makin sedar diri, banyakkan amalan," demikian antara komen ditinggalkan pengguna media sosial. 

Penyanyi Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu bagaimanapun menutup ruangan komen untuk gambar berkenaan.

Menerusi komen di sebuah forum, seorang netizen berkata, Jes memang berpakaian sebegitu sejak dahulu.

Tetapi kebanyakannya mengutuk penampilannya kerana tidak seiring dengan usia dan status sebagai seorang ibu.

Masih menggayakan rambut pendek, penampilan Jeslina berbeza pada awal kerjaya sekitar 1998 dan seiring dengan peredaran masa. - HM Online


2. Imej K-Pop nak 'pikat' lelaki kacak?     

Perubahan Ara menimbulkan rasa sangsi banyak pihak hingga ada mendakwa bertukar imej kewanitaan disebabkan sedang dilamun cinta.

KUALA LUMPUR: Hatinya pernah terguris apabila imej dan penampilannya disalahertikan hingga ada mengaitkannya dengan isu seksualiti.

Semuanya gara-gara gemar berpakaian seperti lelaki sama ada ketika membuat persembahan mahupun dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun, seiring dengan perjalanan masa, sedikit demi sedikit imej penyanyi lagu Bunga, Ara Johari, 25, mula berubah apabila cita rasanya dalam berfesyen berubah ke arah lebih feminin.

Bagaimanapun, perubahan Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari menimbulkan rasa sangsi banyak pihak hingga ada yang mendakwa bertukar imej kewanitaan disebabkan sedang dilamun cinta 

Dalam perkembangan berkaitan, Ara bersyukur keluarganya sangat memahami dan tidak pernah bertanyakan soal penampilannya sejak dahulu.

"Setiap kali menghubungi keluarga, mereka hanya memberi nasihat supaya saya pandai menjaga diri dan kesihatan," cerita penyanyi bervokal lantang ini.

Dari awal kemunculan dalam bidang nyanyian, Ara pernah berdepan kontroversi apabila nyanyiannya mendapat kritikan ramai.

Puncanya apabila selalu menghadapi masalah 'terkucil' ketika menyanyikan lagu bernada tinggi. Namun, nyanyiannya menampakkan perubahan, sejak akhir-akhir ini.

Mengulas lanjut, naib juara Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33) menerusi lagu Bunga itu berkata, dia mengikuti kelas vokal demi memperbaiki kelemahannya itu.

"Jika dahulu, saya menyanyi ikut suka hati. Tetapi selepas mengikuti kelas vokal, saya mempelajari teknik nyanyian betul.

"Saya akui susah bila menyanyi lagu bernada tinggi sehingga ada bahagian terkucil, tetapi saya boleh mengatasi masalah dan vokal semakin bertenaga dengan teknik nyanyian betul," cerita Ara yang bakal muncul dengan single baharu berjudul Sumpahan Salju. - HM Online

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

(i) Artis era 90-an (di atas) ini, makin tua makin ... sepatut semakin diubati jiwanya. Maka kembalilah pada agama mengikut pendirian masing-masing.

(ii) Begitu juga imej k-pop Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, juga menimbulkan rasa sangsi banyak pihak, hingga ada yang mendakwa bertukar imej kewanitaannya. Ini juga perlu diubati dan kembali agama.

Inya Allah!

 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails