Tuesday, August 30, 2022

Krisis China-Taiwan, M'sia, Islam & PAS. S'pura tarik balik kuih bulan..

 


1. Krisis China-Taiwan meruncing, Malaysia wajib ambil pengajaran 

KIAN panas dan tegang. Itu situasi yang cukup tepat untuk gambarkan situasi China dan Taiwan kini. Telah beberapa kali laungan “Ceroboh Taiwan!”, serang dan tawan Taiwan dilontarkan oleh pimpinan negara China.

Kawalan ke atas Taiwan adalah isu strategik bukan sahaja buat Amerika Syarikat (AS), tetapi paling utama buat China itu sendiri. Pulau ini, yang hanya berkeluasan 36,000 kilometer persegi, mempunyai kedudukan geografi yang unik dan berfungsi sebagai hab utama dalam proses perindustrian peringkat antarabangsa. 

Itulah sebabnya baik Amerika Syarikat mahupun China tidak mahu berkompromi mengenainya. Jika China mengambil Taiwan, bukan sahaja ia akan dapat meningkatkan ekonominya yang sedia mengagumkan tetapi juga mendapat akses ke Lautan Pasifik. 

Dan jika AS kehilangan Taiwan, ia akan mengalami kekalahan geopolitik serta ekonomi yang paling teruk bukan sahaja di peringkat serantau tetapi di peringkat global. Ini hanya akan menyukarkan AS untuk membendung China dan melemahkan sistem pakatan global AS, sekali gus menunjukkan bahawa AS tidak mampu menunaikan janji dan melindungi rakan kongsinya.

Itu isu dunia, yang mana kita cukup pasti memberi kesan trauma besar kepada rakyat negara Taiwan. Pengalaman Ukraine yang dilanggar kuasa besar dunia Rusia, awal tahun lalu, hingga hancur lebur, meninggalkan ketakutan tidak sedikit pada orang Taiwan. 

China bukan tandingan sesiapa pun kini, dari segi teknologi ketenteraan, batalion askar besar, risikan yang kemas, hubungan luar yang keras serta semuanya memihak kepada China. Taiwan yakin AS mampu lindungi mereka? Lihat sahaja Ukraine yang terkapai kapai tempoh hari. Di mana AS?

Malaysia terbuka sebarang ancaman?

Isu Kapal Tempur Persisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang begitu lama mengheret persoalan menyaksikan ia akhirnya menjadi bom jangka dan permainan manipulasi, sensasi dan kontroversi untuk diraih kepentingan politik pelbagai pihak.

Kebimbangan utama iaitu lompang keselamatan melibatkan ketiadaan aset pertahanan terpenting di perairan maritim negara, dilihat tidak menjadi fokus utama pertembungan polemik dan konflik sedang dipencakkan para politikus ketika ini.

Bahkan wacana dan penghakimannya seolah-olah cuba dijebakkan ke kancah media, berbanding untuk dipersiapkan proses perbicaraannya ke peradilan mahkamah hingga pesalahnya menerima hukuman sewajarnya sehingga hak negara dan rakyat dikembalikan.

Bahkan seperti dijangka, sudah bermula percikan-percikan berbaur fitnah tanpa segan silu dengan mengaitkan pelbagai nama individu tanpa ditentusahkan kesahihannya, sekali gus menampakkan kini ia menghala menjadi modal kempen PRU15 tidak lama lagi.

Dalam situasi ini, tidak ada penyelesaian jitu melainkan sebagaimana prinsip Islam yang sentiasa ditegaskan PAS iaitu seseorang itu tidak bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah. Untuk itu, menyegerakan siasatan mestilah dilakukan bagi merungkai isu ini.

Jika tidak, lihat sahaja perkembangan ketika ini di mana pada banyak ulasan dan gesaan, akhirnya yang diajukan ke mahkamah hanya melibatkan pertuduhan berjumlah RM21 juta, sedangkan kekhuatiran ketika ini adalah nilai RM6 bilion.

Sebab itu hiruk pikuk politik tidak sepatutnya mengatasi keutamaan tindakan siasatan pihak berkuasa dan perbicaraan mahkamah, agar sejarah sepertimana lalu tidak akan kembali berulang yang akhirnya merugikan rakyat.

Bising riuh rendah ketika ini mesti dihentikan untuk sekali lagi memporak-perandakan rakyat umumnya kepada salah faham dan emosi hingga memalitkan imej tidak benar kepada pihak yang tidak bersalah khususnya.

Tetapi dengan permainan politik pihak-pihak yang kebulur mencari isu, menyebabkan pesalah sebenar menari keriangan dan mungkin pula kembali berkuasa menerajui jawatan-jawatan penting negara, lalu kebobrokan dan kleptokrasi terus berleluasa.

Akhirnya kita semua akan menjadi umpama ayam dikejar tak dapat, tangan berlumur tahi. Politik degar-degar sembang LCS, tetapi akhirnya negara terancam teruk dari aspek maritim jika kapal-kapal ini tidak tersedia secepatnya.

Penyelewengan perlu pendakwaan segera

Antara yang meniti di bibir politikus adalah nama Bousted Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) yang disebut bakal mengalami kerugian lebih RM890 juta akibat salah urus dan kegagalan syarikat itu dalam mengendalikan projek pembinaan kapal tempur (LCS).

Apa penyebab rugi itu? Difahamkan berlaku pertindihan Surat Anugerah (LOA), ‘claim’ berganda, isu transaksi penukaran mata wang, barangan yang tidak dihantar, dan dakwaan pembayaran palsu kepada syarikat.

Laporan Audit Forensik BHIC telah dibentangkan yang mana daripada jumlah RM890 juta itu, RM537 juta adalah kerugian berpunca daripada tuntutan berganda untuk perkhidmatan sama. 

Kapten Azhar Jumaat yang merupakan CEO Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd turut mengesahkan hal ini tetapi tetap berhati-hati serta mahu merujuk juga kepada pakar berkaitan.

Perkara lain yang menjadi bualan netizen adalah berkait wang RM305 juta membabitkan LOA bertindih dikeluarkan, dan memihak kepada Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) pada tahun 2012.

Berdasarkan laporan lain pula, terdapat RM23.36 juta kerugian akibat dakwaan bayaran palsu bagi perkhidmatan teknikal kepada tiga syarikat berkaitan second generation patrol vessel (SGPV) pada 2011 dan 2012. Ini menambahkan rencah dan kerumitan isu dalam skandal LSC.

Sebenarnya sejak seawal 2010, pelbagai bukti penyelewengan dan kelemahan tadbir urus berhubung program LCS telah dikumpulkan. 

Kertas-kertas laporan yang cukup tebal dipersiapkan oleh banyak pihak memandangkan isu ini bukan semata-mata berkait skandal perolehan skala mega, tetapi turut melibatkan kepentingan keselamatan maritim negara.

Muktamadkan polemik, utamakan keselamatan negara

Kes LCS ini suatu isu yang cukup panjang, ia adalah rentetan suatu sosok yang dahulunya mungkin bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. 

Lalu ‘projek kapal’ ini adalah demi survival politik mereka dan kroni yang terlibat. Pergilah ke mana sahaja, baik MenHan atau KDN, ada sahaja peluang yang diwujudkan. Adakah ia drama yang dicipta untuk mengaut laba?

Paling penting buat kita marhaen ini, janganlah lebih berfokus mahu adili ‘siapa’ yang salah atau tidak, itu kenalah serah pada pihak berkuasa.

Rakyat wajib bersuara menuntut agar kerajaan bantu TLDM dapatkan juga LCS ini dengan segera demi pertahanan negara.

Realisasikannya dengan apa upaya sekalipun, kerana kelihatan sekarang, wujud pula beberapa kerat pimpinan pembangkang yang kononnya mahu membatalkan terus projek ini. Batal projek, mudah disebut dan lekas terlaksana. Tetapi malanglah buat negara kita.

Jadi, batalkan projek itu nanti, bermakna kemungkinan tiada kapal untuk TLDM, lalu apa nasib pertahanan maritim negara? Atau pembangkang menyasarkan projek baharu dengan syarikat lain sekiranya mereka menang semula nanti? 

Apa muslihatnya? Mencari rakan komisen baharu? Atau ‘mendedahkan’ maklumat pertahanan negara ke luar? Dalam masa sama, industri pertahanan negara terus ‘mandom’ apabila tiada perpindahan teknologi dan ilmu moden baharu.

Kita ada universiti pertahanan negara, sejumlah besar penyelidik dan saintis, manfaatkan dan maksimumkanlah kepakaran mereka.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 29/8/2022


2. Singapura tarik balik produk kuih bulan dari Malaysia 

Agensi Makanan Singapura berkata bahawa produk terbabit ialah kuih bulan My Mum’s Premium Mao Shan Wang Snowskin Mooncake (Vegan). - Foto SFA

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengesan kehadiran E. Coli, melebihi had mikrob yang dibenarkan seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura, dalam produk kuih bulan yang diimport dari Malaysia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, SFA telah mengarahkan pengimport, Easy Mix Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit - My Mum's Cookies Premium Mao Shan Wang Snowskin Mooncake (Vegan) - dari pasaran.

"Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan," menurut SFA di laman Facebooknya hari ini. - BERNAMA


Komen Weblog Ibnu HasyimSebagaimana prinsip Islam yang sentiasa ditegaskan PAS, iaitu seseorang itu tidak bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah. 

Tidak tegas dalam kes di atas, sehingga terjadi akhirnya, yang diajukan ke mahkamah hanya melibatkan pertuduhan berjumlah RM21 juta, sedangkan kekhuatiran ketika ini adalah nilai RM6 bilion.

Rupanya, ayam dikejar tak dapat, tangan berlumur tahi. Politik cap ayam, kokok degar-degar sembang LCS, tetapi akhirnya negara terancam teruk dari aspek maritim jika kapal-kapal ini tidak tersedia secepatnya.

Marilah kita kembali kepada Islam sebagai jalan penyelesaian menyeluruh!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment