Monday, August 15, 2022

Harry Potter diancam bunuh, kerana ciapan sokong S/Rushdie .

 


Penulis Harry Potter diancam bunuh

LONDON: Polis Scotland sedang menyiasat ancaman dalam talian terhadap pengarang Harry Potter, JK Rowling, berikutan ciapannya yang menyokong Salman Rushdie dalam kejadian tikaman.

"Kami menerima laporan tentang ancaman dalam talian dibuat dan pegawai sedang menjalankan siasatan," kata jurucakap Polis Scotland.

Penulis berusia 57 tahun itu menulis ciapannya dia berasa kurang senang apabila berita mengenai serangan ke atas penulis novel 'The Satanic Verses' Salman Rushdie tersebar di New York.

Kemudian, seorang pengguna Twitter membalas dengan ciapan "jangan risau anda seterusnya".

Rowling berkongsi tangkapan skrin itu, bertanya kepada moderator Twitter sama ada beliau mempunyai peluang untuk mendapatkan pembelaan.

"Ini garis panduan Twitter ya. Anda tidak boleh mengancam keganasan terhadap individu atau sekumpulan orang," katanya.

Ciapan itu dipadamkan hari ini.

Lelaki dari New Jersey, Hadi Matar, 24, hari ini mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menikam Salman Rushdie semalam. - AFP 

Hadi Matar, 24, dituduh di Mahkamah Daerah Chautauqua, hari ini. - Foto AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harry Potter diancam bunuh, kerana ciapan sokong Salman Rushdie. Padan untuk penyokong dan penghina Islam. Kurang ajar!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Pelik ya. Pasai pa depa dok kacau Islam. Sedangkan Islam x kacau pun agama depa.

Anonymous said...

Yg ada tu kuat liberal.

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas.
Abam ngaku Islam, tapi x serupa org Islam.
Liberal nya bertapok tapok.
Kuat cipta persepsi, tidak realiti.
Penasihatnya rapizi, sorang yg kuat liberal.
Rapizi pun banyak berada dunia maya.
Tiada berada dalam dunia Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails