HALAMAN HIBURAN
1. Acara maksiat rosakkan program anak muda
IPOH: Pemuda PAS Negeri Perak kesal dengan penglibatan artis kontroversi yang akan memaksiatkan penganjuran program anak muda Karnival Gen Blu Yamaha berlangsung di Pantai Teluk Batik, Lumut hari ini.Ketua Pemuda PAS Perak, Hafez Sabri berkata, program yang pada asalnya baik untuk menarik anak muda tidak sepatutnya rosak dengan kehadiran penyanyi dangdut yang sangat tidak senonoh.
“Sebenarnya boleh sahaja anak muda berkumpul atas semangat ukhuwah dan minat bersama.
“Tidak perlu melibatkan artis yang boleh mengundang pelbagai keadaan yang tidak baik untuk masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, memastikan pengisian program yang bermanfaat adalah tanggungjawab penganjur.
“Mereka boleh contohi program-program ‘gathering’ besar anjuran pihak-pihak yang lebih beretika dan bertanggungjawab.
“Boleh juga contohi dan belajar bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah anjur program-program besar melibatkan anak muda,” ujarnya.
Jelasnya, Islam tidak melarang hiburan termasuk kesenian dan kebudayaan yang boleh dipelihara selagi mana tidak melanggar syarak.
“Kami mencadangkan agar pihak berautoriti khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan garis panduan program terutamanya yang melibatkan hiburan agar kemaksiatan dapat dibendung,” tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 20/8/2022
2. Konsert Hedonisme bukan budaya Malaysia
PEMUDA PAS menzahirkan kekecewaan atas penganjuran konsert oleh artis antarabangsa di Stadium Bukit Jalil, 18 Ogos 2022 yang lalu. Ternyata program bersifat Hedonisme ini tiada manfaat buat rakyat, dan hanyalah sebuah pembaziran yang nyata.
Kos pembelian tiket bagi konsert ini diletakkan dengan harga yang amat mahal, tetapi penonton mendapat persembahan yang tidak setimpal dengan harga yang dibayar. Berdasarkan keluhan dari penonton yang hadir menyaksikan konsert ini, kedudukan mereka diletakkan terlalu jauh dari pentas utama, dan sistem audio yang dipasang amat teruk.
Konsert Hedonisme yang berobjektifkan hiburan semata-mata tidak lebih sebagai sebuah projek pembodohan minda anak muda. Program-program sebegini hanya melahirkan sekelompok generasi yang leka dengan hiburan.
Ditambah pula dengan keadaan hari ini, tatkala negara baru sahaja keluar dari pasca pandemik. Masih ramai anak muda yang terpaksa mengikat perut, mengalami tekanan sara hidup akibat cabaran ekonomi. Apakah konsert sebegini dilihat sebagai penyelesaian bagi semua permasalahan ini?
Walaupun ramai pihak yang melemparkan kecaman kepada PAS atas penganjuran konsert ini, hakikatnya PAS membuktikan konsistensi PAS sebagai parti Islam yang mempertahankan nilai-nilai Islam di bawah negeri pentadbiran PAS.
Pada malam yang sama dengan penganjuran konsert ini, Kerajaan PAS Terengganu telah melaksanakan program pengisian rohani dengan ikon dakwah Ustaz Azhar Idrus dan artis Zizan Razak yang telah dihadiri ribuan rakyat dan anak muda. Program ini ternyata lebih memberi impak dalam mengisi kekosongan jiwa anak muda, sekali gus memberikan mereka hiburan yang sesuai dengan garis syariat.
Sebagai respon terhadap konsert ini dan mendepani penganjuran konsert-konsert yang akan datang, Pemuda PAS akan menyusun sesi pertemuan dan perbincangan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOMM) bagi menyatakan pendirian dan penolakan PAS terhadap konsert-konsert Hedonisme ini.
Pemuda PAS juga sekali lagi mendesak KKOM supaya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM mesti dilibatkan dalam menyusun garis panduan hiburan dan penganjuran konsert, supaya pelaksanaannya tidak bertentangan dengan syariat.
PAS akan terus bertindak berlandaskan kuasa yang ada, serta apa yang termampu dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar di negara tercinta ini.
USTAZ AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 20/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Artis memaksiatkan, sediakan garis panduan.. & Hedonisme bukan budaya Malaysia. Itu antara saranan Pemuda PAS. Samakah dengan disiplin 'Patuh Syariah'?
Tahniah Pemuda PAS!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
2 comments:
Celah mana Ketua Hakim Negara diugut..!?
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat sebarang ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Yang buat lapotan polis mengrnai suami Hakim Negara yang mengikuti rayuan Najib. Suami sangat anti Najib, anti GST dan posting FB nyy sangat memgharapkn Najib dipenjarakan secepat mungkin..!!
Polis tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan di pelbagai platform media sosial termasuk Twitter dan Facebook sejak malam Khamis (18 Ogos).
Suami Ketua Hakim Negara iaitu Zamani yang merakam setiap isu yang berlaku di mahkamah yang diketuai isteri nya. Suami ketua hakim ini merakam dan melapor pada siapa..!? Zamani difahamkan sangat anti Najib dan orang kuat Parti Bersatu.
Laporan polis dibuat pada Zamani laki pada ketua hakim negara. Celah mana nya timbul isu ugutan pada hakim tsb..!?
Pru 14 banyak janji manis oleh pee hancing. Pengundi terpedaya oleh manifesto pee hancing. Banyak air liur dari pee hancing. Tapi bila dapat kuasa, manifesto gagal dilaksana. Lantas menyalahkan manifesto bukan kitab suci. Sendiri bikin, sendiri jadikan manifesto kambing hitam.
Rupanya bukan saja manifesto dijadikan kambing hitam, ada pulak wakil rakyat pee hancing terlibat dengan dadah. Terlibat dengan kes rogol. Terlibat dengan gengster. Terlibat dengan dengan parti liar. Terlibat dengan mabuk. Yang paling jahat tidak berlaku adil. Pembunuh Adib dibebaskan. Itulah pee hancing. Hilang waras bila dapat kuasa.
Itu antara punca politik malaysia tidak stabil. Bila ada dapig, bila ada parti liberal, mereka jadi ganas. Dapig sudah dikenali anti melayu dan anti Islam. Apa saja berkaitan Islam, merah bijik mata mereka. Contoh Adib dan pembunuh Adib. Harta zakat pun dapig nak sapu. Oktober fest pun mereka nak jadikan budaya baru. Pelancong cina berjuta x keluar, dapig sepi sesepinya.
Parti liberal sama naik dengan dapig. Presiden parti liberal pernah berjanji nak haramkan pas bila jadi pm. Melukakan hati majoriti muslim, tetapi memberi semangat kepada dapig. Itulah politik presiden parti liberal. Mengkhianati agama Islam hanya untuk material. Perjuangannya menjurus material jer. Rasuah dan kerusi. Oktober fest presiden sunyi sepi. Lagi pun presiden bukan ada idea yg bagus. Bergantung kepada mat jambu dan eng guan. Reformasi hanya untuk menipu orang melayu.
Post a Comment