BIRMINGHAM: Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan skuasy pada Sukan Komanwel 2022 berakhir apabila dua wakil negara masing-masing tumpas di peringkat suku akhir di Pusat Skuasy dan Hoki, University of Birmingham, di sini.
Rachel Arnold yang beraksi cemerlang semalam, hari ini gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas 0-3 kepada pemain England, Georgina Kennedy, dalam kategori perseorangan wanita.
Pemain negara yang berada di ranking ke-43 dunia itu bukan tandingan kepada pemain tuan rumah yang menghuni ranking kelapan dunia apabila tumpas 4-11, 2-11 dan 1-11.
Seorang lagi wakil negara, Ng Eain Yeow juga ditunjuk jalan keluar daripada saingan apabila tewas 1-3 kepada pemain Wales, Joel Makin, dalam kategori perseorangan lelaki.
Eain Yeow,yang berada di ranking ke-27 dunia, tumpas 4-11, 11-9, 3-11, 9-11 kepada lawan yang menghuni ranking ketujuh dunia itu.
- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa tak sama sukan di Malaysia (Kelantan/Terengganu) dengan Birmingham/London) dari sudut 'patuh syariah'?
Kerana Malaysia negara bekas penjajah dan England negara penjajah. Dan rakyat Malaysia kebanyakan otaknya masih dijajah!
No comments:
Post a Comment