Tuesday, August 30, 2022

Pantau artis luar, artis dalam bagaimana? .. H/Koes Endang

 

Raihan anjur Konsert Garis Masa Raihan, November depan bagi meraikan ulang tahun ke-26 pembabitan dalam dunia muzik. Foto NSTP Rohanis Shukri

HALAMAN HIBURAN

1. 'Pantau artis luar lebih ketat, bukan senarai hitam'

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran perketat pemantauan artis luar negara yang ingin membuat persembahan di Malaysia sebagai jalan penyelesaian terbaik membendung apa yang didakwa membawa anasir buruk, berbanding menyenaraihitamkan mereka.

Anggota Raihan, Abu Bakar Md Yatim, berkata biarpun tugas itu agak rumit untuk dilaksanakan, ia perlu bagi mengelak tersebar pengaruh tidak baik terutama kepada generasi muda.

"Sebagai Muslim, sudah tentu kita tidak mahu anak terpengaruh unsur negatif yang mereka bawa terutama daripada mesej lagu dinyanyikan.

"Adalah lebih baik jika sebelum membenarkan mereka mementaskan konsert di sini, pihak berwajib memantau latar belakang penyanyi terbabit seperti lirik lagu dan video muzik mereka. 

"Tugas ini mungkin agak rumit kerana terpaksa mengkaji satu demi satu lagu mereka. Saya percaya tidak semua lagu daripada album penyanyi terbabit mempunyai mesej negatif.

"Namun, itu lebih baik daripada terus mengharamkan persembahan mereka. Kalau rajin, mungkin boleh pantau satu persatu lirik lagu mereka.  

Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati, Shah Alam, November depan, dianjurkan peminat berbangsa Cina dan bukan Islam. Foto NSTP Rohanis Shukri  

"Tetapi kalau malas, banned sahaja," katanya pada sidang media Konsert Garis Masa Raihan di ibu negara, baru-baru ini.

Konsert anjuran WNS Marketing & Events Sdn Bhd ini dipentaskan sempena ulang tahun ke-26 pembabitan Raihan dalam bidang muzik.

Konsert Garis Masa Raihan bakal dianjurkan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 November depan.

Sebelum ini, cadangan kerajaan mengharamkan konsert artis luar negara dibangkitkan apabila ada desakan daripada golongan agamawan yang menyifatkan kehadiran mereka membawa anasir tidak baik kepada negara.

Abu Bakar berkata, alternatif lain yang boleh diambil adalah memperbanyakkan konsert yang membawa mesej positif.

"Jika artis luar menyebar pengaruh bertentangan dengan agama dan budaya kita menerusi lirik, kita kena lawan dengan konsert yang mempunyai mesej positif.

"Kita tidak boleh haramkan konsert mereka atau halang anak muda pergi ke konsert terbabit.

"Tetapi kita sediakan pilihan untuk mereka iaitu menyajikan konsert berkonsep berhibur sambil berdakwah," katanya.

Sementara itu, mengulas Konsert Garis Masa Raihan, Abu Bakar terkejut apabila mendapat tahu penganjurnya berbangsa Cina yang meminati Raihan.

"Bagaimanapun, perkara seperti itu sudah menjadi lumrah buat Raihan. Sebelum ini, ramai peminat bukan Islam yang memberi sokongan terhadap perjuangan dakwah kami.

"Ketika mula jadi artis syarikat rakaman, Tan Sri Tony Fernandes membuka peluang untuk kami bernaung di bawah label Warner Music.

"Individu pertama yang membawa kami ke layar perak menerusi filem Syukur 21 juga bukan orang Islam iaitu David Teoh.

"Begitu juga dengan penganjur yang mengundang kami untuk membuat persembahan di luar negara. Saya tidak tahu mengapa, namun, saya percaya, Allah menggerakkan hati mereka," ujarnya.

Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Raihan menyanyikan untaian hit mereka seperti Puji-Pujian, Syukur, Iman Mutiara, 25 Rasul dan banyak lagi.

Tiket berharga antara RM95 hingga RM500 boleh didapati di www.ticket2u.com.my.


2. Hetty rai suara emas lima dekad

Hetty menggamit kenangan lalu melalui rangkaian lagu malar segar. Foto Ihsan Mahajaya Empire Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Sukar mencari di mana kelemahan bintang legenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang tatkala menjayakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square di sini, malam kelmarin.

Yang tidak ada hanya peraturan disiplin 'patuh syariah'. Disiplin yang sepatutnya ada di negeri umat Islam seperti Kelantan dan Trengganu di Malaysia. Semoga Malaysia akan jadi negara contoh ke arah pelupur hiburan menurut syariah, di dunia.

Insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails