MENJELANG mesyuarat kabinet yang terdekat ini, sudah pasti PAS melalui anggota Kabinet akan memainkan peranan untuk memastikan konsert-konsert daripada artis antarabangsa yang dijadualkan dapat dibatalkan kerana ia tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia.
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), saya sangat mengharapkan agar kerajaan melalui Menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung.
Masa yang tidak sesuai, nilai yang dibawa tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Pihak kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika ia tidak diendahkan.
NGO-NGO dan tenaga perseorangan yang prihatin dengan isu ini kita seru untuk bangkit bersama, jangan dibiarkan budaya Hedonisme menular dan menjalar ke dalam masyarakat.
Mohon gerakkan usaha bantahan ini agar ia sampai ke Seri Perdana Putrajaya.
Jika ada saudara-saudara seagama yang berperanan sebagai penghalang usaha ini baik dengan tindakan mahupun dengan kata-kata, doakanlah mereka mendapat hidayah.
YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 25/8/2022
2. Kenapa tak tegur artis tayang pusat, menari gedik? - Baby Shima
Baby Shima menyifatkan teguran pendakwah bukan ikhlas, sebaliknya lebih kepada mahu membuka ruang untuk golongan artis dikecam. - Foto IG Baby ShimaKUALA LUMPUR: Kontroversi demi kontroversi tidak pernah surut dalam melingkari kehidupan penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima, 30.
Adakah Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli kebal atau lebih tepat lagi berhati kering hingga tidak langsung terusik dengan kecaman netizen yang menyampah gimik murahannya.
Sejak beberapa bulan lalu, satu demi satu kontroversi dicetuskan. Bermula bergelek erotik pada majlis rumah terbuka di Negeri Sembilan, kemudiannya berfoto bersama anjing, diikuti video menjengkelkan bersama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Selepas dikecam teruk sehingga ada yang melabelkannya sebagai pelakon 'lucah', Baby Shima mungkin akan insaf. Namun, ternyata tekaan meleset sama sekali apabila tular pula video bergelek di sebuah acara hingga menyebabkan penonton lelaki tertunduk malu.
Baby Shima berkata, dia tak pernah cetuskan kontroversi, sebaliknya netizen gemar memberi komen berlebihan dengan pelbagai tohmahan apabila ada sahaja penulis blog menulis cerita tanpa mengetahui keadaan sebenar.
"Berita disiarkan daripada sudut pandang berbeza, seolah-olah saya bergelek keterlaluan hingga penonton tertunduk malu. Sedangkan, penonton terhibur.
"Saya juga tidak bergelek berlebihan melainkan tarian mengikut rentak dalam video muzik. Sepatutnya netizen merasa penat, bukan saya. Ini kerana ada sahaja perkara netizen tidak puas hati, lantas tak berhenti mengecam.
"Cuba lihat semula segala komen negatif, ada atau tidak komen positif dan sokongan netizen?
"Segelintir yang bersikap negatif tidak mewakili keseluruhan masyarakat. Saya ada penyokong tegar yang masih sayangkan saya seperti saya menyayangi dan menghargai mereka. Kepada golongan 'haters', teruskan usaha anda," katanya kepada BH Online.
Penyanyi lagu Roadblock Hatiku dan Pura Pura Bujang itu menyifatkan teguran pendakwah bukan ikhlas, sebaliknya lebih kepada kecaman.
"Jika teguran, seeloknya disampaikan terus kepada saya, seperti teguran seorang mufti yang memberikan pencerahan kepada saya.
"Tidak semua pendakwah tulus dan lurus, ada juga pendakwah terpalit isu negatif. Kita makhluk ciptaan Allah yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Jika saya salah, tegurlah secara peribadi. Bukannya menggunakan platform laman sosial, jadi tolonglah bersikap adil.
"Peliknya, kenapa saya sahaja ditegur, sedangkan ada segelintir artis menayang pusat dan menari tergedik-gedik dengan menayang aset, namun tak pula ditegur. Kenapa saya sahaja jadi sasaran?," katanya.
Ditanya adakah pernah timbul kekecewaan dan terdetik mahu meninggalkan dunia seni apabila jadi sasaran kecaman, wanita kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru itu berkata, tak mungkin disebabkan segelintir netizen dirinya hendak ambil hati dan kecewa hingga mahu meninggalkan dunia seni.
"Saya mengimpikan mahu menjadi penyanyi dangdut terbaik Asia. Itu matlamat saya," katanya.
Terdahulu, teaser video muzik dikongsi Aliff dalam Instagram (IG) antara lain memaparkan aksi Shima bergelek yang dianggap keterlaluan dan mencolok mata hingga menjadi topik hangat netizen.
Sebelum itu, Baby Shima mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sepotong video yang mempamerkannya bergelek di tengah tempat melintas pejalan kaki di hadapan Menara Berkembar KLCC. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Batal konsert atau bantah besar2an! & artis tayang pusat di Malaysia.
Demikian, kontroversi demi kontroversi di dunia hiburan.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
1 comment:
Kami puas hati!
Post a Comment