Monday, August 29, 2022

Peluang kerja RM4,000 sebulan. & Usahawan muda ternak kambing.

 


1. Agensi swasta tawar peluang kerja gaji RM4,000 sebulan

KOTA BHARU: Lebih 50 agensi swasta akan menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji sehingga RM4,000 sebulan sempena Karnival Hari Belia Negara Kelantan.

Exco Belia, Sukan dan NGO Wan Roslan Wan Hamat berkata, program selama lima hari bermula esok akan diadakan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

Katanya, lebih 40 acara sukan diminati golongan muda akan diadakan termasuk sukan atas talian, bola jalanan, bola jaring dan pelbagai lagi.

“Karnival akan bermula jam 8 pagi esok turut melibatkan ruang pameran, termasuk agensi pertanian, pihak berkuasa tempatan dan aktiviti kebudayaan,” katanya pada program Seleksi Konti bersama KELANTANfm sempena Karnival Hari Belia Negara 2022 Peringkat Negeri di sini hari ini.

Wan Roslan berkata, biar pun sambutan Hari Belia disambut pada Mei setiap tahun, namun tahun ini sambutan tersebut diadakan pasca Covid-19.

Menurutnya sambutan tersebut merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada golongan belia yang memberi sumbangan besar kepada negara dan
rakyat.

“Mereka merupakan eset yang berharga kepada negara kerana mereka akan menjadi penentu sosial politik dan ekonomi di masa depan.

“Sambutan tersebut juga untuk mendekatkan golongan belia sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Kata beliau juga kerajaan negeri turut menjemput pendakwah bebas Azhar Idrus untuk memeriahkan sambutan tersebut untuk menyambut ambang kemerdekaan pada 30 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 25/8/2022

2. TADC lahir usahawan muda ternak kambing 

SETIU: Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) kini memberi peluang kepada golongan muda yang berminat dalam penternakan kambing tenusu bagi tujuan penghasilan susu, baka dan daging.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad negeri (PMINT), Wan Adnan Wan Derahman berkata sebagai perintis projek, seramai enam anak muda yang berpotensi untuk menjadi penternak kini sedang dilatih sejak empat bulan lepas.

“Mereka akan berada di sini selama 24 bulan dan akan menerima elaun sebanyak RM1,200 seorang setiap bulan. Dalam masa yang sama, mereka akan memproses susu sehingga 500 liter sehari dan hasil jualan akan disimpan dalam tabung pusingan.

“Selepas tamat dua tahun, setiap seorang akan mendapat lima hingga enam ekor kambing termasuk 20 peratus hasil penjualan susu untuk mereka jadikan modal permulaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Ladang Induk Pengganda Kambing Tenusu di Kampung Bari, baru-baru ini.

Tambah Wan Adnan, kesemua mereka juga akan diserahkan untuk bimbingan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah bagi tujuan pemantauan secara berterusan.

“Kalau ia berjalan lancar mungkin kita akan bincang dana-dana lain yang menjurus ke arah projek tersebut dan mampu menjadi satu pemangkin kepada anak-anak muda di luar sana untuk menceburi dalam bidang ternakan kambing tenusu ini,” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata selepas dua tahun, pihaknya merancang untuk penggambilan baru bagi peserta projek seramai lima orang setiap tahun bermula tahun ketiga.

Menurut beliau, projek penternakan ini turut menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Katanya, sehingga kini terdapat 185 ekor kambing Saenan betina dan 15 ekor jantan yang diimport daripada Australia yang dijangka membiakkan lebih kurang 240 ekor untuk setahun. 

Salah seorang peserta yang ditemui, Nik Afzan Mohd Yusof, 24, berkata dia menyertai projek tersebut kerana minat yang mendalam terhadap bidang penternakan kambing tenusu di samping mencari pengalaman baru.

“Alhamdulillah terpilih untuk projek ini yang merupakan satu peluang terbaik untuk membina masa depan saya. Lagipun kalau saya makan gaji hanya dapat RM1,200 sebulan berbanding jika saya mengusahakan sendiri ternakan kambing ini.

“Insya-Allah, saya akan pelihara kambing yang diperolehi nanti dan menghasilkan bakanya dengan hasil bimbingan TADC yang memberi tunjuk ajar untuk memelihara kambing tenusu,” ujarnya. – TRDI.my

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Peluang kerja RM4,000 sebulan. & Usahawan muda ternak kambing.

Tapi ingat, macam janji PH PRU14, Manifesto PRU 14 PH bukan kitab suci. Pembohong lidah ular, porrah pambu!! 


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails