Wednesday, August 10, 2022

Ini upacara 'kapal tak siap'. Lucu apa Najib-Zahid?

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim (dua dari kanan) ketika hadir bagi menyempurnakan upacara penamaan dan pelancaran Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) TLDM di dermaga Boustead Naval Shipyard di Pangkalan TLDM Lumut, pada 24 Ogos 2017. - Foto fail NSTP

1. Bekas Panglima TLDM kata upacara namakan kapal tak siap adalah tradisi

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Panglima Tentera Laut tampil menjelaskan bahawa pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum ia siap sepenuhnya adalah tradisi dan praktis Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekian lama.

Tan Sri Dr Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang juga Panglima Tentera Laut ke-16 dalam satu kenyataan hari ini berkata tradisi itu bukan sahaja diamalkan oleh TLDM, malah ia juga amalan biasa di negara-negara lain.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa upacara penamaan dan pelancaran Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 2017 membuktikan berlaku penipuan.

Mengulas lanjut, Ahmad Kamarulzaman berkata beliau terpanggil untuk menjawab tuduhan itu bagi membetulkan persepsi semua pihak bagi melindungi maruah dan nama baik TLDM.

"Saya tahu visual pelancaran kapal LCS di Lumut pada tahun 2017 menjadi perhatian semula sejak akhir-akhir ini. Saya sebagai Panglima TLDM turut hadir pada upacara itu.

"Maklum balas orang awam tentang di mana kapal, kenapa lancar kalau masih tidak siap, ini saya boleh faham dan hormati.

"Penting untuk saya beritahu fakta sebenar supaya orang awam tidak terus keliru akibat kenyataan sesetengah pihak yang bersifat populis dan politiking," katanya.

Tambah beliau, pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum siap sepenuhnya adalah tradisi serta praktis TLDM sejak sekian lama.

"Bukan kali pertama di Lumut pada tahun 2017. Malah, ini juga amalan biasa di negara-negara lain.

"Sebab itu, perkara ini juga disebut oleh Kapten (B) Ir Azhar Jumaat (Pengarah Projek LCS) dalam sesi menghadap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 11 Disember 2021 lalu," katanya.

Menurut Ahmad Kamarulzaman lagi, pelancaran kapal LCS yang dibina oleh Naval Group untuk Kerajaan UAE di Perancis juga menggunakan kapal yang belum siap sepenuhnya.

"Jadi tuduhan kononnya pelancaran LCS di Lumut pada tahun 2017 dilaksanakan untuk tipu dan kelirukan orang ramai, adalah tidak benar.

"Kapal yang dilancarkan di Lumut ketika itu ialah kapal LCS 1 sebenar yang sedang dalam proses pembinaan, bukan 'dummy' (tiruan) . Ini termasuk 'mast' (tiang) yang yang dikhabarkan palsu," katanya.

Tambahnya, semua perkara itu sudah dijelaskan semasa sesi bersama PAC sebelum ini dan beliau berharap tidak ada pihak sengaja menimbulkan isu demi kepentingan sendiri sehingga sanggup mengelirukan orang ramai.

Laporan PAC sebelum ini mendedahkan LCS yang pernah dilancarkan pada 2017 sebenarnya dalam keadaan tidak siap.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, dipetik berkata berdasarkan prosiding dijalankan, pihaknya mendapati LCS 1 disahkan siap tidak sampai 44 peratus.

Justeru, beliau merumuskan bahawa upacara penamaan dan pelancaran LCS terbabit seperti dinyatakan saksi hanya memberi persepsi kepada umum bahawa kapal berkenaan sudah siap.

Berikutan itu, beberapa pihak termasuk Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mendakwa pendedahan oleh PAC itu membuktikan bahawa berlaku penipuan bagi menjayakan acara berkenaan.

Perkara itu juga didakwa mencemarkan imej Institusi Diraja Perak kerana majlis itu disempurnakan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dalam majlis penamaan itu, LCS pertama milik TLDM dinamakan kapal Maharaja Lela.

Ends

From: Jupiter


2. Tak layan teguran TLDM, Najib dan Zahid perlu perjelas  

Najib (kanan) dan Zahid perlu memperjelas mengapa teguran dibuat TLDM berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS) tidak dilayan. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perlu memperjelas mengapa teguran dibuat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS) tidak dilayan.

Naib Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Zaidel Baharuddin, berkata sekurang-kurangnya 10 surat teguran dibuat bekas Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, ketika itu tetapi langsung tidak dilayan oleh kerajaan ketika itu.

Katanya, teguran itu amatlah serius kerana datang daripada bekas Panglima TLDM yang secara terang dan jelas menyatakan bahawa projek ini amatlah diragukan dan secara rasmi membantah akan kepincangan ini.

"Mantan Panglima TLDM juga membangkitkan mengenai kegusaran tatacara perolehan yang dikatakan 'gravely wrong' (tersangat meragukan atau salah). 

"Satu kegilaan apabila Menteri Pertahanan tidak mendengar nasihat dan pandangan pengguna sendiri (TLDM) dalam isu ini.

"Wajib untuk Najib dan Zahid menjawab beberapa persoalan termasuk mengapa langsung teguran Panglima TLDM tidak dilayan dan apakah surat teguran itu sudah dijawab dan dibalas oleh Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri ketika itu?" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kapal Tempur Pesisir (LCS) sewaktu upacara penamaan dan pelancaran di dermaga Boustead Naval Shipyard, pangkalan TLDM Lumut, pada 24 Ogos 2017. - Foto fail NSTP

Khamis lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

BNS adalah anak syarikat Boustead Holdings Bhd, yang mana pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Zaidel berkata, Najib dan Ahmad Zahid juga perlu menjawab bagaimana keputusan untuk mengubah reka bentuk asal daripada kapal tempur jenis SIGMA kepada kapal tempur jenis GOWIND, dibuat.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu perlu menjawab atas nasihat siapa dan arahan siapa keputusan mengubah reka bentuk asal kapal berkenaan dibuat.

"Najib dan Ahmad Zahid juga perlu menjawab kenyataan mantan Panglima TLDM yang memberikan gambaran bahawa kuasa dalam menentukan spesifikasi dan perjalanan projek sepenuhnya kepada BNS dan bukan kepada TLDM.

"Perkara ini amatlah serius kerana datang dari mantan Panglima TLDM yang secara terang dan jelas menyatakan bahawa projek ini amatlah diragukan dan secara rasmi telah membantah akan kepincangan ini.

"Najib dan Zahid tak usahlah berdolak-dalik dengan mengaitkan perkara yang remeh seperti isu protokol pelancaran kapal atau menyorok di balik kepentingan kerahsiaan demi keselamatan negara," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimIni upacara 'kapal tak siap'. Sebuah kisah lucu menarik! Apa rahsia sebenarnya, tegur Najib dan Zahid?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails