Lawatan sambil belajar itu sudah pasti bertujuan tertentu dan YB KJ tidak keseorangan. Pegawai yang selayaknya bersama beliau seperti Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli; Pengarah ICR, Datuk Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy; dan Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan) Program Perkhidmatan Farmasi, Mohd Zawawi Abdullah.
Setakat saya tahu melalui kenyataan YB Menteri Kesihatan sebelum ini bahawa isu ganja perubatan ini dibincangkan adalah untuk benarkan pendaftaran farmaseutikal, iaitu produk yang sudah tersedia ada dalam pasaran.
Namun ianya juga masih tertakluk kepada kriteria dan penilaian pihak Badan Berkuasa Ubat (DCA/NPRA). Dalam erti kata lain setiap produk berasaskan ganja itu, jika nak dimasukkan ke dalam negara kita perlu ada bukti kajian klinikal yang sahih. Itu pun setakat perbincangan pakar, produk berasaskan Cannabidiol (CBD) sahaja yang akan dibenarkan.
Maknanya juga tidak boleh sesiapa menanam ganja bagi tujuan perubatan. Produk mentah (berbentuk pokok ganja) masih lagi tertakluk kepada akta racun yang sedia ada.
Andai katalah, kerajaan nak pinda akta supaya boleh tanam, proses, guna dan jual ganja berbentuk hemp (mengandungi CBD) tersebut, masih terlalu awal lagi negara kita nak mengubahnya. Perlu banyak pertimbangan dalam pelbagai sudut samada kestabilan politik, kedudukan sosiobudaya, kehendak rakyat dan hukum-hakam agama.
Apa pun sebarang perubahan polisi kerajaan tertakluk kepada dapatan jawatankuasa Induk yang terdiri dari pakar dan melibatkan pelbagai agensi kerajaan lain. Kebolehlaksanaannya juga bergantung secara khusus bagi tujuan perubatan, bukannya tujuan rekreasi atau industri.
Kita perlu ingat juga bahawa ganja ini di bawah ‘UN Single Convention on Narcotic 1961’. Malaysia adalah negara ahli. Selagi kawalan ada di peringkat antarabangsa, kita tidak boleh pinda kawalan semudah itu saja. Apa yang berlaku di Thailand sekarang pun dalam pemerhatian serius dari Commissiom on Narcotic Drug (CND).
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 24/8/2022
DAH baca ke kenyataan penuh dari pakar-pakar perubatan di Kanada? Kalau belum, berikut saya ringkaskan. Jangan sekadar petik negara-negara berkenaan luluskan ganja tanpa ketahui syarat yang diberikan.
Pada bulan Februari 2018, Canadian Family Physician telah mengeluarkan untuk para doktor mempeskrib Marijuana bagi tujuan perubatan. Canggih kan? Sekiranya anda berminat, boleh baca dokumen tersebut di pautan ini:
http://www.cfp.ca/content/cfp/64/2/111.full.pdf
Sebelum saya tunjuk apa yang tertulis di dalam CPG tersebut, ingat beberapa perkara ini. Pertama, Kanada mengiktiraf dan meluluskan penggunaan Marijuana untuk bidang perubatan. Kedua, dokumen ini disediakan oleh ahli-ahli profesional kesihatan di Kanada sendiri.
Jelas?
Berikut adalah beberapa ‘highlights’ dari dokumen tersebut:
1. ‘General recommendation: We recommend against use of medical cannabinoids for most medical conditions owing to lack of evidence of benefit and known harms (strong recommendation)”.
Penggunaan Marijuana tidak dicadangkan bagi majoriti penyakit kerana kekurangan bukti dan risiko.
2. Tidak dicadangkan untuk rawatan sakit akut.
3. Tidak dicadangkan untuk rawatan sakit kepala.
4. Tidak dicadangkan untuk rawatan kesakitan Rheumatologi.
5. Tidak dicadangkan untuk rawatan kesakitan Neuropathic.
6. Tidak dicadangkan untuk rawatan kesakitan disebabkan kanser atau paliatif.
7. Tidak dicadangkan untuk rawatan loya dan muntah umum.
8. Tidak dicadangkan untuk rawatan loya dan muntah semasa mengandung.
9. Tidak dicadangkan untuk rawatan first-line dan second-line loya dan muntah akibat kemoterapi.
10. Tidak dicadangkan untuk rawatan penyakit spastik am.
11. Tidak dicadangkan untuk rawatan penyakit spastik akibat dari kecederaan saraf tunjang atau Multiple Sclerosis (MS).
Wah! Negara yang halalkan Marijuana perubatan pun sebenarnya tak cadangkan penggunaannya! Jadi tak salahlah jika ada negara yang tak benarkan penggunaannya. Kerana ia tidak terbukti secara saintifik berkesan seperti yang diuar-uarkan.
Apa yang dicadangkan dalam CPG tersebut adalah menggunakan medical Marijuana hanya sebagai rawatan tambahan dalam rawatan kesakitan Neuropathic, kesakitan paliatif, loya dan muntah akibat kemoterapi dan spastik bagi pesakit MS atau yang cedera saraf tunjang sekiranya rawatan sedia ada tidak berkesan.
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 17/8/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak perlu lompat terkejut, bila Khairy lawat 'ganja' di Thailand.. Bahkan kurang bukti rawatan.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
No comments:
Post a Comment