Tuesday, August 23, 2022

Bukan PH: GiatMARA 'diremajakan', HSR KL-S’pura diadakan.

 

Pengerusi GiatMARA, Datuk Dr Din Adam (belakang, tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA, Datuk Jabar Azman Jaafar bergambar bersama wakil media pada Malam Apresiasi Media GiatMARA 2022 di ibu negara. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

1. Kursus GiatMARA akan 'diremajakan'

KUALA LUMPUR: GiatMARA berhasrat melaksanakan proses rejuvenasi atau meremajakan institusi itu berasaskan penelitian setempat.

Pengerusinya, Datuk Dr Din Adam, berkata pihaknya akan melihat bidang kemahiran baharu untuk diteroka selari kehendak semasa.

"Kita akan buat rejuvenasi program bersesuaian dengan pasaran dan permintaan semasa.

"Ia mengambil kira kekuatan di tempat masing-masing, contohnya di Pantai Timur peluang kerja pelajar terarah kepada industri minyak dan gas, selain kemahiran teknologi maklumat yang makin mendapat perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media GiatMARA 2022 di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA, Datuk Jabar Azman Jaafar.

Din berkata, GiatMARA turut mempergiat usaha memperkenalkan lebih 2,000 usahawannya yang bergelar jutawan.

"Kita akan memaklumkan masyarakat, ada ramai jutawan dilahirkan menerusi program GiatMARA.

"Ini menunjukkan 232 pusat GiatMARA di seluruh negara yang meliputi pelbagai bidang berupaya melahirkan pelajar cekap dan berjaya sebagai usahawan," katanya.

Pada majlis yang julung kali diadakan untuk meraikan pengamal media, GiatMARA turut menyampaikan sijil dan plak penghargaan termasuk kepada BH sebagai pengiktirafan atas sokongan melalui liputan akhbar.


2. Malaysia harap projek HSR KL-S’pura dapat diadakan semula 

PUTRAJAYA: Malaysia berharap untuk mempercepatkan usaha meneruskan semula dengan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) bersama Singapura seawal mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekarang ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan sejawatannya di Singapura Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan dengan perbincangan.

Semasa satu temubual dengan beberapa wakil media asing dan Bernama di sini, Isnin, perdana menteri berkata usaha meneruskan semula projek itu akan melibatkan beberapa perubahan pada syarat dan terma asal.

“Perbincangan masih berjalan. Kalau boleh (nak) lebih cepat sebab dalam masa yang sama Malaysia juga ada perancangan untuk wujudkan HSR antara Kuala Lumpur dan Bangkok.

“Kalau boleh, kita nak link Bangkok-KL dan KL-Singapura,” katanya.

Beliau menbayangkan jaringan ini akan boleh disambung sampai ke China memandangkan China dan Thailand juga dalam proses membina rangkaian keretapi berkelajuan tinggi.

Ditanya sama ada usaha meneruskan semula projek ini adalah keutamaan pentadbiran beliau, Ismail Sabri berkata: “Bukan nak kata ia satu keutamaan, ia lebih kerana perancangan dah ada dah ada, dari mula, dari zaman BN (Barisan Nasional) planning dah lengkap, cuma terbatal sekejap”.

Memandangkan kos bahan-bahan mentah yang semakin meningkat, Malaysia mungkin mengkaji untuk mengurangkan saiz stesen bagi mengimbangi kos pembinaan keseluruhan projek itu.

Pada 29 Nov lepas, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dilaporkan berkata republik itu terbuka menerima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura walaupun kedua-dua negara itu sebelum ini telahpun bersetuju untuk menamatkan projek itu.

Malaysia dan Singapura telah memetarai perjanjian dua hala untuk melaksanakan projek HSR pada 13 Dis 2016. Projek sepanjang 350 kilometer yang dijadualkan siap pada 2026 itu dijangka memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandaraya kepada 90 minit.

Bagaimanapun, pembinaan projek itu ditangguhkan pada September 2018 dan pada 31 Mei 2020, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembangunan projek dua hala bernilai RM110 bilion itu sehingga 31 Dis 2020.

Pada 1 Jan 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan bersama penamatan projek HSR apabila kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum  perjanjian projek itu luput pada 31 Dis, 2020. 

Pada Mac 2021, Malaysia mengumumkan ia membayar SG$102.8 juta kepada Singapura bagi kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penangguhannya.

Dalam hal lain, Perdana Menteri berkata kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menwujudkan laluan ketiga untuk menghubungkan Johor dan Singapura dalam usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia Singapura (Linkedua).

“Ia masih di peringkat perancangan, kita akan tengok kalau perlu,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan lagi di bawah PH, GiatMARA 'diremajakan', HSR KL-S’pura diadakan semula..

Selamat tinggal PH, manifesto bukan kitab suci.. bengong dan bangang!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails