Wednesday, August 31, 2022

Mane & Mazraoui letak Islam atasi segalanya.. & 'Peguam Negara'?

 

Noussair Mazraoui (dua dari kiri di barisan ketiga) dan Sadio Mane (paling kanan barisan pertama).
SUKAN

1. Peminat kagum Mane dan Mazraoui patuh ajaran Islam

Bayern Munich setiap tahun mengadakan sesi foto sempena Oktoberfest dengan pemain memegang gelas berisi arak, namun dua pemain baharu kelab itu, Sadio Mane dan Noussair Mazraoui, memilih untuk meletakkan ajaran Islam mengatasi segalanya.

Bekas pemain sayap Liverpool, Mane bukan sahaja tidak minum, malah menyentuh gelas berisi arak.

Walaupun keadaan itu kelihatan agak janggal ketika sesi itu, Mane tetap mengambil tempat di barisan hadapan bersama seluruh skuad yang berpakaian Lederhosen.

Sikapnya yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang mengharamkan arak menerima banyak pujian peminat di media sosial.

“Macam mana keadaan pun, Sadio Mane sentiasa patuh kepada ajaran agamanya,” tulis seorang penyokong.

“Suka dengan Sadio Mane,” seorang peminat dalam ciapannya di di Twitter.

“Sungguh memberi inspirasi. Dia berpegang teguh terhadap kepercayaannya,” kata peminat lain.

Ini bukan kali pertama Mane berbuat demikian. Awal tahun ini, dia dengan penuh hormat meminta Takumi Minamino meletakkan sebotol champagne ketika mereka meraikan kemenangan selepas perlawanan akhir Piala Carabao antara Liverpool dan Chelsea.

Minamino segera meletakkan botol itu atas permintaan rakan sepasukannya dan mereka kemudian meraikannya dengan seluruh pasukan.

Peminat juga menyedari bahawa Mane bukan satu-satunya pemain Bayern yang tidak memegang gelas arak kerana Mazraoui juga memilih berbuat demikian.

Pemain kebangsaan Maghribi, Mazraoui yang beragama Islam juga mendapat pujian peminatnya.

“Mane dan Mazraoui hebat. Umat Islam berpegang teguh dengan kepercayaan mereka! Anda perlu menghormatinya!” kata seorang penyokong.

Mane dan Mazraoui juga memberikan impak positif di padang sejak tiba awal musim panas ini, membantu Bayern mengutip 10 mata daripada empat perlawanan liga yang membolehkan kelab menduduki puncak carta Bundesliga. (BH)


2. Pengasingan kuasa: Jangan kembali berundur ke belakang 


SAYA memohon untuk berbeza dengan Ahli Parlimen Pengerang yang saya hormati dalam isu lantikan Peguam Negara. 

Menyatakan bahawa ‘setiap Perdana Menteri akan lantik AG orang dia’ adalah satu kenyataan yang membayangkan institusi pendakwaan dipengaruhi dan dikawal dengan jelas oleh Perdana Menteri. 

Ketika era pelbagai pembaharuan dari sudut menghidupkan demokrasi sebenar dilakukan oleh kerajaan pada hari ini, seruan ini kelihatan kembali ke belakang.

Langkah yang paling baik ialah memisahkan fungsi Peguam Negara dengan tugas pendakwaan. 

Ini sebenarnya telah dimulakan perancangan oleh pihak kerajaan ketika Dato’ Seri Takiyuddin Hassan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). 

Pada ketika kenyataan itu dibuat, menariknya ia juga sebagai menyahut cadangan Ahli Parlimen Penggerang yang ketika itu sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat di mana beliau menuntut supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi pembaharuan Jabatan Peguam Negara (AGC). ( https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/kerajaan-pisahkan-fungsi-peguam-negara-pendakwa-raya-takiyuddin/ )

Hari ini, tidak pasti perancangan itu sudah sampai ke mana, namun ia perlu dihidupkan dan dijayakan dengan serius jika mahu melihat undang-undang dilaksanakan dengan adil dan dilihat adil.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 29/8/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment