Umar Patek layak mendapat parol bulan ini selepas beberapa siri pengampunan untuk tingkah laku yang baik. - Foto AP
1. Militan Indonesia kesal peranan dalam pengeboman Bali
JAKARTA: Seorang militan Indonesia, Umar Patek, menzahirkan rasa kesal atas peranannya dalam pengeboman maut di Bali pada 2002.
Bagaimanapun, menurut laporan berita berita mengenai pembebasan Umar Patek mencetuskan kemarahan di Australia.
Pada 2012, Umar Patek dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas pembabitannya dalam pengebomannya yang memusnahkan dua kelab malam di Bali, membunuh 202 orang termasuk 88 warga Australia.
Dia layak mendapat parol bulan ini selepas beberapa siri pengurangan hukuman kerana berkelakuan baik.
Bagaimanapun, tarikh sebenar pelepasannya sementara menunggu tandatangan terakhir Menteri Keadilan Indonesia, masih belum diketahui.
Memetik rakaman video yang jarang berlaku di penjara Porong, di mana Umar Patek ditempatkan, penyiar Australia ABC News, turut melaporkan bahawa dia berharap supaya dapat memberi amaran kepada pemuda Indonesia mengenai bahaya ekstremis agama selepas pembebasannya.
Berita pembebasan Umar Patek bagaimanapun mencetuskan kebimbangan di Australia, dengan Perdana Menterinya berkata, pembebasannya akan mempunyai kesan teruk kepada keluarga dan mangsa.
Semalam, penjara Porong, memuat naik video Umar Patek berdurasi 20 minit, di mana dia membincangkan peranannya dalam serangan maut itu.
"Kesilapan saya adalah terbabit dengan pengeboman Bali," katanya kepada ketua penjara dalam video berkenaan.
Pada perbicaraan pada 2012, peguamnya berhujah bahawa dia hanya mengikuti arahan ketika memasang bom berkenaan dan tidak merancang atau melakukan serangan.
Sejak itu, pihak berkuasa Indonesia menekankan dia sebagai contoh usaha deradikalisasi negara berkenaan. - REUTERS
2. Indonesia siasat pegawai tentera atas dakwaan pembunuhan di Papua
Tentera Indonesia membawa keranda rakan seperjuangan di Sorong, wilayah Indonesia yang memisahkan diri di Papua. - Foto AFPJAKARTA: Pihak berkuasa di wilayah Papua Indonesia menahan enam pegawai tentera dan melancarkan siasatan berhubung dakwaan mereka terbabit dalam pembunuhan kejam empat orang awam minggu lalu, kata pegawai tentera hari ini.
Pegawai kanan tentera di Papua, Teguh Muji Angkasa, memberitahu taklimat berita di televisyen bahawa tentera dan polis akan menjalankan siasatan bersama.
"Kami telah diberi arahan untuk menyiasat kejadian itu," kata Teguh, 'dan jika daripada hasil siasatan, askar terbabit, mereka akan dikenakan sekatan'.
Enam pegawai telah dinamakan sebagai suspek, Leftenan Jeneral Chandra W Sukotjo memberitahu Reuters, selepas bahagian mayat ditemui di sungai berhampiran bandar Timika.
Menurutnya, tentera sedang menyiasat pembunuhan empat mangsa.
katanya, mangsa telah mencari untuk membeli senjata daripada pegawai tentera pada 22 Ogos sebelum perjanjian itu gagal.
Media melaporkan, mayat mangsa didakwa turut dikerat, tetapi Chandra enggan mengulas mengenai dakwaan itu.
Indonesia mengekalkan kehadiran ketenteraan yang besar di Papua, di mana kumpulan kecil pejuang pemisah telah berdekad-dekad melancarkan pertempuran peringkat rendah, tetapi semakin giat berusaha untuk kemerdekaan.
Tentera telah menghadapi tuduhan pencabulan hak asasi manusia di Papua, yang telah dinafikannya, tetapi penyiasatan terhadap dakwaan sedemikian jarang berlaku.
Jurucakap Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB), Sebby Sambom, menggesa kerajaan untuk mempertanggungjawabkan pelaku atau mengambil risiko keganasan yang lebih lanjut.
"Jika Presiden Indonesia Joko Widodo tidak segera bertanggungjawab, maka TPNPB bersama rakyat Papua akan membalas dendam dengan cara yang sama," kata Sambom dalam satu kenyataan hari ini.
Konflik bersenjata di Papua telah meningkat dengan ketara sejak 2018, dengan serangan oleh TPNPB menjadi lebih maut dan lebih kerap, dengan jumlah korban yang semakin tinggi di kedua-dua pihak, menurut laporan oleh Institut Analisis Dasar Konflik (IPAC) yang berpangkalan di Jakarta Julai lalu.
Peningkatan kekerapan serangan adalah disebabkan TPNPB memperoleh lebih banyak senjata dengan menyerbu dan mencuri daripada semakin banyak pos tentera, pembelian rentas sempadan dan penjualan haram senjata kerajaan oleh pegawai penyangak, kata IPAC. - REUTERS
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 15 -Puteri dan Aku Papua.
No comments:
Post a Comment