Friday, August 19, 2022

Billie Eilish gegar Bukit Jalil. Majukan jadi amal?

 

Berlangsung kira-kira sejam 30 minit, Eilish menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu popularnya pada konsert sulung di Malaysia, malam tadi. - Foto Ihsan Jinson Chee

HALAMAN HIBURAN

Billie Eilish gegar Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Billie Eilish membuktikan pengaruh besarnya dalam dunia muzik elektropop apabila menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi melalui konsert bertenaga.

Kali pertama beraksi di Malaysia, Eilish mempamerkan kematangan pada usia 21 tahun melalui rangkaian lagu dipetik daripada album terbaharu, Happier Than Ever selain single terdahulu.

Konsert Billie Eilish Happier Than Ever - The World Tour 2022 ibarat kanvas perjalanan seni penyanyi Bad Guy itu yang mula mengumpan peminat sejak 2015.

Memulakan persembahan dengan lagu Bury A Friend, Billie yang tampil bersama abangnya, Finneas O'Connell dan pemain dram, Andrew Marshall memberi isyarat konsert menjanjikan 'adrenalin' penonton mengalir laju.

Eilish terus menghangatkan pentas dengan lagu I Didn't Change My Number; NDA; Therefore I Am; My Strange Addiction dan I Don't Wanna Be You Anymore.

Eilish kali pertama bertandang ke Kuala Lumpur pada siri jelajah dunia mempromosikan album terbaharu Happier Than Ever. - Foto Ihsan Jinson Chee

Tampil dengan imej santai dengan rambut hitam, Eilish terus melayan emosi peminat melalui lagi Lovely; You Should See Me In A Crown; Billie Bossanova; Goldwing, Oxytocin; ilomilo dan Your Power.

Ketika mahu mendendangkan lagu The 30th, Eilish berterus terang dia mungkin 'terkucil' berikutan single berkenaan sukar dinyanyikan.

Reaksi bersahaja Eilish mendapat tepukan gemuruh peminat yang sama-sama mendendangkan lagu melankolik itu.

Kagum dengan tenaga ditunjukkan audiens, Eilish berulang kali memuji peminat dan mengajak sama mencipta momen indah pada konsert berkenaan.

"Saya tidak sangka mendapat tenaga sebegini hebat. Terima kasih kerana memberi peluang saya beraksi buat kali pertama di negara ini," katanya.

Eilish mengakhiri konsert dengan lagu Happier Than Ever yang menjadi judul album terbaharunya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim (Evolusi irama rock. Bagaimana dimajukan jadi amal ...):

Konsert jejak evolusi irama rock.. Bagaimana konsert-konsert begini boleh dimajukan seiring dengan disiplin 'patuh syariah'? 

Atau dimajukan, atau dibawa ke arah membangun bersama Islam? Biar menteri agama kita tidak pening-pening kepala memikirkan bagaimana kerja-kerja hiburan kita boleh dijadikan amal jariah berpahala di akhirat.

Tentu kita mahu segala kerja-buat kita di dunia diberi ganjaran di akhirat. Termasuk konsert hiburan ini..

BERITA BERKAITAN

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment