Myanmar membenarkan penduduk membeli sekampit beras pada harga rendah untuk mengelakkan jualan semula. - Foto hiasan BERNAMA
1. Peniaga turunkan harga beras
YANGON: Pengeluar dan peniaga beras Myanmar menetapkan harga runcit beras yang lebih rendah di Yangon bermula semalam, ketika harga makanan melonjak.
Data Pertubuhan Statistik Pusat menunjukkan, harga beras Emata, atau beras panjang Myanmar, serta harga minyak kacang tanah khas di hab komersial itu masing-masing meningkat 5.8 peratus dan 6.4 peratus semalam, berbanding seminggu sebelumnya.
Xinhua melaporkan, seorang penduduk yang memiliki lapan ahli keluarga, Daw Nwe, memberitahu dia sanggup datang dari Mingaladon, yang terletak di kawasan paling utara di Yangon, untuk membeli beras selepas dimaklumkan mengenai potongan harga beras itu, beberapa hari lalu.
"Harga barang terus meningkat, dan keadaan semakin sukar buat kami. Malah, keadaan makin sukar memiliki wang mencukupi untuk hidup," katanya, memaklumkan dapat menjimatkan kira-kira 10,000 kyat (RM240) dengan memberi beras dari depot itu.
Walaupun Myanmar negara pertanian dan pengeksport beras, harga komoditi termasuk beras mencatat peningkatan akibat pandemik COVID-19.
Sementara itu, Setiausaha Bersama Depot Borong Beras dan Padi Wahdan, Zaw Khaing, berkata potongan harga runcit beras itu bertujuan membantu isi rumah di negara itu mengurangkan perbelanjaan, ketika harga komoditi melonjak.
"Kami menjual pelbagai jenis beras pada harga lebih rendah kepada pengguna. Kami merancang menjual selama tiga bulan sehingga musim menuai yang seterusnya tiba.
"Kami meletakkan had pembelian satu kampit beras bagi setiap isi rumah," katanya, sambil memaklumkan langkah itu bagi menghalang pembeli menjual semula beras berkenaan. - AGENSI
2. Kemarau buruk di Eropah: Empangan semakin kontang, hasil tanaman terjejas
Keadaan akibat kemarau di Perancis. - FOTO AFPPARIS: Sebahagian besar negara Eropah terus menderitai gelombang haba sejak Jun lalu, yang kini turut menjejaskan hasil tanaman dan memburukkan lagi krisis kos sara hidup penduduk.
Suruhanjaya Eropah kelmarin menggesa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) supaya mengguna semula air sisa bandar yang terawat untuk pengairan di ladang yang kering-kontang.
Di Perancis, petani amat terkesan dengan kemarau buruk yang mengakibatkan penggunaan air tawar begitu terhad. Malah, agensi perkhidmatan meteorologi Perancis, Meteo-France memaklumkan taburan hujan pada Julai lalu hanya 9.7 milimeter, sekali gus menjadikannya bulan paling kering sejak Mac 1961.
Petani di seluruh negara melaporkan kesukaran mereka untuk memberi makan ternakan susulan keadaan padang ragut yang gersang, manakala pengairan dilarang di kawasan besar di barat laut dan tenggara akibat kekurangan bekalan air tawar.
Perancis adalah pengeksport gandum yang keempat terbesar di dunia, dan antara lima pengeksport utama jagung global. Kemerosotan hasil tuaian akibat kemarau, berkemungkinan menambah lagi tekanan terhadap masalah kekurangan bekalan bijirin dalam pasaran global kini susulan peperangan antara Russia dengan Ukraine.
Sementara itu, Pejabat Meteorologi Britain pula memaklumkan bahawa sebahagian besar kawasan selatan dan timur England mencatat rekod cuaca paling kering, bulan lalu.
Krisis itu menyebabkan sesetengah penyedia bekalan air terpaksa mengumumkan langkah catuan yang menjejaskan jutaan pengguna, manakala pengeluar buah-buahan serta sayuran-sayuran mengalami kerugian hasil tanaman seperti kekacang dan buah beri.
Inflasi Britain melonjak pada Jun lalu berikutan peningkatan harga bahan api dan makanan.
Di Sepanyol yang sudah mengalami kemarau berpanjangan pula, suhu diramalkan mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, minggu ini.
Keadaan itu turut memburukkan lagi masalah kekurangan bekalan air di negara berkenaan, dengan kerajaan mengumumkan bahawa kapasiti empangan Sepanyol hanya 40.4 peratus pada minggu ini. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mynmar, harga beras turun. Eropah, kemarau memburuk.. Akhirnya terbukti bahawa ALLAH itu MAHA berkuasa, bagi mereka yang mahu berfikir!!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
Jom pakat ramai ramai. Jika ada yg mati kena langgar ngan pemandu mabok, kita buat report polis siang kit galak minum arak dan buat pesta arak. Yg mabok tu kerana ikut gesaan siang kit. Bapak kejahatan.
ReplyDelete