Friday, August 26, 2022

Guna kanabis untuk perubatan pula.. Apa itu?

 

Khairy (tengah) dan Anutin Charnvirakul meninjau penanaman kanabis di GPO, Thailand. - Foto BERNAMA

1. Penggunaan kanabis untuk perubatan diketahui sebelum akhir tahun 

BANGKOK: Kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang mengakhiri lawatan kerja bilateral kesihatan ke Bangkok, berkata Thailand banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu berhubung penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya.

"Saya yakin kita akan dapat kaji pengalaman Thailand untuk disesuaikan dengan konteks Malaysia nanti apabila kita bakal membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

"Jika dibenarkan, kita akan menentukan dalam kerangka apa dan penggunaan apa yang akan dibenarkan. "Saya mahu bergerak cepat… Saya yakin kita akan dapat mengambil pendirian pada tahun ini. Keputusan utama boleh atau tidak akan dibuat tahun ini dengan dasar itu mungkin dilaksanakan tahun depan. Itu sasaran saya," katanya di sini, hari ini.

Lawatan itu atas jemputan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul untuk meneroka potensi penggunaan kanabis dalam bidang kesihatan.

Thailand adalah negara Asia Tenggara pertama membenarkan penggunaan kanabis dalam bidang perubatan.

Sepanjang lawatan kerjanya, Khairy dan delegasi turut melawat Government Pharmaceutical Organisation (GPO) dan mendengar taklimat mengenai dasar kanabis Thailand termasuk amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pemain utama industri kanabis, selain melawat Siam Cannabis Land di Pattaya dan diberi taklimat serta melawat rumah hijau dan ladang penanaman pelbagai jenis kanabis.

Khairy berkata, penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan bukan perkara baharu di Malaysia kerana pada 2014, Sativex yang mengandungi cannabidiolCBD) dan tetrahydrocannabinol (THC) pernah diluluskan penggunaannya di Malaysia untuk merawat kekejangan otot.

Khairy mendengar taklimat mengenai dasar kanabis Thailand termasuk amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan. - Foto BERNAMA

Bagaimanapun, produk itu tidak mendapat sambutan di pasaran tempatan, maka pendaftarannya dibatalkan.

"Undang-undang dan kerangka sedia ada membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan," katanya.

Khairy berkata, penggunaan kanabis untuk perubatan semakin luas pada peringkat antarabangsa termasuk untuk penjagaan paliatif, pengurusan sakit kronik, insomnia dan pesakit yang jalani kemoterapi.

"Malaysia tidak mahu ketinggalan. Jadi, kita mahu lihat dan kaji keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata buat permulaan, Malaysia hanya melihat penggunaan produk kanabis untuk tujuan perubatan dan bukan penanamannya.

"Kalau terdapat permintaan tinggi untuk menjadikan ia satu industri, kita akan mengkaji dari segi penanaman (kanabis). Kita akan ambil langkah demi langkah," katanya.

Julai lalu, Khairy berkata, satu kerangka kerja berhubung pendaftaran produk CBD tertentu bakal diumum.

Sebelum itu, Khairy melawat hospital psikiatri pertama Thailand - Somdet Chaopraya Institute of Psychiatry dan beliau diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Mental, Dr Amporn Benjaponpitak mengenai khidmat kesihatan mental di negara itu.

Ketika lawatan itu, beliau ditunjukkan pelbagai inovasi yang dapat membantu menambah baik kesihatan mental.

Sebelum pulang, Khairy juga menghadiri Mesyuarat Peringkat Tinggi ke 12 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengenai Kesihatan dan Ekonomi bertema "Open to Partnership. Connect with the World "Balance Health and the Economy" . – BERNAMA


2. Kanabis (Cannabis)

Soalan Lazim : Kanabis (Cannabis)

  

S1

Apa itu kanabis?

J1

Merujuk kepada definisi “cannabis” yang diperuntukkan di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, “cannabis” means any part of the plant of the genus Cannabis from which there is found to be present resin irrespective of its quantity, and by whatever name the plant may be designated. Tumbuhan kanabis mengandungi lebih daripada 460 jenis bahan kimia yang dinamakan cannabinoid. Tiga bahan kimia utama yang memberikan kesan kepada manusia dan mempunyai kepentingan perubatan ialah tetrahydrocannabinol (THC), cannabinol (CBN) dan cannabidiol (CBD).

 

Bahan aktif

Kesan

THC

Mempunyai kesan psikoaktif. Didakwa dapat meningkatkan selera makan dan mengurangkan loya. Ia juga didakwa dapat mengurangkan kesakitan kronik bagi pesakit kanser, radang (inflammation-swelling and redness) dan masalah kawalan otot.

CBN

Mempunyai kesan psikoaktif.

CBD

Tiada kesan psikoaktif berbanding THC. Tidak memberikan kesan "high". Ianya mungkin berguna untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan, mengawal serangan epilepsi, dan mungkin merawat penyakit mental dan ketagihan

 

S2

Apakah kawalan kanabis di Malaysia?

J2

Di Malaysia, kanabis, kanabis resin, kanabis ekstrak dan kanabis tincture merupakan dadah berbahaya yang tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga racun yang tertakluk kepada Akta Racun 1952. Sekiranya melibatkan produk berasaskan kanabis untuk kegunaan rawatan perubatan manusia, ia juga merupakan dadah dan produk yang tertakluk kepada Akta Jualan Dadah 1952. Akta-akta ini dan peraturan-peraturannya memperuntukkan kawalan ke atas pengendalian kanabis, antaranya pengimportan, pengeksportan, penjualan, pembekalan, pengilangan, penanaman, pemilikan dan penggunaan.

 

S3

Apakah bentuk penyalahgunaan kanabis dan kesannya?

J3

Kanabis seringkali disalah guna dalam kalangan penagih dadah untuk tujuan mendapat kesan high atau euforia, memudahkan 'interaksi sosial' serta mengurangkan stres atau tekanan. Hakikat sebenar ialah ia tidak mengubati stres, tetapi sekadar mengaburi atau mengurangkan simptom semata-mata.

 

Banyak kajian menunjukkan keburukan pengambilan kanabis. Implikasi dan kesannya bukan sahaja dari segi ketagihan, malah kanabis juga boleh menyebabkan gangguan terhadap memori jangka pendek, konsentrasi, imbangan dan koordinasi. Kanabis juga menyebabkan kesukaran bernafas dan meningkatkan kadar denyutan jantung. Kesannya ke atas sistem imunisasi termasuk mengurangkan daya tahan terhadap infeksi atau jangkitan kuman. 

 

 

Penggunaan kanabis dalam bentuk daun daripada pokok kanabis yang digulung seperti tembakau untuk disedut atau menggunakan shisha (atau hookah) juga memudaratkan kerana ia mengandungi pelbagai bahan kimia dengan kepekatan atau kandungan bahan aktif (THC atau CBD) berbeza. Mutu pengeluaran kanabis tidak terjamin jika ditanam dalam keadaan yang tidak terkawal.  

 

S4

Bolehkah mana-mana individu atau syarikat menanam tumbuhan kanabis?

J4

Di Malaysia, penanaman kanabis adalah dilarang sama sekali. Larangan ini diperuntukkan di bawah seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan seperti berikut:

 

Restriction on planting or cultivation of certain plants

 

6B. (1) No person shall—

(a) either on his own behalf or on behalf of any other person, plant or cultivate any plant from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained either directly or indirectly;

(b) allow any plant, from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained either directly or indirectly, to be planted or cultivated by some other person on land owned or occupied by him or in any receptacle on such land; or

(c) allow any plant, from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained either directly or indirectly, planted or cultivated by some other person on land owned or occupied by him or in any receptacle on such land, to remain on such land or in such receptacle.

 

(2) Nothing in this section shall be construed to prevent the Minister from authorizing any public officer to plant or cultivate any plant, from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained either directly or indirectly, in places and on such terms and conditions as may be specified in such authorization for research, educational, experimental or medical purposes.

 

(3) Any person who contravenes this section shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with imprisonment for life and with whipping of not less than six strokes.

 

(4) Any person found on land or who occupies land on which, or any person found in possession of any receptacle in which, any plant, from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained either directly or indirectly, is planted or cultivated shall be presumed, until the contrary is proved, to be the person who planted or cultivated such plant.

 

 

Secara ringkasnya, seksyen 6B(1), Akta Dadah Berbahaya 1952 menyatakan kanabis tidak boleh ditanam di Malaysia. Adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang menanam atau membenarkan penanaman kanabis.

 

Walau bagaimanapun, seksyen 6B(2) Akta yang sama memperuntukkan Menteri Kesihatan boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana pegawai awam untuk menanam kanabis bagi tujuan sama ada penyelidikan, pembelajaran, eksperimen atau perubatan dengan tertakluk kepada terma dan syarat yang boleh ditetapkan dalam kebenaran tersebut.

 

Pegawai awam (public officer) adalah merujuk kepada individu yang berkhidmat di institusi kerajaan yang memegang jawatan serta menjalankan tugas rasmi di pejabat itu sendiri (Interpretation Acts 1948 and 1967). Dalam perkara ini, pemohonan untuk menanam kanabis boleh dibenarkan untuk dilakukan oleh pegawai awam yang berkhidmat di institusi kerajaan di mana penyelidikan dijalankan dan dikendalikan di institusi berkenaan sahaja oleh pegawai kerajaan awam dalam menjalankan tugas rasmi beliau.

Sehubungan itu, permohonan daripada orang awam dan mana-mana syarikat swasta atau syarikat persendirian untuk menanam kanabis tidak akan dipertimbangkan.

 

S5

Bolehkah mana-mana individu atau syarikat mengimport masuk kanabis (contoh; bunga kanabis) untuk diproses semula dan dijadikan ubat di Malaysia?

J5

Pengimportan kanabis termasuklah bunga, kanabis ekstrak atau kanabis tincture yang merupakan racun dan dadah berbahaya hanya boleh dilakukan oleh pengimport yang mempunyai Lesen Jenis A di bawah Akta Racun 1952 dan kebenaran import di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Seksyen 8 di bawah Akta Racun 1952 memperuntukkan –

Section 8. Control of imports of poisons

8. (1)  No person other than a person licensed under this Act in that behalf shall import any poison from any place outside Malaysia.”

Seksyen 4 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan–

 

“Restriction on importation of raw opium, coca leaves, poppy straw and cannabis

4. (1) No person shall import into Malaysia any raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis except under and in accordance with the authorization of the Minister and into such ports or places as may be prescribed by such authorization.”

 

Aktiviti lain yang bersangkutan dengan pengimportan kanabis, kanabis ekstrak atau kanabis tincture bagi tujuan penghasilan produk untuk kegunaan rawatan perubatan manusia seperti penjualan atau pembekalan, pengilangan, pemilikan atau penggunaan juga hanya boleh dilakukan oleh orang tertentu yang mempunyai lesen, kebenaran atau pengecualian yang diperuntukkan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

S6

Adakah produk-produk kanabis perlu didaftarkan sebelum dijual di Malaysia?

J6

Produk berasaskan kanabis untuk kegunaan rawatan perubatan manusia perlu didaftarkan sebelum boleh dikilang, dijual, dibekal, diimport, dimiliki atau diadministrasi di Malaysia. Keperluan pendaftaran ini diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang dibuat di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

 

Kegagalan mematuhi keperluan ini merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Peraturan 7 di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 memperuntukkan –

 

Regulation 7. Prohibition against manufacture, sale, supply, importation, possession and administration. 

(1) Except as otherwise provided in these Regulations, no person shall manufacture, sell, supply, import or possess or administer any product unless-

(a) the product is a registered product; and 

(b) the person holds the appropriate license required and issued under these Regulations.

 

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran produk boleh didapati di dalam Drug Registration Guidance Document (DRGD) yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang NPRA (www.npra.gov.my).

 

S7

Adakah telah terdapat produk berasaskan kanabis yang berdaftar di Malaysia pada masa ini?

J7

Buat masa ini, tiada produk berasaskan kanabis untuk kegunaan rawatan perubatan manusia yang berdaftar di Malaysia.

 

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendaftarkan produk di Malaysia pernah mendaftarkan satu produk berasaskan kanabis iaitu Sativex® pada tahun 2014. Namun begitu, atas permintaan pihak syarikat sendiri, pendaftaran produk ini telah dibatalkan pada tahun 2017.

 

S8

Apakah hukuman yang dikenakan sekiranya seseorang individu didapati memiliki atau menanam kanabis?

J8

Bagi kesalahan berkaitan penanaman kanabis, hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 6B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang daripada 6 kali sebatan.

 

Bagi kesalahan berkaitan pemilikan kanabis pula,  hukuman yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

 

Ringkasan seksyen-seksyen penting Akta Dadah Berbahaya 1952

Seksyen

Kesalahan

Hukuman

39A(1)

Memiliki 20-50 gram kanabis

Pemenjaraan tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak melebihi 5 tahun dan rotan tidak kurang daripada 3 kali dan tidak melebihi 9 kali sebatan.

39A(2)

Memiliki 50-200 gram kanabis

Pemenjaraan seumur hidup atau tidak kurang daripada 5 tahun dan rotan tidak kurang daripada 10 kali sebatan.

39B

Memiliki 200 gram atau lebih kanabis

Hukuman mati atau penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang daripada 15 kali sebatan.

6

Memiliki kanabis atau biji benih kanabis

Denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

 

 

S9

Siapakah pihak bertanggungjawab yang mengawal dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan ganja?

J9

Untuk maklumat lanjut berkenaan undang-undang berkaitan pengimportan, penjualan, pembekalan dan pemilikan kanabis, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM seperti berikut:

 

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi

Lot 36, Jalan Universiti, 

46200 Petaling Jaya, Selangor

 

Tel: Tel: 03-7841 3200

Faks: 03-7968 2251


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015


No comments:

Post a Comment