Thursday, August 04, 2022

Oktoberfest, arak. G/Eng bidas kaji selidik agama, biadap!

 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

1. Oktoberfest & Bon Odori: Pasir Mas bidas Bagan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, membidas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, yang mempertikaikan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad, berhubung isu Bon Odori dan Oktoberfest.

Ahmad Fadhli Shaari berkata, pandangan itu bukan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri, tetapi berpandukan kaji selidik Jabatan Agama berkaitan.

“Jadi orang lain, tak usah lah nak bising soal agama (Islam) yang wujud di negara kita,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan ketiga selepas soalan asal Dato’ Sri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan dijawab Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang sebelum itu menjawab soalan tambahan kedua Guan Eng (PH-Bagan) yang mendakwa Idris mengganggu amalan atau budaya hidup orang bukan Islam, baik dalam aspek Bon Odori atau Oktoberfest

Ketika mengemukakan soalan itu, Guan Eng berkata: Saya nak tanya Yang Berhormat Senator (Wan Ahmad Fayhsal) yang tadi sebut mengenai ekosistem di mana kita hendak pastikan perpaduan dalam masyarakat majmuk, tapi apakah pendirian kementerian apabila ada Menteri Agama dari PAS yang mengganggu amalan atau budaya hidup orang bukan Islam, baik dalam aspek Bon Odori atau Octoberfest.”

Ahli Parlimen Bagan turut bertanya adakah PAS tidak ada perkara lain hendak dilakukan dan bukankah ada isu lebih besar seperti rasuah untuk menyatupadukan rakyat, tetapi bukan mengganggu amalan yang telah dijalankan tanpa insiden selama ini.

Bagaimana Wan Ahmad Fayhsal mempertahankan Idris dengan berkata Menteri di JPM telah menyatakan pandangannya.

“Saya rasa kita perlu hormat pandangan masing-masing dan cumanya kita tidak menggunakan undang-undang untuk menyekat dari segi kebebasan mana-mana pihak untuk mengamalkan budaya mereka.

“Jadi dalam hal ini, saya fikir tiada salahnya Menteri Agama mengatakan begitu sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang yang menjaga autoriti agama,” katanya.

Beliau berkata, soalan itu sepatutnya ditujukan kepada Menteri Agama, tetapi menjawabnya sebagai seorang Muslim.

“Saya lihat dalam Rukun Negara, kita ada perkara Kesopanan dan Kesusilaan. Saya fikir sebarang perbezaan dari segi kefahaman budaya dan agama, contohnya Bon Odori dan Oktoberfest yang sebenarnya bukan indigenous (bersifat tempatan) bukannya sebahagian budaya masyarakat kita asalnya,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Pasir Mas, beliau bersetuju dengan pandangan Ahmad Fadhli, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan adalah perkara paling penting dalam membina masyarakat dan semua agama menolak sebarang amalan yang boleh merosakkan kesihatan.

“Semalam kita berbincang pasal rokok, hari ini kita bertanya tentang arak, jadi kalau kita boleh menyokong Yang Berhormat Menteri Agama atas dasar kesihatan pun sudah memadai bagi saya,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/8/22


2. Oktoberfest bukan budaya Malaysia 

\
DEWAN Muslimat PAS Malaysia menyokong kenyataan Menteri Agama yang menghalang penganjuran Oktoberfest kerana ia dilihat sebagai promosi arak secara terbuka yang bakal mengundang gejala sosial yang serius. 

Larangan ini bukan bermakna kerajaan menghalang orang bukan-Islam untuk minum arak. Umum sudah sedia maklum bahaya arak bukan sahaja mengundang bahaya kepada peminum sahaja tetapi ia telah terbukti membawa kemudharatan kepada keluarga dan masyarakat. 

Antara isu yang melibatkan pemabuk ini adalah kes keganasan rumahtangga dan kemalangan jalan raya berkaitan pemabuk. Malahan kes berkaitan pemandu mabuk semakin meningkat sejak tahun 2018. 

Malahan sejak tahun 2020 kes berkaitan pemandu mabuk meningkat sehingga pada dua suku pertama sama jumlah dengan keseluruhan kes pemandu mabuk pada tahun sebelumnya. 

Biarpun dikatakan Oktoberfest dikaitkan dengan penganjuran perayaan di German yang dirayakan di Munich, Bavaria semenjak tahun 1810 namun perayaan tersebut sekarang telah dikaitkan dengan arak dan festival funfair setelah kejayaan penganjuran melibatkan pesta arak pada tahun 1910 yang menarik perhatian ramai. 

Ia merupakan pesta arak selama 16 hingga 18 hari di mana syarikat arak akan menaja arak untuk perayaan tersebut. Perayaan tersebut telah  mengundang 5 hingga 6 juta pengunjung pada setiap tahun ke German. 

Sesungguhnya Dewan Muslimat PAS Malaysia merasakan penganjuran program seumpama itu adalah sangat bertentangan dengan nilai ketimuran yang dipegang oleh rakyat kita selain menyebabkan rakyat Malaysia terdedah dengan budaya tidak sihat. 

Oleh kerana itu, penganjuran Oktoberfest haruslah ditentang sama sekali dan tidak harus dibiarkan menjadi tradisi yang berakar di negara ini.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
“Islam Menyatukan Ummah”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 
3 Ogos 2022 | 5 Muharram 1444H – HARAKAHDAILY 3/8/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimOktoberfest, promosi arak. G/Eng bidas kaji selidik agama, biadap!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails