Petugas Sky Residence memberi makanan dan minuman kepada golongan gelandangan di Jeti Butterworth, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mikail Ong
BUTTERWORTH: Sepasang suami isteri terpaksa menjadikan kawasan bawah jejambat di Jalan Bagan Dalam, di sini, sebagai tempat berteduh kerana tidak lagi mampu menyewa rumah berikutan kehilangan pekerjaan sejak beberapa bulan lalu.
Malah, pasangan muda dikenali sebagai Siti dan Mohd masing-masing berusia lingkungan 20-an itu tidak mahu menyusahkan keluarga mereka yang turut terhimpit dengan masalah kewangan.
Siti berkata, dia dan suami kehilangan kerja selepas pandemik COVID-19 melanda hingga memaksa mereka keluar dari rumah yang didiami di Jalan Bagan Luar, kerana tidak mampu membayar sewa.
"Sejak dari itu kehidupan kami seperti inilah (gelandangan) dan menjadikan kawasan bawah jejambat sebagai tempat untuk tidur dan berehat.
"Kami bukan dari keluarga yang senang dan kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa, kami memilih hidup seperti ini. Tambahan pula ramai yang prihatin kerap turun menghulurkan sumbangan makanan dan itu sudah cukup bagi kami untuk mengisi perut yang lapar," katanya.
Petugas Sky Residence memberi makanan dan minuman kepada golongan gelandangan di Jeti Butterworth, Pulau Pinang. - Foto NSTP/Mikail Ong
....
2. Setiap hari berkayuh lebih 30km cari rezeki
Mohd Hairi Nizam mengayuh basikal ke tempat kerja bagi mengelak kesesakan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Foto/ Mikail Ong. - NSTP/Mikail OngSEAWAL jam 7 pagi seperti kelaziman hari bekerja, situasi jalan raya menghala ke Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas (FIZ), Pulau Pinang sesak dengan kenderaan seperti kereta, motosikal, van dan bas yang bertali arus menuju ke destinasi masing-masing.
Bagi juruteknik kilang elektronik, Mohd Hairi Nizam Mohd Hussain, 39, tenang mengayuh basikal di laluan berasingan pesisir pantai sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang menghubungkan kawasan tempat tinggalnya di Batu Maung terus ke tempat kerjanya di FIZ Fasa 3.
"Saya mula berbasikal ke tempat kerja sejak 2020, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mahu mengamalkan gaya hidup aktif.
Noor Amin berkayu basikal dari kediamannya sejauh 30 km ke tempat kerjanya, di Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth. - NSTP/Mikail Ong."Awalnya rutin itu hanya tiga hingga empat kali seminggu. Tapi, masuk tahun kedua hampir setiap hari saya mengayuh basikal termasuk pada Ramadan hingga sekarang.
"Saya keluar rumah jam 7.15 pagi dan ambil masa 35 minit sampai ke tempat kerja sejauh lebih 10 kilometer (km) Saya berkayuh santai untuk mengelakkan badan berpeluh," katanya.
Bapa anak tiga ini berkata, laluan berbasikal di Pulau Pinang mudah diakses kerana mempunyai jaringan luas terutama di bahagian pulau.
"Jika berkereta, tempoh perjalanan mengambil masa 30 hingga 45 minit bergantung keadaan trafik. Dengan berbasikal jimat wang.
"Cabaran utama adalah cuaca tidak menentu seperti hujan lebat secara tiba-tiba dan tayar pancit, namun tidak mematahkan semangat saya meneruskan amalan berbasikal ke tempat kerja," katanya.
Berbasikal cetus 'mood' lebih ceria
Bagi anggota bomba pula, Noor Amin Nayan, 40, sanggup mengayuh basikalnya dari rumahnya di Padang Serai, Kedah ke Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dengan kekerapan satu atau dua kali seminggu sejak Oktober tahun lalu.
Perjalanan sehala sejauh kira-kira 30 kilometer (km) mengambil masa sejam setengah.
"Saya hanya menunggang basikal ke tempat kerja ketika bertugas syif malam untuk memudahkan merancang perjalanan lebih awal. Biasanya saya membawa peralatan seperti tiub basikal, pam angin dan sebagainya sebagai persediaan kecemasan.
"Saya dan isteri meminati aktiviti berbasikal dan kami masing-masing ada basikal lipat sendiri. Namun, waktu bekerja mencecah 12 jam sehari membuatkan saya mempunyai kekangan masa untuk melakukan hobi itu," katanya.
Laluan basikal di Seberang Perai tidak sebanyak di kawasan pulau dan berharap ia dapat ditambah baik bagi memberi galakan kepada masyarakat menjadikan pengangkutan itu sebagai kenderaan alternatif harian.
Mohd Hairi Nizam berbasikal ke tempat kerja sejak 2020 kerana mahu amalkan gaya hidup sihat. - NSTP/Mikail Ong"Sebenarnya, jalan yang saya gunakan iaitu merentasi jalan utama seperti di Tasek Gelugor dan Sungai Dua sebelum tiba di Butterworth adalah laluan berkongsi dengan kenderaan lain.
"Kali pertama berbasikal ke tempat kerja saya pernah hampir berputus asa sewaktu di pertengahan jalan. Rasa letih dan menyesal hilang apabila menghampiri pintu pagar balai.
"Saya dapati aktiviti berbasikal ke tempat kerja sedikit sebanyak mengubah 'mood' saya menjadi lebih ceria dan bersemangat sebelum memulakan tugas," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hilang kerja tidur bawah jejambat.. & rezeki kayuh basikal, di Pulau Pinang.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
No comments:
Post a Comment