Wednesday, August 24, 2022

Hina Nabi, ahli politik India ditahan. Khutbah didik j/raya

 

Ahli parlimen di negeri selatan Telangana, T Raja Singh.- Foto AGENSI

1. Ahli politik India ditahan selepas hina Nabi Muhammad SAW

MUMBAI: Polis India menahan seorang ahli parlimen daripada parti Perdana Menteri Narendra Modi semalam kerana disyaki 'mempromosikan permusuhan atas nama agama' selepas kumpulan Islam menuntut penahanannya atas komennya mengenai Nabi Muhammad SAW.

Penahanan T Raja Singh, seorang ahli parlimen di negeri selatan Telangana, berlaku beberapa bulan selepas Parti Bharatiya Janata (BJP) menggantung jurucakapnya kerana kenyataannya terhadap nabi yang telah membawa kepada tindak balas diplomatik terhadap India.

"Dia telah didakwa mempromosikan permusuhan atas nama agama," Joel Davis, pegawai kanan polis di bandar Hyderabad, memberitahu Reuters.

"Kami telah menahannya dan kami akan menangkapnya. Ini mengenai video terbaru yang disiarkannya."  

Dalam video itu, yang boleh didapati di media sosial, Raja Singh, bercakap mengenai perkara yang terlalu sensitif dan menyinggung perasaan orang Islam dengan rujukan jelas kepada Nabi Muhammad SAW.

Raja Singh tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

BJP nasionalis Hindu akan meneliti kenyataan Raja Singh dan mengambil tindakan jika dia didapati melanggar kodnya, kata jurucakap parti K Krishna Rao kepada saluran News18.

Beratus-ratus orang Islam membantah Raja Singh petang Isnin lalu selepas video itu muncul di media sosial. - REUTERS

BERITA BERKAITAN


2. Kempen, pendidikan keselamatan jalan raya melalui khutbah 


AMAT berbesar hati menerima kunjungan Hormat Ts. Dr. Iskandar Bin Abdul Hamid, Pegawai Penyelidik Malaysia Institute Of Road Safety Research (MIROS) pada pagi ini. 

MIROS merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Pertemuan ini bertujuan bagi membincangkan isu berkenaan keselamatan jalan raya terutamanya berkenaan kepentingan menjaga nyawa diri dan orang sekeliling sewaktu memandu di atas jalan raya. 

Hal ini bertepatan dengan maqasid syariah untuk menjaga nyawa.

Semoga kerjasama strategik antara Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dengan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia dapat diperkukuh dan kekal utuh.

Antara langkah segera yang diambil, masjid-masjid dan surau-surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI menggerakkan pendidikan melalui topik-topik khutbah berkaitan serta melaksanakan  kempen-kempen keselamatan jalan raya. 

Semoga usaha kita diberkati.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 24/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi hina Nabi SAW, ahli politik India ditahan. Menteri Agama  melaksanakan  kempen-kempen keselamatan jalan raya. Itu juga suruhan agama.

Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails