Monday, August 01, 2022

'Panahan' tersasar. Tembakau/rokok, hanya PAS..

 

Trio compound wanita dibarisi Iman Aisyah Norazam, Nuraqilah Khairul dan Kayalvhily menghadiahkan pingat emas dalam acara compound berpasukan wanita pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Thailand, hari ini.

1. AUG 2022: 'Panahan' skuad memanah tersasar

UBON RATCHATHANI: 'Panahan' skuad memanah negara pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 'tersasar' apabila hanya berjaya merangkul empat pingat emas pada temasya di Thailand itu.

Lima pingat emas menjadi sasaran - namun hanya empat berjaya dihadiahkan daripada 10 final yang disertai skuad negara pada aksi di Stadium PAO itu.

Tiga daripada menerusi acara recurve pada sebelah pagi dan satu menerusi compound pada aksi berlangsung sebelah petang.

Emas pertama dihadiahkan dalam acara recurve berpasukan wanita yang dibarisi Syaqiera Mashayikh, Nuramalia Hanessha Mazlan dan Nur Afisa Abdul Halil yang menumbangkan trio dari Thailand, Tundon Amornratanabongkod Tundon, Tapaneeya Silawong dan Natthakan Jantima menerusi keputusan 6-2.

Gandingan Ahmad Afiq-Syaqiera memastikan emas kedua dalam acara recurve berpasukan dan Muhamad Zarif Syahiir ZolkepelI menumbangkan Prastyadi Alviyanto Bagas untuk emas recurve individu lelaki dengan keputusan 6-2.

Namun, trio berpasukan lelaki yang dianggotai Ahmad Afiq, Zarif dan Muhammad Farhan Hakim A Rhyme tumbang di tangan trio Thailand, Phontakorn Chaisilp dan Hahn Maximilian Soithong Aitthiwat menerusi keputusan 4-5.

Syaqiera yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga terlepas satu lagi emas apabila dikecewakan pemanah dari Indonesia, Octavia Rezza bagi acara recurve individu wanita menerusi keputusan 5-6.

Bagi aksi compound, pingat emas dihadiahkan trio dibarisi Iman Aisyah Norazam, Kayalvhily dan Nuraqilah Khairul mengetepikan wakil tuan rumah, Nichaphat Bunyapalin, Kodchaporn Pratumsuwan serta Kamonchanok Naengnoi 229-227 untuk emas acara compound berpasukan wanita.

Namun, empat acara seterusnya menyaksikan skuad negara terpaksa berpuas hati apabila tumbang di tangan lawan masing-masing.

Skuad negara tumbang dalam acara recurve berpasukan lelaki, campuran, individu wanita dan lelaki.

Secara keseluruhan, skuad memanah negara menghadiahkan empat emas, lima pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi recurve.


2. Akta kawalan tembakau dan merokok, hanya PAS yang tegas!


PADA minggu hadapan, YBM Menteri Kesihatan, Tuan Khairy Jamaluddin akan membentangkan sebuah akta yang mungkin bakal mengubah masa hadapan negara.

Akta tersebut tidak lain tidak bukan Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Rang Undang-undang ini akan menyaksikan larangan kepada individu yang lahir selepas 2007 untuk membeli rokok dan produk berkaitan.

Pada 2016, pasukan KKM telah membentangkan cadangan pengharaman vape atau rokok elektronik, namun kabinet pada waktu itu telah memilih hanya untuk mengawal vape.

Pelbagai usaha telah digerakkan KKM bagi mengatasi peratusan perokok yang tinggi dalam negara. Namun hanya sebahagian berkesan.

Pelaksanaan Generational End Game (GEG) merupakan satu pendekatan larangan bertahap yang memfokuskan pelindungan kepada generasi muda daripada terdedah kepada akses rokok. 

Status quo menunjukkan larangan membeli rokok kepada kanak-kanak bawah 18 tahun berkesan dalam mengurangkan pertambahan perokok. Namun berbeza pula dengan peratusan perokok dalam kalangan dewasa berumur 40 tahun ke bawah yang mencecah 30-40 peratus.

Pendekatan GEG juga memberi ruang kepada pengusaha industri untuk meneroka industri alternatif apabila peraturan yang amat ketat dikenakan kepada konsumer rokok.

Fakta jelas menunjukkan rokok yang mengandungi hampir 4,000 bahan beracun tidak selamat untuk dimasukkan ke dalam anggota badan. Penggunaan vape kononnya sebagai alternatif rokok konvensional hanya mewujudkan masalah lain iaitu EVALI (E-cigarette and Vape Associated Lung Injury).

Fakta ekonomi pula tidak lah menguntungkan sangat negara Malaysia. Berbanding 16 bilion dibelanjakan untuk penyakit disebabkan rokok dengan 2.8 bilion hasil cukai tahunan, yang manakah lebih berbaloi?

Amat pelik sekali kenyataan-kenyataan dikeluarkan oleh sebahagian Ahli Parlimen seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Syed Saddiq yang tidak tegas dalam usul yang jelas hitam dan putih ini. Sentimen kerugian dari sudut ekonomi yang dirisaukan mereka sebenarnya isu kecil yang boleh diselesaikan dengan usaha yang lebih bersepadu daripada pihak kerajaan. 

Masalah seperti peningkatan penyeludupan, kehilangan pelabur berkaitan industri, kehilangan pekerjaan adalah sebab utama Generational End Game perlu dilaksanakan! Kerana ia memberi ruang untuk kerajaan menyusun strategi dan menyerap impak hasil pelaksanaan akta ini.

Apakah kerana takutkan masalah ini, maka rokok tidak perlu diharamkan? 

Tidak perlu para ahli politik terlalu ingin menjaga hati pemain industri. Jadilah seperti PAS yang menyatakan secara jelas sokongan terhadap RUU ini.

Apa yang penting kita tidak mengulangi kesilapan pada 2016 apabila kita terlepas daripada pengharaman vape dan rokok elektronik.

Anak-anak kecil dan pewaris negara berhak dilindungi daripada asap yang durjana ini!

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 28/7/2022


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails