Thursday, August 25, 2022

AS$9.8 bilion tahunan, kiriman pekerja Indo, dari luar negara.

 

Kakitangan syarikat pengurup wang mengira wang tunai rupiah di Jakarta, Indonesia. - Foto REUTERS

Kiriman wang tahunan pekerja Indonesia di luar negara cecah AS$9.8 bilion

JAKARTA: Purata kiriman wang pekerja Indonesia dari 2015 hingga 2019 mencecah AS$9.8 bilion (RM44 bilion) setiap tahun, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto.

Kiriman wang ini memberi faedah kewangan kepada keluarga mereka di tanah air dan menjadi pemangkin dalam meningkatkan nilai pertukaran asing negara.

Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia, secara konsisten menikmati kiriman wang daripada rakyat yang bekerja di luar negara, dan golongan ini digelar sebagai 'Wira Kiriman Wang'.

Airlangga dalam satu kenyataan berkata pekerja asing menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi negara kerana turut menyumbang kepada pendapatan negara dan produktiviti ekonomi.

Beliau berkata negara itu menerima kiriman wang berjumlah AS$22 juta (RM98.6 juta) daripada rakyatnya di Korea Selatan pada suku kedua 2022.

Pada 22 Ogos, Indonesia menghantar kira-kira 551 pekerja asing ke Korea Selatan di bawah skim pengambilan antara kerajaan dengan kerajaan untuk sektor pembuatan dan perikanan.

Kerajaan Indonesia terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan serta perlindungan rakyatnya seperti skim pengambilan antara kerajaan dengan kerajaan dan membasmi sindiket penempatan pekerja haram.

Di bawah skim itu, kos seperti yuran penempatan, bayaran tiket pergi balik, visa kerja, latihan kerja, sijil, penggantian pasport, pemeriksaan kesihatan, pengangkutan dan penginapan turut dikecualikan.

Kerajaan turut memperuntukkan pinjaman sehingga 100 juta rupiah (RM30,170) menerusi 'Kredit Usaha Rakyat' untuk membiayai modal mereka yang bekerja di luar negara. - BERNAMA

Al-hamdulillah, kerjasama mantab dari dua negara umat Islam.


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015 

1 comment:

Anonymous said...

Lim Guan Eng buat kejutan. Tak adil Najib dipenjara tapi Jho Low masih bebas, DAP gesa cari segera..!!

Pasti nama kartel mafia Kerala akan disebut dimahkamah nanti..!!

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low perlu dikesan dengan segera bagi membawanya ke muka pengadilan, kata Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP itu berkata tidak adil hanya Datuk Seri Najib Razak sahaja dihukum penjara tetapi Jho Low sebagai dalang utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga perlu dibawa ke muka pengadilan untuk dihakimi.

“Arkitek kewangan Najib, Jho Low masih bebas. DAP menggesa kerajaan Malaysia melipat gandakan usaha menahan Jho Low, keluarga dan sekutunya yang dikaitkan dengan skandal 1MDB bernilai RM52 bilion bagi memberi keadilan kepada 32 juta rakyat negara ini.

“Ketika Najib berdepan hari-harinya di mahkamah, adalah tidak adil dan ibarat mempersendakan keadilan bahawa Jho Low, keluarga dan sekutunya yang dikaitkan dengan skandal terbabit, dibenarkan bebas berkeliaran begitu sahaja.

Saya menuntut pihak berkuasa meneruskan usaha menjejak nama lain yang terbabit termasuk manusia digelar Jho Low dan Nik Faisal (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil), begitu juga Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara) dan suaminya,” kata Lim Gian Eng.

Sekiranya semua dipanggil tentu akan ada terpacul nama kartel Mafia Kerala. Perlukah PDRM menjejaki Zety dan Taufiq Ayman..!?

Adakah Zety sudah bertukar jadi cipan, Taufik Ayman bertukar jadi ayam jantan dan CEO Astro bertukar jadi lipan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails