Thursday, September 01, 2022

Luruskan sejarah. Nyah kuasa asing, baru merdeka!!

 


1. Meluruskan sejarah kemerdekaan : Peranan Ulama yang disepikan Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR

DALAM keghairahan menyambut kemerdekaan kali ke 65 negara ini, pelbagai program telah dibuat oleh pihak kerajaan dan pihak parti oposisi, termasuk bertindan niat untuk memastikan penguasaan masing-masing semakin kukuh untuk memerintah negara dan juga negeri.

Beragam program dijayakan, sama ada himpunan patriotik, acara pesta pora sempena HUT kemerdekaan, majlis keagamaan, sukan sempena merdeka atau apa sahaja keramaian.

Penyiaran filem-filem patriotik yang kadang kala tersasar daripada lukisan sejarah yang sebenar, nararif sejarah yang masih menyepikan peranan ulama.

Dalam kita memutar kembali sejarah perjuangan yang berat sebelah ini, peranan ulama dan gerakan Islam dikesampingkan dan disepikan daripada pengkisahan perjuangan kemerdekaan.

Tidak kepalang pengorbanan para ulama dan Islamis dalam menoreh sejarah emas perjuangan, ada yang gugur syahid, dibuang jauh daripada tanah leluhur dan terpenjara jasad dalam jeriji besi.

Cuma pada tahun ini filem bioepik Mat Kilau berjaya meruak hati rakyat untuk melihat kembali sejarah perjuangan kemerdekaan bernuansakan jihad menentang imperialis Barat.

Rakyat negara ini masih tak mengenali Tuan Guru Hasan Bin Munas (Tok Janggut), Tokku Paloh, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau, Tuan Guru Umar Siam, Datuk Maharajalela (Timbalan Mufti), serta ratusan nama ulama dan agamawan yang lain. Gerakan awal kemerdekaan seperti Sarekat Islam Terengganu yang memicu kebangkitan ummat di Terengganu.

Langit sejarah telah merakamkan seawal abad ke-20, telah menyaksikan kemuculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu dalam memperjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Peranan agamawan melalui sektor pendidikan, penerbitan, pemberdayaan kesedaran melalui gerakan massa. Tokoh seperti Dr Burhanuddin al Helmi, Tok Kenali, Maulana Abdullah Nuh, Syed Sheikh al Hadi, serta pelbagai tokoh kaum tua dan kaum muda memberikan kesedaran kepada ummah tentang kewajiban memerdekakan tanah watan.

Kebangkitan Ulama Tanah Melayu juga mengakar dari simbahan kebangkitan ulama Islam yang berlaku di seluruh belahan dunia.

Islam telah telah menjadi pemangkin dan simbol penyatuan kepada kesedaran rakyat untuk menentang penjajah kuffar sebagaimana yang dimanifestasikan oleh banyak peristiwa kebangkitan rakyat di Tanah Melayu seperti Perang Padang Kachong, Perang Jeram Ampai, pembunuhan JWW Birch, tragedi Natrah 1950, peluncuran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada Mac 1948, penangkapan 300 aktivis Hizbul Muslimin di bawah Ordinan Darurat 1948.

Di luar Tanah Melayu seperti Indonesia, Mesir, Libya, Algeria, Iraq, Iran, Sudan, India, Palestine, Nigeria dan negara umat Islam yang lain. Islam telah menjadi kuasa pengerak yang ampuh dalam membajai perjuangan menentang penjajah Barat dan menyuntik energi perjuangan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan.

Ulama dan gerakan Islam telah menjadi pemacu utama dalam perjuangan menentang penjajahan di seluruh bumi umat Islam seperti Sheikh Abdul Quader Al Jazair di Algeria, Sheikh Umar Mukhtar di Libya, Sheikh Uthman Den Fodio di Nigeria, Hassan Al Banna di Mesir, Sheikh Amin Al Husaini, Sheikh Izzudin al Qassam di Palestin, Sultan Hasanuddin dan Imam di Ponegoro (Perang Jawa 1825- 1830) di Indonesia, Muhammad Abduh yang memotori pemberontakan Urabi di Mesir, Sheikh Abdul Samad al-Palimbangi di Pattani, gerakan al-Mahdi di Sudan yang menggentarkan tentera British yang dipimpin oleh General Gordon.

Malangnya bagi umat Islam ialah walaupun kemenangan menentang penjajah adalah kerana kegigihan ulama dan pendokongnya tetapi buah kemanisan kejayaan kemerdekaan telah dipetik oleh golongan sekular berpendidikan Barat seperti Front Liberatian Nasionalis (FLN) di Algeria, Soekarno dan kelompoknya di Indonesia dan UMNO di Tanah Melayu. Kelompok ini yang telah mengisi kemerdekaan dengan sistem dan nilai-nilai yang ditinggalkan oleh penjajah.

Di Mesir tertubuhnya Ikhwanul Muslimin oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928 di subcontinent tertubuhnya Jamaat- e-Islami oleh Maulana Maududi, Jamaah An-Nur di Turki, Majlis Syura Muslimin di Indonesia adalah cerminan kepada kebencian terhadap penjajah Barat serta usaha mengembalikan ketuanan Islam.

Sejarah penubuhan PAS pada tahun 1951 adalah berkaitan dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin, sebuah gerakan Islam kontemporari yang telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948.

Persatuan Islam se Tanah Melayu melakarkan perjuangannya untuk memerdekakan Tanah Melayu, menaunginya dengan kehidupan bersyariah!

Hizbul Muslimin ditubuhkan Maahad Al-Ehya As-Syariff di Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh-tokoh politik Islam seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Kiai Masyhur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (MASYUMI).

Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan didukung oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama- agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama.

Pertubuhan politik Islam ini telah mengsasarkan tiga matlamat utama perjuangannya iaitu untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, membentuk negara Islam yang bersifat sejagat dan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam.

Dengan citra besar dan nuansa yang murni inilah yang memungkinkan British menghidu bahaya yang dibawa oleh parti Islam ini yang dilihat mampu menggembleng sokongan orang Melayu.

Penjajah British seperti yang diungkapkan Sir Lord Cromer (The Modern Egypt) tidak akan membenarkan tegaknya negara Islam di mana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat.

Menjadi kewajiban untuk kita meluruskan kembali sejarah kemerdekaan tanahair. Malaysia wajib belajar daripada negara jiran kita, Indonesia.

Kerajaan dan rakyat Indonesia membina naratif sejarah kemerdekaan yang kukuh apabila semua leluhur yang berjuang menentang penjajah Belanda diangkat sebagai wira sebenar kemerdekaan.

Jangan abaikan darah, airmata serta keringat para alim ulama yang berjuang dengan prinsip akidah sehingga watan ini bebas daripada penjajah Barat!

Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI. – HARAKAHDAILY 31/8/2022


2. Taliban meraikan ulang tahun pengunduran tentera asing 

Pejuang Taliban melancarkan bunga api di langit di atas Kabul ketika mereka meraikan ulang tahun pertama pengunduran tentera AS. - Foto AFP

KABUL: Taliban mengisytiharkan Rabu sebagai cuti umum dan menghiasi ibu negara dengan lampu berwarna-warni sebagai meraikan ulang tahun pertama pengunduran tentera asing diketuai Amerika Syarikat (AS), selepas perang yang berlarutan selama 20 tahun.

Pemerintahan baharu negara itu - yang tidak diiktiraf oleh negara lain - sudah menguatkuasakan kembali undang-undang ketat - yang menyaksikan wanita dipinggirkan daripada kehidupan sosial.

Walaupun berdepan sekatan dan mengalami krisis kemanusiaan yang teruk - kebanyakan penduduk Afghanistan lega kerana tentera asing sudah berundur dari negara itu.

Pengunduran tentera asing sebelum tengah malam 31 Ogos 2021 menyaksikan berakhirnya perang terpanjang dalam sejarah AS.  

Perang itu susulan serangan di New York pada 11 September 2001.

Seramai 66,000 tentera Afghanistan dan 48,000 orang awam terbunuh dalam konflik berkenaan.

Namun, kematian anggota pasukan AS yang berjumlah 2,461 orang memberi kesan kepada warga negara berkenaan.

Lebih daripada 3,5000 anggota dari pasukan negara lain dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), juga terkorban.

Dua minggu sebelum pengunduran tentera asing itu, Taliban merampas kuasa susulan operasi ketenteraan terhadap tentera kerajaan.

Dalam pada itu, kain rentang bagi meraikan kemenangan terhadap tiga empayar termasuk bekas Kesatuan Soviet dan Britain turut dikibarkan di Kabul, hari ini.

Ratusan bendera putih Taliban dinaikkan pada tiang lampu dan bangunan kerajaan.

Pada lewat malam tadi, langit Kabul diterangi bunga api dan tembakan yang dilepaskan oleh pejuang Taliban.

Media sosial Taliban pula memaparkan video dan foto tentera yang baharu dilatih dan menunjukkan aset tentera yang ditinggalkan tentera AS ketika pengunduran mereka.

Namun, di sebalik kebanggaan Taliban kembali berkuasa, penduduk Afghanistan yang berjumlah 38 juta itu kini berdepan krisis kemanusiaan.

Ia selepas aset bernilai berbilion dolar dibekukan dan bantuan asing yang semakin merosot.

Taliban juga sudah menutup sekolah menengah untuk perempuan di banyak wilayah dan tidak membenarkan wanita bekerja di kebanyakan sektor awam.

Pihak berkuasa juga mengerahkan wanita untuk menutup sepenuhnya badan mereka apabila berada di tempat awam, yang secara idealnya menggunakan burqa. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merdeka, merdeka, merdeka! 31 Ogos 1957 kita merdeka.

Walaupun penjajah sudah pergi, tetapi kepala otaknya masih tertingggal. Berselaput, berselepet pada barua dan talibarut. Yang hingga sekarang masih ada. 

Apa lagi di Afghanistan, yang baru merdeka kira-kira setahun dengan darah dan air mata. Berbeza Malaya dan Persekutuan Tanah Melayu hanya merdeka dengan air liur sahaja.

Apapun, tidak akan dinamakan merdeka kalau masih ada yang selain Allah menguasai dan menyiksa muka bumi ini.

Kecuali, kalau yang tinggal hanya keadilan di bawah naungan 'La ila ha illallah, Muhammadar Rasulullah!!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails