Aksi atlet gimnastik negara Izzah Amzan pada acara Individu Gimnastik Kategori 'All-Around' sempena Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Arena Birmingham. NSTP/ASWADI ALIAS.
Izzah intai peluang beraksi di Bulgaria
KUALA LUMPUR: Atlet gimrama negara, Izzah Amzan mengintai peluang untuk membuat penampilan ketiga pada Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Bulgaria bermula 14 hingga 18 September ini.
Gimnas berusia 22 tahun itu, berkata sekiranya Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) menyenaraikan dirinya ke Bulgaria, dia tekad untuk memperbaiki kedudukan ranking dunianya berbanding dalam dua penampilan sebelum ini.
"Jika berdasarkan kelayakan ketika Kejohanan Asia (di Pattaya, Thailand, Jun lalu), mungkin saya tetapi keputusan akhir masih belum tahu lagi. Tahun ini kelayakan lain sedikit kerana kebiasaannya tiga gimnas tetapi untuk kali ini ada perubahan.
"Kami perlu melalui pusingan kelayakan di Kejohanan Asia dan Malaysia berjaya mendapatkan satu slot untuk beraksi di Kejohanan Dunia. Anda boleh senaraikan sesiapa saja kerana layak ikut kuota negara bukan individu, sekarang terpulang kepada MGF dan jurulatih untuk menentukan siapa yang akan beraksi di Kejohanan Dunia.
"Sudah tentu saya berharap dapat beraksi di Kejohanan Dunia tahun ini dan kalau dapat, ia akan menjadi penampilan ketiga. Pada penampilan pertama saya menduduki tempat ke-67 all-around dan yang kedua di tempat ke-57.
"Jadi, kalau pergi kali ini saya harap dapat memperbaiki ranking dunia saya. Saya cuba untuk berada dalam kelompok 50 terbaik," kata Izzah yang memenangi pingat gangsa dalam disiplin belantan di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Sementara itu, mengulas mengenai pencapaiannya di Birmingham, Izzah mengakui gembira kerana prestasinya lebih baik berbanding edisi empat tahun lalu di Gold Coast.
"Namun, masih banyak lagi yang saya perlu perbaiki untuk meningkatkan prestasi. Di Sukan Komanwel pun saya masih melakukan kesilapan dan selepas ini fokus adalah untuk cuba tidak melakukan kesilapan dan buat yang terbaik untuk negara," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Intai yang ini di Bulggaria. Tak boleh ke 'Patuh Syariah'? Tuntutlah hak jadi negara peserta. Hak asasi negara bertamadun yang bersukan. Mana maruah kebebasan beragama bagi negara umat Islam di dunia sukan?
Jangan fikir macam sebuah parti perkauman anti Islam di Malaysia, yang syok sendiri di bawah tempurung lapuk kuncu-kuncu bahlol-jahiliah nya..
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
Perwaja rugi.
ReplyDeleteLCS rugi.
MAS rugi.
FOREX rugi.
1MDB rugi.
SAPURA rugi.
FELDA rugi.
Banyak cakap tapi rugi.
JOM PAKAT PAKAT SOKONG PAS.