Saturday, August 13, 2022

Menanti pengkid pulang 'umrah'.. & peniagga tamak PCB.

 

Wanita berpakaian ihram ketika umrah di Makkah yang tular di media sosial. Foto daripada Twitter

1. Tindakan tegas menanti pengkid pulang dari 'umrah' - Idris

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas menanti kepulangan seorang seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menegaskan, tindakan itu perlu kerana isu berkenaan membabitkan hukum agama.

Justeru itu, beliau meminta bantuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyiasat bagi memastikan kesahihan isu yang sedang tular di media sosial itu, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

"Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan.

"Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

"Saya juga telah menghubungi pihak MOTAC untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut," katanya menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook beliau hari ini.

Sejak semalam, tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.

Dalam satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah, seorang pengguna Twitter yang berkongsi perbuatan terbabit mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.

Difahamkan wanita berperwatakan lelaki itu ke Tanah Suci dengan menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi umrah. (BH)


2. Peniaga tamak sekitar Pantai Cahaya Bulan terima padah 

Anggota KPDNHEP Kelantan menyamar sebagai pelanggan dan pelancong ketika membuat pemeriksaan terhadap 20 premis sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini yang dipercayai menjual makanan pada harga tinggi dan tidak meletakkan tanda harga. NSTP/IHSAN KPDNHEP

KOTA BHARU: Tidak mempamerkan tanda harga dan disyaki menjual pada harga yang tinggi menyebabkan 10 peniaga makanan celup tepung dan 'colek' sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, menerima padah apabila disaman petang tadi.

Notis dan kompaun dikenakan terhadap semua peniaga itu selepas pemeriksaan mengejut dijalankan 14 pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan sempena Op Samar.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan, Aswadi Jaafar, berkata pemantauan dan pemeriksaan mengejut dilakukan di 20 premis jualan dengan anggota membuat penyamaran sebagai pengguna serta pelancong.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan dengan membuat pemeriksaan menyeluruh di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Pelindungan Pengguna 1999 terhadap semua 20 premis jualan di lokasi.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, kami merekodkan dua tindakan kes berkaitan peniaga gagal dan tidak mempamerkan tanda harga terhadap barangan yang dijual menyebabkan mereka dikenakan tindakan kompaun serta merta.

"Selain itu, sebanyak lapan notis Seksyen 21 di bawah AKHAP 2011 dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki mengenakan harga yang tinggi dan diarahkan untuk mengemukakan kembali maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

Aswadi berkata, pihaknya memberikan amaran kepada semua peniaga supaya sentiasa meletakkan tanda harga terhadap barangan yang dijual bagi mengelakkan berlaku manipulasi harga (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tindakan tegas tetap akan diambil. Yang bersalah akan terima habuan.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment