Sunday, August 14, 2022

Kreatif! K-Pop Melayu identiti M'sia, jodol 'Time Bomb'

 

Isaac mula mencuba nasib dalam industri K-Pop pada 2015, namun, berjaya menganggotai kumpulan IN2IT, dua tahun kemudian. - Foto IG Isaac Voo

HALAMAN HIBURAN

1. Penyanyi K-Pop ketengah karya, identiti Malaysia

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan K-Pop, IN2IT, Isaac Voo, 28, melancarkan single solo berbahasa Melayu pertama, namun, memilih judulnya dalam bahasa Inggeris, sekali gus mencetuskan persoalan ramai.

Namun, jejaka kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu mempunyai alasan memilih judul single Time Bomb dalam bahasa Inggeris.

"Salah satu keterujaan saya apabila memiliki single solo dalam bahasa Melayu. Cuma, memang ada yang bertanya kenapa judulnya diletakkan dalam bahasa Inggeris.

"Keputusan meletakkan judul Time Bomb atas kesepakatan dan perbincangan bersama. Lagipun, judul Time Bomb antara frasa 'catchy' dalam lirik.

"Dalam masa yang sama, pemilihan ini juga didorong atas alasan mahu memperkenalkan single Time Bomb ke peringkat global, termasuklah Korea Selatan.

"Ini disebabkan saya juga mempunyai kelompok peminat di sana," katanya kepada BH Online.


Kerjaya Isaac bersama IN2IT tergendala dan pulang ke Malaysia disebabkan penularan pandemik COVID-19, beberapa bulan lalu. - Foto IG Isaac Voo

Isaac mula mencuba nasib dalam industri K-Pop pada 2015, namun, hanya berjaya menganggotai kumpulan IN2IT, dua tahun kemudian berkata, single Time Bomb sangat mencabar buatnya.

Karya ciptaan Gaston Pong menampilkan penulis lirik bersama, Asyraf Nasir itu membuatkannya menjadi 'cemas' pada permulaannya.

"Sebelum ini, saya pernah menyanyi lagu dalam bahasa Korea dan Inggeris. Jadi, ini kali pertama saya cuba mencabar diri menyanyi dalam bahasa Melayu.

"Ia membuatkan saya tidak senang duduk, maklumlah kali pertama. Paling mencabar, bahagian rap kerana menggunakan dialek bahasa Sabah.

"Demi memastikan sebutan tepat, saya mendapat bantuan pasukan kerja termasuk Asyraf," katanya.

Isaac mahu buktikan karya tempatan berkualiti dan boleh diketengahkan ke pasaran global. - Foto IG Isaac Voo

Dalam pada itu, Isaac teruja memaklumkan video muzik single Time Bomb turut mencerminkan wajah Malaysia.

"Saya menampilkan elemen Malaysia seperti peta, wau dan bendera Jalur Gemilang yang menjadi identiti negara.

"Saya mahu menyelam sambil meminum air. Jadi, saya berani menghasilkan single Time Bomb untuk membuktikan kepada orang luar bahawa negara kelahiran saya memiliki budaya dan karya seni hebat.

"Saya juga mahu mengetengahkan karya tempatan berkualiti dan terbaik," katanya.

Isaac kembali ke Malaysia kerana kerjayanya bersama IN2IT yang turut dianggotai Yoo Ji Ahn, Jung Yeon Tae, Hwang In Ho, Han Hyun Uk dan Lee In Pyo terbantut kerana pandemik COVID-19, beberapa bulan lalu.

Selain itu, semua anggota kumpulan kecuali Isaac perlu menyertai khidmat ketenteraan, meninggalkan dirinya sendirian meneruskan kerjaya seni secara solo.

Di Malaysia, Isaac diuruskan Syarikat Prodigee Asia Talent (PAT) yang bernaung di bawah syarikat hiburan digital, WebTVAsia.

Selepas single solo bahasa Melayu, Isaac dijangka muncul dengan projek baharu bersama IN2IT.


2. Isaac bawa pulang pengalaman di Korea Selatan 

Isaac (berdiri dua dari kiri) dan kumpulan IN2IT yang dianggotainya pada 2017. Foto IG IN2IT

KUALA LUMPUR: Bukan sedikit pengorbanan dan keringat dicurahkan jejaka kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini untuk menempa nama dalam dunia K-pop di Seoul, Korea Selatan.

Memulakan misi yang dianggap 'mengarut' pada 2015, Isaac Voo, 28, bertekad mengejar impian dan membuktikan kemampuan diri dengan menghadiri lebih 10 sesi uji bakat dikendalikan agensi pengurusan artis dan program realiti di Seoul.

Akhirnya, berkat kerja keras, Isaac terpilih menganggotai kumpulan IN2IT pada 2017.

Mengumpul peminat bersama lima anggota lain iaitu Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, dan Lee In-pyo, kembara seni mereka bagaimanapun terhenti akibat pandemik COVID-19.

Selain itu, semua anggota kumpulan kecuali Isaac perlu menyertai khidmat ketenteraan, meninggalkan dirinya sendirian meneruskan karier seni secara solo.

Isaac berkata, bukan sedikit cabaran dilalui sejak mula bertapak di Korea Selatan.

"Antara komen diterima termasuk saya didakwa hodoh, tidak berbakat, dan sebagainya.

"Ketika itu, saya agak terkejut membaca komen sedemikian rupa. Tetapi saya cuma membacanya seimbas lalu dan enggan ambil pusing.

Kembali ke Malaysia, Isaac diuruskan Syarikat Prodigee Asia Talent (PAT) yang bernaung di bawah syarikat hiburan digital, WebTVAsia. Foto Ihsan Isaac Voo

"Dalam hati, saya berazam membuktikan boleh berjaya. Selepas peminat melihat kerja keras dan kemampuan diri, barulah kehadiran saya diterima dengan baik di Korea Selatan," katanya kepada BH Online.

Isaac berkata, dia kembali ke Malaysia bagi mengembangkan karier seni di negara sendiri berbekalkan pengalaman diraih di Korea Selatan.

"Di Malaysia, saya diuruskan Syarikat Prodigee Asia Talent (PAT) yang bernaung di bawah syarikat hiburan digital, WebTVAsia," katanya.(BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K-Pop Melayu identiti Malaysia, jodol 'Time Bomb'. Karya menarik dan kreatif!

Bahkan lebih menarik dan kreatif lagi, kalau remaja Malaysia mampu mengekport suatu berkait budaya Islam dari Malaysia ke negara tersebut. Seperti yang berlaku Islam dari tanah Arab berkembang ke negara China, dari China ke Asia, sehingga lahir kata-kata 'Tuntut lah ilmu ke negeri China' yang terkenal itu..

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment